Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Cai Lin layak ke Olimpik

Posted: 15 May 2011 10:18 AM PDT

PERENANG wanita negara, Khoo Cai Lin menghampiri impian untuk beraksi buat kali kedua di temasya Sukan Olimpik dalam acara 800m gaya bebas.

Pada hari terakhir Kejohanan Renang Terbuka Malaysia, semalam, Cai Lin, 23, berjaya melayakkan diri ke London tahun depan dalam kategori B.


Dia mencatat masa 8:49.28 saat dan mengatasi masa kelayakan Olimpik kategori B ialah 8:51.82s, manakala kelayakan kategori A ialah 8:33.84s.

"Saya memang jangka dapat melayakkan diri ke Sukan Olimpik cuma agak sukar untuk melepasi masa kategori A.


"Saya puas hati dengan catatan masa hari ini dan dapat mengekalkan rentak renangan saya dalam acara 800m," katanya.


Menurutnya, had kelayakan ke Sukan Olimpik lebih mudah berbanding Kejohanan Dunia.

"Saya masih perlu memperbaiki 8:49.00s dan saya masih mempunyai masa hingga bulan depan untuk lakukannya," kata perenang yang mewakili Selangor itu.


Memandangkan tidak banyak kejohanan selepas Kejohanan Renang Terbuka Malaysia, Cai Lin memberikan perhatian memburu kelayakan ke Kejohanan Dunia di Shanghai, China, Julai ini.

Pada temasya Sukan Olimpik Beijing pada 2008, Cai Lin mengambil bahagian dalam acara 400m dan 800m gaya bebas.


Sementara itu, seorang lagi perenang kebangsaan, Kevin Yeap mencipta rekod baru kejohanan dalam acara 1,500m gaya bebas lelaki.


Kevin, yang mewakili Perak, memperbaharui rekod miliknya sendiri 15:55.64s yang dicipa tahun lepas dengan catatan masa 15:52.84s.


Foo Jian Beng, yang mewakili Selangor, memperbaharui rekod kebangsaan milik sendiri dalam acara 50m gaya bebas lelaki dengan catatan 23.42s.


Selangor muncul pasukan terbaik edisi kali ini dengan mengumpul tiga emas, tiga perak dan tujuh gangsa, manakala pasukan antarabangsa terbaik milik Hong Kong dengan 19 emas, 10 perak dan 17 gangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ciriello julang Australia

Posted: 15 May 2011 10:16 AM PDT

CHRISTOPHER Ciriello muncul wira Australia apabila menjaringkan gol emas pada masa tambahan dari gerakan pukulan sudut penalti untuk membolehkan pasukannya meraih kemenangan 3-2 ke atas Pakistan pada aksi final Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah, semalam sekali gus menjulang trofi berprestij itu buat kali keenam.

Kemenangan yang diraih itu bermakna Australia melakar rekod sebagai pasukan paling banyak menjulang piala berkenaan sejak ia mula diperkenalkan pada 1983 di mana mereka memenangi edisi pertama itu sebelum muncul juara pada edisi 1998, 2004, 2005 dan 2007.


Pada perlawanan semalam, Australia mendominasi sejak dari awal permainan dan hasilnya mereka memperoleh gol pertama seawal minit ke-7 menerusi Ciriello hasil pukulan sudut penalti.

Tersentak dengan gol itu, Pakistan mula bangkit mengatur serangan dan mereka akhirnya dihadiahkan pukulan sudut penalti yang disempurnakan dengan baik oleh Sohail Abbas pada minit ke-30.


Bersambung babak kedua, Australia di depan semula hasil jaringan padang Glenn Turner pada minit ke-44 selepas berlaku situasi kucar kacir di kawasan D Pakistan.


Fareed Ahmed hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-50, namun tolakan derasnya sedikit tersasar dari gawang gol Australia.

Namun sensasi Pakistan, Rehan Butt akhirnya menemui sasaran apabila menguis cantik bola masuk ke gawang Australia pada minit ke-61 untuk menyamakan kedudukan namun Ciriello akhirnya menghampakan Pakistan.


Sementara itu, Britain bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum menewaskan Britain 4-2 untuk meraih tempat ketiga.

Begitupun, New Zealand di depan terlebih dulu menerusi Stephen Jennes hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-20 tetapi seminit sebelum tamat separuh masa pertama, Britain menyamakan kedudukan sumbangan Richard Mantell, juga hasil pukulan sudut penalti.


Bersambung babak kedua, Britain terus mengasak dan memperoleh tiga gol berturut-turut iaitu menerusi Robert Moore (m53), Richard Smith (m59) dan Matthew Daly (m65) sebelum New Zealand berjaya menambah gol kedua pada minit ke-69 menerusi Blair Hilton.


Juara bersama tahun lalu, Korea serta India pula masing-masing menduduki tempat kelima dan keenam selepas Korea meraih kemenangan 2-1.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan