Harian Metro: Arena |
Posted: 04 Jun 2011 07:51 AM PDT VIENNA, Austria: Jerman mengakui pasukannya hanya berbekalkan tuah apabila jaringan kedua Mario Gomez pada minit terakhir memastikan mereka menewaskan Austria, 2-1 awal pagi semalam. "Orang pasti berkata kami bernasib baik kerana memenangi perlawanan itu. Pasukan Austria memberi tentangan hebat dan bermain dengan baik. Kami banyak melakukan kesilapan, " kata jurulatih Jerman, Joachim Loew selepas perlawanan itu.
Tanpa kehadiran Bastian Schweinsteiger, Miroslav Klose dan Per Mertesacker, mereka perlu berusaha keras untuk memenangi perlawanan itu.
Sehingga minit ke-89, sewaktu Gomez menjaringkan gol keduanya, Austria sudah hampir pasti mendapatkan keputusan seri yang diidamkan menerusi pertembungan dengan pesaing tradisi mereka, Jerman.
"Ketika anda melihat mereka bermain, saya fikir mereka mempunyai masa depan yang cerah jika terus bermain seperti itu," kata Podolski.
|
Posted: 04 Jun 2011 07:49 AM PDT PARIS: Rafael Nadal dan Roger Federer akan bertembung buat kali keempat dalam final Terbuka Perancis dalam tempoh enam tahun hari ini, menjanjikan satu lagi pertarungan epik di Roland Garros. Nadal, juara lima kali kejohanan itu hanya memerlukan satu lagi kejuaraan untuk menyamai rekod yang dicatat Bjorn Borg di Paris.
Ia juga bakal membolehkannya terus bertahan sebagai pemain nombor satu dunia yang sebelum ini digugat Novak Djokovic sehinggalah Federer menamatkan siri 43 kemenangan yang dicatat pemain Serbia itu di separuh akhir. Kemenangan buat Federer akan memastikan dia menambah koleksi ke-17 gelaran Grand Slam dan sekali gus menjawab kritikan yang menganggapnya bukan lagi pencabar utama dalam kejohanan itu. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan