Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM disiasat

Posted:

FAM disiasat

FAM disiasat


IMBAS KEMBALI... Penyerang Malaysia, Zaquan Adha Radzak (kiri) bersaing dengan pemain Zimbabwe, Voster Chitema pada perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 12 Julai 2009.


KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan disiasat pegawai antirasuah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijadual datang ke negara ini minggu depan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, buat masa ini pihaknya masih tidak mengetahui bentuk kes yang sedang disiasat FIFA.

Katanya, FAM telah menghubungi ketua keselamatan FIFA, Chris Eaton kelmarin selepas difahamkan badan induk bola sepak dunia itu mengaitkan siasatan mereka dengan dua perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Zimbabwe pada 2009.

"Saya masih tertanya-tanya tentangnya. Apa yang saya tahu hanya melalui media. Tiada wakil FIFA pun yang menghubungi kami setakat ini.

"Jadi kami hubungi Chris Eaton semalam (kelmarin) bertanyakan tentang laporan media itu. Dia hanya memberitahu akan datang ke sini (Malaysia) minggu depan.

"Dia juga ada mengatakan satu surat penjelasan akan dihantar kepada FAM dalam minggu ini," jelas Azzuddin semalam.

Bagaimanapun, Azzuddin mengakui, beliau hanya mengagak kemungkinan kes itu membabitkan perlawanan Malaysia-Zimbabwe.

Zimbabwe dikatakan hanya menurunkan skuad berstatus kelab pada perlawanan persahabatan itu walaupun FIFA diberitahu, ia satu perlawanan antarabangsa kelas 'A'.

Jika dakwaan itu benar sekalipun, Azzuddin berkata, pihaknya menafikan ada membayar wang bagi menanggung perbelanjaan pasukan Zimbabwe ke negara ini.

"Apa yang saya tahu, kami menerima surat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Zimbabwe untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut.

"Jadi jika sudah ada surat sebagai komitmen, tentulah ia tidak boleh dipertikaikan. Takkan kami nak persoalkan pasukan itu skuad kebangsaan atau kelab," tegasnya.

Terdahulu di Zurich, Setiausaha Agung Interpol, Ron Noble memberitahu FIFA bahawa Asia adalah kawasan 'panas' berkaitan rasuah dan sindiket menentukan keputusan perlawanan bola sepak.

– Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jamak bidas barisan muda

Posted:

Jamak bidas barisan muda

Jamak bidas barisan muda

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


PEMAIN Kedah, Mohd. Azmi Muslim (tengah) dicabar dua pemain Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin. Selangor menang 2-0.


JURULATIH Kedah, Wan Jamak Wan Hassan ternyata kecewa dengan prestasi barisan pemain mudanya ketika tewas 0-2 kepada Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Jelas Wan Jamak, peluang yang diberikan kepada pemain muda untuk beraksi sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya, namun gagal memberi persembahan baik seperti yang diharapkan.

Katanya, biarpun anak-anak buahnya mampu beraksi dengan baik pada babak pertama, namun keadaan sebaliknya berlaku pada separuh masa kedua yang menyaksikan Selangor memperoleh dua gol.

"Saya lihat pemain muda, terutamanya Ahmad Shakir Ali yang dimasukkan pada separuh masa kedua bagi menggantikan Mohd. Khyril Muhymeen Zambri tidak bermain bersungguh-sungguh dan tidak banyak melakukan gerakan agresif seperti yang saya harapkan.

"Hilang bola tak nak kejar, ini bukan pasukan bola sepak kampung, ini pasukan negeri dan dia perlu menghormati bendera dan pasukan negeri sendiri," tegas Wan Jamak sejurus selepas tamat perlawa- nan kelmarin.

Dua jaringan Selangor dihasilkan oleh Mohd. Fadzli Shaari pada minit ke-59 dan Rudie Ramli (87).

Menurut Wan Jamak, tahap ketahanan dan kecergasan pemain-pemain Kedah juga lemah se- hingga menyebabkan mereka melakukan beberapa kesilapan sehingga memberi ruang kepada pasukan lawan.

Katanya, beliau mempunyai masa selama seminggu untuk memperkemaskan kembali jentera pasukan dan memperbaiki beberapa kesilapan bagi menghadapi perlawanan akan datang.

"Saya nak tekan mereka (pemain) pun tak patut, sebab soal kecergasan dan ke- tahanan tenaga perlu dilakukan sebelum saingan liga berlangsung.

"Kita akan mengenal pasti pemain lain bagi membantu jentera serangan mencari gol pada perlawanan berikutnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia meniti ranjau berduri

Posted:

Malaysia meniti ranjau berduri

Malaysia meniti ranjau berduri

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


KAPTEN pasukan Malaysia, Tengku Ahmad Tajudin Tengku Abdul Jalil (kiri) diasak pemain Australia, Liam De Young pada aksi Piala Sultan Azlan Shah 2011 di Ipoh minggu lalu.


HARAPAN Malaysia untuk muncul sebagai empat pasukan terbaik pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2011 nampak tipis.

Selepas tumpas 1-3 kepada Britain pada hari pertama, skuad negara bangkit dengan prestasi lebih baik pada hari kedua meskipun tewas 1-2 kepada juara dunia, Australia.

Begitupun, kebangkitan yang diharap berterusan oleh peminat hoki tempatan nampaknya tidak kesampaian apabila skuad kendalian Tai Beng Hai itu mudah sekali dijinakkan India 2-5 pada aksi ketiga kelmarin.

Lebih perit, kekalahan itu dianggap sebagai dendam yang berbalas oleh India setelah Malaysia menyingkirkan mereka pada aksi separuh akhir Sukan Asia 2010 dengan kemenangan 4-3.

Tiga kekalahan berturut-turut sudah cukup membuktikan bahawa reputasi sebagai finalis Sukan Asia 2010 masih belum cukup untuk memberi gerun kepada pasukan lawan.

Sebaliknya, ia satu lagi petanda bahawa skuad negara masih jauh ketingga- lan dari segi persiapan mental dan fizi- kal serta harus berusaha lebih keras lagi seandainya mahu menyaingi pasukan handalan dunia yang lain.

"Kita menerima padah kerana memberi India terlalu banyak ruang pada awal 20 permainan, ia sudah pasti menyukarkan lagi pemain kita," kata Beng Hai.

"Ketiadaan Madzli (Ikmar) kerana kecederaan amat dirasai di bahagian pertahanan, namun kita kena juga teruskan dengan pemain yang ada.

"Kita di sini (Ipoh) adalah untuk bela- jar dan sebagai persiapan bagi pusingan Kelayakan Olimpik. Jadi kekalahan ini sudah pasti memberi pengajaran berguna kepada kita."

PSAS 2011 adalah kejohanan antarabangsa kompetitif pertama buat Malaysia selepas enam bulan memenangi pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou, China, November lalu.

Namun hakikatnya, bukan prestasi seperti itu yang diharapkan oleh peminat tempatan yang setia membanjiri Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Apa pun, skuad hoki negara masih ada pe- luang untuk menebus semula kepercayaan peminat terhadap mereka.

Syaratnya, mereka perlu menang baki tiga lagi perlawanan bermula dengan menentang New Zealand petang ini, Korea Selatan malam esok dan juara Sukan Asia, Pakistan Sabtu ini.

Atas kertas, peluang masih terbuka sean- dainya Malaysia menang ketiga-tiga perlawa- nan ini, namun sekiranya kalah satu perlawa- nan, sasaran empat pasukan terbaik sudah pasti gagal direalisasikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan