Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Siapa jadi pilihan?

Posted: 10 Jul 2011 04:22 PM PDT

PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang masih hangat dengan kejayaan Kelantan menjuarai Liga Super minggu lalu, bersedia memikul cabaran skuad Piala Dunia menentang Singapura selepas terlepas aksi di Taiwan sebelum ini.

"Kecederaan bahu saya beransur pulih dan saya sedia memikul tanggungjawab pada pertemuan pusingan kedua kelayakan menentang Singapura, 23 Julai ini," kata tonggak skuad Olimpik negara ketika menewaskan Pakistan dan Lubnan pada dua pusingan awal kelayakan.

"Tetapi saya serahkan kepada ketua jurulatih (Datuk K Rajagobal) untuk membuat keputusan kerana Sharbinee (Allawee Ramli) juga berada pada tahap terbaiknya ketika menentang Taiwan.

"Memang ada persaingan dalam skuad kebangsaan sekarang, masing-masing bekerja keras merebut tempat tetapi ini persaingan sihat untuk bola sepak negara. Apa jua keputusan jurulatih, ia berdasarkan aspek taktikal dan kepentingan pasukan.

"Saya sendiri akan bekerja keras untuk memastikan prestasi saya berada pada tahap terbaik. Dua perlawanan persahabatan menentang Arsenal (Rabu) dan Liverpool (Sabtu) menjadi medan ujian terbaik sebelum bertemu Singapura."

Sepanjang kempen kelayakan Olimpik, Fahmi hanya dibolosi sekali ketika bertemu Lubnan pada timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun aksi cemerlangnya sepanjang 40 minit terakhir selepas Gary Steven Robbat dilayang kad merah, memastikan barisan kendalian Ong Kim Swee itu melangkah ke pusingan ketiga.

Sharbinee turut cemerlang menyelamatkan satu daripada tiga sepakan penalti Taiwan dan memastikan Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan bertemu Singapura.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sjailin

siapapun yang bakal diturunkan nanti hendak lah memberikan tumpuan 110% agar gawang negara tidak dibocori....

mohd khairel

pada pendapat saya, kedua-dua penjaga gol negara kita beraksi amat cemerlang ketika beraksi..saya berharap mereka akan kekal menujukkan semangat yang tinggi pada masa hadapan...apa yang penting malaysia boleh masuk ke piala dunia........malaysia boleh.....

minat bola

kedua-dua terbaik .tetapi dari segi kemampuan, ketangkasan dan membaca gerakan saya rasa khairul fahmi lebih cekap membaca gerakan untuk bertindak..apa2pun bagus jurulatih menilai semasa semua aksi persahabatan sebelum aksi sebenar di singapura nanti

lids

Pakai kedua2 sekali, first half khairul fahmi second half sharbinee lebih baik...!

areniece moneyz

dua2 terbaek punyer....pstikan gol malaysia x ditembusi ek..

Nor Asmah binti Mohd Yusof

Bagi saya kedua-duanya adalah pemain yang baik. Namun kalau dilihat dari konsistensi dan rekod, ianya lebih memihak kepada Khairul Fahmi

zul hilmi

dua- dua sy sokong....tapi sy lbihkan negara sendiri.....harap negara sendiri berjaya....

mhkr_99@yahoo.com

kehebatan kedu-dua penjaga gol malaysia mempunyai perbezaan. dari segi seniority pengalaman memang sarbini alawi yg hebat mengwal gwang malaysia di bolosi bg fahmi beliau mengunakan 100% keyakinan untuk menjaga gawang malaysia. jd lebih baik diberikan kepada sarbini alawi yg mempunyai kelebihan yang sedikit..

biskut_cotek

Sharbinee di puncak prestasi sekarang dan saya rasa beliau lebih layak untuk menjaga gawang negara.

azrol idham

saya sarankan khairul fahmie. ini memandangkan keupayaan dia menangkap bola tinggi dengan tenang dan tanpa terlepas.. khairul sedikit tenang jika di bandingkan dengan sharbinee... tp keduanya terbaik....

azmin basyar

bagi perluang kat nasril nordin, kesian jadi keeper simpanan jeer

danial onel

kedua-duanya mmpnyai kredibiliti utk mmikul tggungjwb mmprtahankn benteng t'akhir m'sia,mgkn fahmi lbh ssuai brbndg sharbinee,sbb fahmi lbh relax apabila d asak lawan.....

zack selangor

Dua-dua terbaik..yg penting gawang tidak bocor

insyaallah, malaysia akan menang, amin...

Wiranas

Sebaiknya kekalkan Sarbinee di saat berada di tahap terbaiknya dan dia antara penyumbang utama Malaysia berjaya mara.

ipin gvart

melihat kpd ke2-2 prestasi pjaga gol memang para peminat akan memilih fahmi untuk diberi kepercayaan supaya menjaga gawang negara.namun,ke2-2nya mempunyai level yang sama bermakna mereka mampu bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tempat.penilaian jurulatih yang profesional tentu akan dapat memastikan siapa yang lebih layak antara mereka.walaupun begitu saya mencadangkan agar ketika melawan 2 pasukan gergasi england saya mencadangkan ke2-2 penjaga gol diberi peluang untuk beraksi.misalnya,khairul fahmi diturunkan ketika melawan arsenal dan sharbinee diturunkan ketika melawan liverpool bermakna ke2-2 mereka akan dapat peluang yang sama rata dan boleh bersaing secara sihat.disamping itu,jurulatih profesional negara dato' k rajagobal pasti akan dapat menilai dengan lebih efisien.

fairus zakaria

bagi saya Khairul Fahmi lebih layak....Sharbinee agak gugup semasa aksi dgn Taiwan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MSL cadang ganjaran ikut mata

Posted: 10 Jul 2011 04:21 PM PDT

Sukan

Bonus tambahan untuk pastikan Liga Super lebih rancak, kompetitif

BAGI memastikan saingan Liga Super Malaysia (MSL) musim depan lebih rancak dan kompetitif, hadiah kemenangan tidak hanya ditawarkan kepada pasukan yang menduduki tempat pertama hingga ketiga seperti sebelum ini.

Sebaliknya, setiap pasukan bertanding akan mendapat ganjaran berdasarkan jumlah mata yang dikutip sepanjang saingan liga berlangsung.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap Pengerusi MSL, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan itu untuk dipertimbangkan pada mesyuarat Exco FAM akan datang. "Formula cadangan ini ialah dengan kita menetapkan nilai mata dan sekiranya satu mata misalnya ditetapkan bernilai RM2,000, maka sekiranya sesebuah pasukan itu di akhir saingan mengumpul 30 mata, mereka akan mendapat habuan RM60,000.

"Jadi, ini secara tidak langsung akan menyaksikan saingan lebih rancak dan sengit kerana setiap pasukan sudah tentu mahu mengutip lebih banyak mata bagi mengumpul lebih banyak ganjaran," katanya.

Annuar bagaimanapun menegaskan, ganjaran bagi pasukan yang menduduki tempat juara dikekalkan RM500,000, diikuti naib juara (RM300,000) dan tempat ketiga (RM200,000).

"Jadi, ganjaran mata yang diberikan ini adalah bonus tambahan selain memastikan setiap pasukan mendapat ganjaran selepas bertungkus lumus membentuk pasukan masing-masing," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan