Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei tunai misi

Posted:

Chong Wei tunai misi

Chong Wei tunai misi



LANGKAH Datuk Lee Chong Wei (gambar) terlalu unggul untuk disekat apabila mudah mengetepikan pemain Denmark, Peter Gade 21-11, 21-7 bagi menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia buat kali ketiga berturut-turut.

Pada perlawanan akhir di Stadium Istora Senayan, Jakarta semalam, Chong Wei, 28, hanya memerlukan masa 31 minit untuk menjinakkan Gade, 34, yang jelas gagal menyaingi kepantasan, ketepatan dan aksi bertenaga pemain No. 1 dunia itu.

Kejayaan tersebut sekali gus melebarkan rekod kemenangan Chong Wei ke atas Gade kepada 13-1 sepanjang 14 pertemuan dalam karier mereka.

Kali terakhir mereka bertemu ialah pada perlawanan akhir Terbuka India bulan lalu di mana Chong Wei menang dalam aksi yang berlanjutan hingga tiga set.

"Saya bermain cukup yakin hari ini (semalam) walaupun sering disorak penonton Indonesia setiap kali saya melakukan smash.

"Namun, Peter masih seorang pemain yang bagus. Cuma yang memisahkan antara kami ialah saya sudah tahu cara dia mahu bermain," kata Chong Wei yang membawa pulang AS$45,000 (RM135,000) selaku juara.

Kejayaan yang dilakar semalam menjadikan Chong Wei menjadi pemain bukan Indonesia pertama merangkul kejuaraan hatrik dan melakar nama sebaris dengan wira tempatan seperti Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat.

Dalam pada itu, Gade berkata, dia tidak dapat menandingi ketangkasan Chong Wei yang melakukan pelbagai corak serangan.

"Chong Wei telalu kuat bagi saya," kata Gade, pemain berusia 34 tahun itu yang membawa pulang wang tunai AS$22,800 (RM70,000).

Pada aksi semalam, selain penyokong fanatik Indonesia, Chong Wei menjadi perhatian pasukan China selepas enam pemain terbaik mereka termasuk jaguh Olimpik, Lin Dan gagal ke final.

Pegawai pasukan China meletakkan kamera di empat penjuru gelanggang untuk merakamkan aksi Chong Wei.

Sementara itu, China masih mempamerkan dominasi dalam lain-lain acara apabila muncul juara dalam acara perseorangan wanita, beregu wanita, beregu lelaki dan beregu campuran.

Dalam perseorangan wanita, pemain India, Saina Nehwal gagal mempertahankan kejuaraan apabila tewas 21-12, 21-23, 14-21 kepada Wang Yihan.

Dalam acara akhir beregu lelaki, gandingan Cai Yun-Fu Haifeng pula menewaskan rakan senegara, Chai Biao-Guo Zhendong 21-13, 21-12.

Pemain China turut menguasai acara beregu wanita apabila gandingan Wang Xiaoli-Yu Yang menewaskan beregu tuan rumah, Vita Marissa-Nadya Melati 21-12, 21-10.

Indonesia terus kempunan meraih kejuaraan di bumi sendiri apabila gandingan Ahmad Tantowi-Liliyana Natsir tewas kepada beregu China, Zhang Nan-Zhoa Yunlei 22-20, 14-21, 9-21 dalam acara beregu campuran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hadi bawa khabar gembira

Posted:

Hadi bawa khabar gembira

Hadi bawa khabar gembira

fakhrul@kosmo.com.my


HADI mengalami kecederaan otot di bahagian belakang pinggul pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya Khamis lalu


KEBIMBANGAN berhubung kecederaan yang menimpa penyerang skuad kebangsaan, Abdul Hadi Yahaya sedikit terlerai apabila pemain skuad Liga Super Terengganu itu mengesahkan ia tidak serius.

Menurut Hadi, 26, dia mengalami kecederaan otot di bahagian belakang pinggulnya ketika melepaskan rembatan pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, Khamis lalu.

"Kesakitan semakin kurang. Ia tidaklah begitu serius dan saya kini sudah boleh berlari. Mungkin sempat pulih sepenuhnya dalam tempoh beberapa hari.

"Harap tiada masalah kerana saya begitu bersemangat untuk turun beraksi menentang Taiwan," kata Hadi ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Skuad kebangsaan diberi rehat sehari sebelum kembali berlatih hari ini sebagai persiapan terakhir menghadapi Taiwan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini.

Hadi telah menjaringkan satu gol ketika skuad kebangsaan seri 1-1 dengan Hong Kong pada 3 Jun lalu dan dia turut beraksi ketika menewaskan Myanmar 2-0 di Kota Bharu pada 18 Jun lalu.

Namun pemain yang berasal dari Klang, Selangor itu direhatkan sepenuhnya ketika skuad kebangsaan menewaskan Harimau Muda A 3-1 pada perlawanan ujian di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Jumaat lalu.

Dalam pada itu, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal bakal mengumumkan senarai akhir 23 pemain untuk menentang Taiwan pada sesi latihan petang ini.

Skuad kebangsaan kini mempunyai seramai 30 pelatih termasuk lima penjaga gol.

"Saya sudah ada gambaran awal tetapi mahu melihat keadaan terkini para pemain pada pagi esok (hari ini) sebelum mengumumkan senarai terakhir.

"Tentang Norshahrul Idlan Talaha, saya akan nilai tahap kecergasannya. Mungkin namanya akan berada dalam senarai 23 pemain," kata Rajagobal ketika dihubungi semalam.

Andai Hadi dan Norshahrul sudah pulih sepenuhnya, Rajagobal pasti kembali lega dengan memiliki banyak pilihan di jentera serangan selain Safee Sali, Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Fakri Saarani.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gelaran keenam Mexico

Posted:

Gelaran keenam Mexico

Gelaran keenam Mexico


PARA pemain Mexico bersorak kegembiraan selepas pasukan itu muncul juara Piala CONCACAF 2011 awal pagi semalam.


LOS ANGELES, California - Mexico tampil dengan kelas tersendiri apabila merangkul gelaran keenam pada kempen Piala Emas CONCACAF 2011 awal pagi semalam.

Kejayaan itu hadir selepas skuad kendalian Jose Manuel de la Torre itu menewaskan musuh tradisi, Amerika Syarikat (AS) 4-2 pada aksi final di Stadium Rose Bowl, Pasadena, California.

Meskipun dikejutkan dengan dua gol pendahuluan pihak lawan, Mexico ternyata tidak mudah mengalah apabila kembali bangkit untuk menjaringkan empat gol.

AS mendahului saingan dengan 2-0 hasil jaringan yang dilakukan Michael Bradley seawal minit kesembilan dan Landon Donovan (ke-22).

Begitupun, kegembiraan AS tidak bertahan lama selepas Pablo Barrera merapatkan jurang buat Mexico hasil jaringan pada minit ke-28.

Andres Guardado berjaya mengikat kedudukan apabila meledak gol kedua Mexico pada minit ke-35 sebelum Barrera sekali lagi membuktikan ketajaman sentuhannya dengan gol kedua peribadi (ke-49).

Giovanis Dos Santos melengkapkan hari gemilang buat Mexico apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-76.

"Tidak ada apa yang lebih menggembirakan kami (Mexico) selain daripada kejayaan ini. Segala-galanya kini sudah pun berlalu," kata De la Torre.

Sementara itu, penyerang muda Mexico, Javier Hernandez dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga.

Hernandez membuktikan betapa dia layak menerima anugerah tersebut selepas merekodkan tujuh gol sepanjang kempen Piala Emas CONCACAF 2011.

Sementara itu, kapten AS, Carlos Bocanegra mengakui bahawa kelemahan di bahagian pertahanan antara faktor kekalahan pasukan itu.

"Kami (AS) memang kecewa kerana gagal mencatat kemenangan pada perlawanan hari ini (awal pagi semalam)," jelas Bocanegra. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan