Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Perang timur'

Posted: 10 Jun 2011 08:04 PM PDT

Sukan

Kelantan, Terengganu buru misi sama julang Piala FA di Bukit Jalil

JERITAN ketua pasukan - di tengah-tengah lautan penyokong - pasti menjadi antara elemen penting kejayaan pasukan dan pertembungan Kelantan-Terengganu, malam ini tiada bezanya.

Mengerti betapa penting nikmat kejayaan Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kedua-dua ketua pasukan finalis berkenaan bertekad mengerah segala keringat sepanjang 90 minit untuk satu misi - membantu pasukan kesayangan mereka menjulang trofi penuh megah selaku juara. Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi dan rakan sejawatan dari Terengganu, Marzuki Yusof jelas tidak mahu pulang menggigit jari dan melafazkan tekad memberi persembahan terbaik dan sanggup bermain mati-matian kerana mahu bergelar juara baru dari Pantai Timur, malam ini.

Badri atau lebih mesra dengan panggilan Piya yang baru menyambut harijadi ke-29, minggu lalu berkobar-kobar untuk beraksi membantu Red Warriors dalam misi membawa pulang Piala FA yang tercicir daripada genggaman mereka pada 2009 kepada Selangor.

"Kami cukup bersemangat menghadapi final ini menentang Terengganu dan berharap sokongan padu seluruh rakyat Kelantan khususnya peminat bola sepak agar mendoakan kami berjaya membawa pulang Piala FA ke Kelantan buat pertama kalinya," katanya.

Sentimen sama turut disuarakan Marzuki yang sama ghairah mahu membawa pulang piala ke halamannya bersama rakan-rakan.
"Matlamat Terengganu adalah memburu kemenangan dan yakin jika barisan serangan berfungsi baik serta dapat menjaringkan gol pada awal babak permainan, kejayaan pasti milik kami," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

muhammad nizammuddin

Salam sejahtera kpd smua pmint2 bola sepak kuala terengganu yg ad kt bkit jali 2 tlong bgi smangt yg kuat bagi pasukan trengganu...'pEtEh gAnU PeTeH',,,,

iskandar

peteh ganu peteh

wan musa bin wan ibrahim

InsyaAllah klate kan mene male nie...gomo klate gomo

mora

pasukan terkuat kelate. seragan laju ramai nak lihat pemain bagus. untuk pasukan malaysia.

Perkahwinan ARE RIF DENGAN HANANI YAZID

kelate akan menang malam ni di stadium bukit jalil

rudy

kelate hebat pasukan terkuat di malaysia. mesti penonton nak lihat. nak jadi contoh serangan laju kelate.

KA

Kelantan berada pada kedudukan terbaik untuk johan Piala FA, terutama kawalan perasaan yg cukup baik, tidak mudah hilang arah - ini peluang terbaik kerana rata-rata pemain kelantan mempunyai keupayaan dan ketahanan mental yg baik. Kelantan boleh menang.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu sedia gegar: Irfan

Posted: 10 Jun 2011 05:01 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Skuad Penyu tekad padam memori duka di Bukit Jalil tewaskan Kelantan

"KAMI sudah lupakan kekalahan itu". Itulah kata-kata bersemangat diluahkan ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim yang bersifat optimistik betapa skuad bimbingannya mampu menjulang megah Piala FA buat kali kedua selaku juara baru menumbangkan pilihan hangat, Kelantan, malam ini.

"Ada dikalangan pemain kami agak keletihan dengan persiapan mental yang kurang bersedia. Namun, kami sudah lupakan kekalahan itu," katanya merujuk kekalahan 3-0 pada perlawanan Liga Super, Isnin lalu. Namun, sekalipun penuh bersemangat, ada nada kurang senang dilemparkan pengendali kelahiran Kelantan itu pada sesi latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam di mana skuad Kelantan dilihat turun lebih awal seakan menilai corak permainan anak buahnya.

"Kami sudah berlatih semalam namun perlu mengemaskan hari ini. Jadi saya berasa agak sedih kerana persiapan terakhir kami tidak dapat disempurnakan kerana situasi itu," katanya.

"Kami mempunyai perancangan melakukan latihan sepakan penalti namun ia akan sedikit terencat kerana itu," katanya di mana dalam empat daripada lima pertembungan final sebelum ini diakhiri dengan penalti.

Begitupun, Irfan tetap yakin Terengganu mampu menjulang piala, terutama dengan kehadiran kembali dua tonggak utamanya ke dalam pasukan pada final kali ini.
"Dua pemain yang tidak beraksi tempoh hari, Mohd Ashaari Shamsuddin dan Mohd Zubir Azmi akan kembali beraksi bersama kami kali ini dan ia pasti akan menguatkan jentera serangan serta pertahanan kami pada perlawanan ini nanti," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan