Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Daniel fokus Olimpik

Posted: 20 May 2011 01:14 PM PDT

ATLIT terbaik Sukan Sea Laos, Daniel Bego enggan mempertaruhkan masa depannya apabila membuat keputusan menarik diri daripada skuad negara ke Sukan Sea di Jakarta dan Palembang, Indonesia November ini kerana mahu memberikan keutamaan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 London.

Pemegang empat rekod kebangsaan acara 100, 200 dan 400 meter gaya bebas serta 100m kuak kupu-kupu ketika memenangi lima pingat emas Sukan Sea Laos dua tahun lalu itu mahu berehat dan mengikuti fisioterapi selepas menjalani pembedahan bahu kiri pada 29 April lalu.


"Jika mahu, saya boleh beraksi di Sukan Sea tapi rasanya tidak dapat memberi komitmen kerana mahu pastikan bahu ini pulih sepenuhnya," katanya.

Daniel akan menjalani satu lagi pembedahan 24 Mei ini iaitu di bahu kanan kerana mengalami masalah sama dengan bahu kiri yang menghalangnya daripada melakukan catatan masa lebih pantas.


Dia mengalami masalah bahu 'Hook Acromium' sejak tiga tahun lalu yang menyaksikan tulang di atas bahunya menghalang kuakan penuh 360 darjah.


"Selama ini saya tidak mahu menjalani pembedahan kerana tidak menyangka keadaan akan menjadi seteruk ini hinggakan tisu bahu saya koyak.

"Saya juga tidak akan beraksi di Kejohanan Dunia di Shanghai Julai ini biarpun kejohanan itu amat penting memburu catatan masa bagi melayakkan diri ke Olimpik," kata perenang yang menggemari acara gaya bebas dan kuak kupu-kupu.


"Ketika ini saya dalam proses pemulihan bahu kiri, saya sudah mula boleh gerakkan, tapi belum mampu mengangkat tangan ke langit. Entah bagaimana rasanya apabila saya menjalani pembedahan bahu kanan pula minggu depan." Meskipun terlepas peluang ke Kejohanan Dunia, Julai ini dan Sukan Sea, Daniel yakin mampu layak ke Olimpik di beberapa Kejohanan Dunia awal tahun depan.

Daniel melayakkan diri dalam tiga acara di Sukan Olimpik Beijing 2008.


sementara itu, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata, pembedahan kedua di bahu kanan Daniel perlu dilakukan kerana bahu kanan perenang harapan negara itu turut mengalami kekoyakan tisu.


"Saya harap semua pihak menerima hakikat yang Daniel tidak akan ke Sukan Sea. Kita jangan lihat kepentingan jangka pendek saja, sebaliknya masa depan perenang itu," kata Ramlan.


Ramlan yang memantau perkembangan kecederaan dan pemulihan Bego berkata, perenang berusia 21 tahun itu sangat komited mengikuti program pemulihan membuatkan beliau yakin Daniel mampu catat kuakan lebih pantas selepas ini.


Menurut Ramlan, pembedahan mengikis menipiskan tulang di atas bahu 'hook' adalah prosedur biasa kepada mereka yang mengalami masalah kecederaan 'Rotator Cuff'.


Katanya, masalah ini terjadi apabila seseorang atau atlet itu terlalu memaksa pergerakan bahu.


"Untuk mendapatkan catatan masa yang pantas dalam acara renang, kuakan sepatutnya tiada halangan dengan berlaku dengan sempurna. Inilah yang kami lakukan ke atas bahu Daniel. Kami perlu nipiskan lengkuk tulang di atas bahunya supaya tidak menghalang kuakan." Bagi memberi tumpuan kepada pemulihan bahu ini juga, Daniel menangguhkan pengajian peringkat A-Level di Kolej Inti, Subang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PHM makin pening

Posted: 20 May 2011 01:03 PM PDT

BUKAN mempersoalkan tindakan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), namun keputusan badan induk hoki dunia itu yang hanya akan mengumumkan secara rasmi pecahan kumpulan 18 negara yang terbabit pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik tahun depan pada 8 November ini, 'memeningkan' skuad hoki negara.

Tarikh yang dianggap lewat oleh Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) itu menyebabkan skuad negara tidak dapat mengenalpasti siapa lawan sebenar pada pusingan kelayakan itu sekali gus sedikit sebanyak menyukarkan PHM mempersiapkan skuad bagi menghadapi saingan itu.


"Jika diumum lebih awal, contohnya skuad negara akan diundi bersama India, sudah pasti skuad negara dapat melakukan persediaan awal dengan membaca corak permainan lawan," kata Setiausaha PHM, Maninderjit Singh.

Begitupun, jelas Maninderjit, PHM sudah menyediakan jadual rapi untuk skuad negara menghadapi pusingan kelayakan itu, antaranya skuad bimbingan Tai Beng Hai akan melalui kira-kira 50 perlawanan kompetitif sebelum bermulanya pusingan kelayakan itu.


Ia termasuklah Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang baru tamat minggu lalu serta Kejohanan Empat Negara di Russia pada pertengahan bulan depan dan beberapa perlawanan persahabatan lain.


"Namun lebih penting adalah Cabaran Juara-Juara 1 hujung tahun ini yang menawarkan mata bagi membolehkan skuad negara memperbaiki ranking dunia," katanya.

Jelas beliau, menerusi maklumat diperoleh dari FIH, pusingan kelayakan Sukan Olimpik berlangsung tiga kali iaitu pada Februari di India, Mac di Belgium dan April di Jepun dengan setiap pusingan membabitkan enam pasukan.


Hanya juara setiap pusingan layak beraksi di Sukan Olimpik London sekali gus memenuhi tiga slot yang disediakan untuk ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Selain skuad negara, empat lagi pasukan Asia akan bersaing pada pusingan kelayakan itu iaitu Korea Selatan, India, Jepun serta China.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan