Berita Harian: Sukan |
Posted: 30 Jun 2011 04:03 PM PDT Sukan SILAP besar andai skuad kebangsaan berharap Taiwan bakal mempamerkan corak permainan sama pada perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Zon Asia Ahad ini, selepas sekadar menang 2-1 ke atas lawan ranking lebih rendah itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin. Skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang berada di ranking 144 FIFA seharusnya membawa bekalan lebih besar ke Taiwan berdasarkan permainan kelmarin, tetapi dikejutkan dengan gol tunggal lawan yang berada pada ranking 165 dunia itu selepas barisan pertahanan negara terleka ketika mendahului dua gol. "Kelebihan pasukan ini ialah permainan menyerang, tetapi di sini kami terpaksa bertahan kerana tahu kelebihan Malaysia," kata jurulatih Taiwan, Lo Chih-Tsung. "Jadi selepas ini, kami akan menunjukkan permainan sebenar dan memburu kemenangan di laman sendiri Ahad ini."Satu gol di tempat lawan menjadi sandaran utama kami untuk merampas kemenangan daripada Malaysia." Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim membuka jaringan pada minit ke-28, diikuti tandukan babak kedua (m-55) Aidil Zafuan Abd Radzak yang meletak Malaysia selesa di depan tetapi kelekaan pertahanan membawa padah apabila pemain tengah Taiwan, Chen Po-Liang mudah menewaskan penjaga gol Sharbinee Allawee dalam satu serangan balas pantas pada minit ke-75. Pada baki 10 minit, anak buah Chih-Tsung menunjukkan taring sebenar dengan asakan bertubi-tubi untuk mencari gol penyamaan tetapi benteng negara menangkis setiap cubaan bagi memastikan kemenangan kekal dalam genggaman.
"Kami tetap mahu menang pusingan ini dan akan memastikan sasaran dicapai apabila Malaysia bertandang ke Taiwan pula," kata Chih-Tsung. "Sepatutnya kami mampu bermain lebih baik tetapi sokongan padu penyokong Malaysia membuatkan pemain saya gugup dan gagal mempamerkan aksi sebenar. Di Taiwan, keadaannya mungkin berbeza, walaupun sejak dulu stadium kami tidak penuh, sekurang-kurangnya penyokong lawan juga tidak ramai." Kehadiran lebih 45,000 penyokong Harimau Malaya tidak lagi boleh dijadikan pembakar semangat di Taiwan dan Rajagobal kini perlu memikirkan strategi terbaik bagi memastikan gawang negara tidak dibolosi Ahad ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komennaz_malaya simpang Malaysia boleh lakukan kejutan di Taiwan nanti, saya yakin 200 peratus terhadap skuad Datuk Rajagopal. Skuad Malaysia pasti akan ke piala dunia. Chayok-chayok!
Din ganu Teruskan perjuangan harimau malaya..kita boleh lakukan... acid azmi Skil permainan Malaysia memang menghiburkan. Tunjukkan taring 'Harimau' di mana pun tempat perlawanan ibarat harimau dahagakan gol. 90 minit sangat berharga. Jangan leka.
abaz hurairah Harap Malaysia dapat gol awal dan tidak hanya bermain taktik bertahan saja. Tunjukkan semangat lawan sepertimana ketika lawan Indonesia di final Piala Tiger dan jangan bazirkan peluang, lebih-lebih lagi Badrul Baktiar. Harap beliau fokus. Shi rajagopalu... gua tabik spring tabik... Messi saya harap Malaysia dapat jaringkan gol di sana.. saya yakin dgn skuad kendalian dato Rajagobal. Rajagobal mmg best! jika kita berjaya jaringkan gol terlebih dahulu, saya yakin ia akan mengucar kacirkan pihak lawan dan kita akan lebih bersemangat.. hehe. saya nk bg cdangan seposen je, sebelum perlawanan, suma pemain p lah layan rakaman vdeo plwanan final liga juara2 barca lwn MU. barca main best sgt.. short pass n trough pass tanpa mudah hilang bola. meskipun berbadan x besar sgt.. master skill dua2 ni dlu pn dh sempoi. Raja isa Pasukan Malaysia tak perlu takut dgn rasa percaya diri Taiwan pemain pemain Malaysia sudah punya pengalaman dan melalui berbagai situasi pertandingan saya yakin malaysia akan layak ke pusingan selanjutnya melawan singapura tanpa safee sali juga pemain lain seperti abdul hadi masih mampu menjalankan tugas yang penting bolasepak bermain dgn 11 orang dan yang perlu dijaga konsentrasi dan komunikasi insyaallah pasukan malaysia menang atau paling tidak seri ijdal pendekar bola sepak.apec makyong abdul hadi safiq amri.setiap perlawanan harap raja gobal turunkan mereka main .mereka boleh. intan pemain negara jgn la cepat khayal n selesa..teruskan semangat sehingga masa tamat..jgn dah jaring 1-2 gol da mula belenggang atas pandang macam pondan wwe pemain-pemain sayap kiri dan kanan patut sangat mempunyai kemahiran menggelecek seperti pemain kelantan nurul azwan roya kerana pemain sayap itu kena menggelecek bola dari tepi hingga ke tengah sikit dan boleh menghuru-harakan pertahanan lawan. ahchiong kalau boleh raja gobal pilih pendekar yang sangup bermain untuk pendekar sukan untuk malaysia.sipat denki sesama pemain .denki kita boleh kalah. dedy kami harapkan pendeka bola sepak harimau malaya.yakin kita terus memang kita cittakan rekot 2011 hingga seterusnya. Shah Ayuh Harimau Muda... bila pasukan Taiwan bermain dengan lebih menyerang, permainan akan lebih terbuka & lebih mudah untuk mencuri peluang untuk menjaringkan gol melalui serangan balas yang pantas. Jangan seri di sana tapi pastikan keMENANGan yang dicapai. HARIMAU MALAYA BOLEH! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Raja tetap puas hati aksi pemain Posted: 30 Jun 2011 04:01 PM PDT Sukan SAFIQ (kanan) cuba melepasi kawalan pertahanan Taiwan pada saingan kelayakan Piala Dunia, semalam. WALAUPUN tidak berakhir seperti diharapkan, ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika merakam kemenangan 2-1 ke atas Taiwan pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Dunia zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin. "Kita bermula agak lembap pada beberapa minit pertama, tidak agresif seperti biasa dan saya sedikit kecewa dengan pergerakan dari sayap kanan," kata Rajagobal selepas perlawanan. "Namun mula mendapat rentak dan membuka jaringan di pertengahan babak pertama."Bagaimanapun pemain tidak meneruskan rentak sama untuk menekan Taiwan dan menambah jaringan. Pada babak kedua, kita lebih agresif sehingga muncul gol kedua, tetapi selepas itu sekali lagi pemain leka dan membiarkan lawan membolosi gawang. "Pada pendapat saya, kita sepatutnya mendapat dua gol lagi menerusi Baddrol Bakhtiar yang mempunyai peluang keemasan di depan gawang Taiwan, tetapi dia gagal memanfaatkannya." Di sebalik kekecewaan itu, Rajagobal tetap gembira dengan aksi anak buahnya yang secara keseluruhan mempamerkan rentak permainan seperti diharapkan.
Menjelang perlawanan di Taiwan Ahad ini, Rajagobal akan memastikan anak buahnya tidak mengulangi kesilapan sama dan dia mungkin terpaksa merombak skuadnya selepas beberapa pemain mengalami kecederaan. Antara pemain yang mungkin tidak dapat diturunkan kedua nanti ialah penyerang Pelita Jaya FC, Safee Sali yang mengalami kecederaan di akhir babak pertama. Gandingan mantap bekas pemain Selangor itu di Piala AFF Suzuki 2010, Norshahrul Idlan Talaha sekadar memanaskan bangku simpanan kelmarin, tetapi berkemungkinan menjadi taruhan Rajagobal andai cergas. Di barisan pertahanan, Rajagobal masih mempunyai pilihan dengan pemain skuad Olimpik, Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli boleh diturunkan pada bila-bila masa walaupun berpuas hai dengan gandingan Helmi Remeli, Aidil Zafuan Abd Radzak, Fadhli Shas dan Asraruddin Putra Omar. "Saya yakin pemain akan menyempurnakan tugasan mereka dengan baik di Taiwan nanti. Ini baru permulaan dan kemenangan 2-1 cukup positif untuk membawa negara melangkah lebih jauh," kata Rajagobal. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan