Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Tidak beretika’

Posted: 10 Jun 2011 11:28 AM PDT

JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim nyata berang dengan kehadiran pemain Kelantan yang menyaksikan sesi latihan rasmi skuad Peteh di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Tindakan pemain The Red Warriors itu menyebabkan jurulatih yang pernah melatih kelab Persipura Jayapura di Indonesia itu menggelarkan ia sebagai tidak beretika.


"Ia sesuatu yang tidak beretika apabila lawan menyaksikan kami menjalani latihan rasmi petang ini (semalam). Saya bukannya melakukan persiapan taktikal terakhir namun beberapa perkara yang sepatutnya kami lakukan pada sesi ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

"Saya sepatutnya mengadakan sesi latihan mengambil sepakan penalti namun mengambil keputusan sebaliknya selepas terdapat pemain Kelantan yang tiba awal di stadium berlegar di kawasan sekitar padang permainan.


"Ini mungkin menyebabkan mereka mengetahui arah mana yang pemain akan ambil dan sebagainya. Namun kami sudah menjalani latihan sepakan penalti di Terengganu sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita semalam.


Persediaan pemain dalam mengambil sepakan penalti bagi Piala FA penting kerana sejak 2006 sehingga tahun lalu, pemenang empat daripada lima perlawanan akhir itu ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Mengenai persiapan pasukannya, Ifran Bakti berkata, semuanya sudah bersedia sepenuhnya terutamanya dengan kehadiran semula Ashaari Shamsudin (penggantungan kad kuning) dan Zubir Azmi (latihan pusat skuad Olimpik negara). "Saya boleh mengatakan kami berasa amat yakin dan optimis untuk menjulang piala malam esok (malam ini)," katanya.


Kali terakhir Terengganu menjulang Piala FA pada tahun 2000 apabila menewaskan Pulau Pinang 4-3 menerusi sepakan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karathu sedia hadapi harimau luka

Posted: 10 Jun 2011 11:09 AM PDT

KETUA Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu menyifatkan Terengganu ibarat harimau terluka yang bersedia membaham pasukannya pada final Piala FA, malam ini selepas lawan mengalami kekalahan 3-0 pada perlawanan Liga Super, Isnin lalu.

Namun itu bukan bermakna pemain skuad The Red Warriors itu 'kecut perut' kebangkitan ingin dicipta Terengganu yang dipimpin jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim itu sebaliknya Karathu yakin inilah detik terbaik untuk membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu buat kali pertama sejak dipertandingkan pada 1990.


"Saya tahu Terengganu pasti lebih bahaya selepas kalah kepada Kelantan dalam perlawanan Liga Super sebelum ini. Mereka pasti akan mengubah strategi.

"Tapi kami akan bermain dengan kekuatan yang ada dan tidak memandang rendah pasukan lawan. Pemain saya sedar mereka berpeluang mencipta kejayaan kali ini tapi menasihatkan mereka supaya jangan terlalu yakin sebaliknya bermain seperti biasa.


"Yang penting Kelantan akan turun beraksi dengan sikap ingin menang," kata Karathu yang ditemui sebelum sesi latihan bersama pasukannya di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi venue perlawanan, semalam.


Pertemuan dua pasukan gergasi Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu buat kali pertama dalam sejarah final Piala FA di anggap sengit berdasarkan prestasi kedua-dua pasukan yang kini menghuni tangga pertama dan ketiga Liga Super musim ini.

Semangat Kelantan pastinya lebih membara untuk menebus kekecewaan ketika tumpas pada final 2009 kepada Selangor menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 selepas terikat 1-1.


Menurut Karathu, beliau tidak akan melakukan banyak rombakan kepada pasukannya sebaliknya hanya menuntut pemain-pemain memberikan komitmen yang tinggi dalam tempoh 90 minit perlawanan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan