Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Bahrain bimbang

Posted: 10 Jul 2011 08:26 AM PDT

BAHRAIN tetap menganggap Malaysia sebagai satu ancaman dalam perebutan slot automatik ke Sukan Olimpik London 2012 dalam saingan peringkat Kumpulan C yang akan bermula September ini.

Menurut Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Bahrain, Hafedh E Al Dosary, biarpun Malaysia dianggap pasukan bukan pilihan dalam Kumpulan C yang turut membabitkan gergasi Asia Jepun dan Syria, kemampuan wakil tunggal dari Asia Tenggara itu tidak boleh diambil mudah selepas berjaya menumpaskan Lubnan pada pusingan sebelum ini.


"Malaysia bukan lawan yang mudah, kami tahu kemampuan Malaysia. Kami menyaksikan bagaimana Malaysia menewaskan Lubnan dan saya fikir Malaysia pasukan yang bagus dan mempunyai peluang dalam kumpulan ini," katanya yang ditemui pada majlis undian pusingan akhir kelayakan Olimpik London 2012 di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia baru-baru ini.

Dalam undian itu, Kumpulan A membabitkan Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi dan Oman manakala satu lagi pasukan pilihan, Australia berdepan Iraq, Uzbekistan dan Emiriah Arab bersatu dalam Kumpulan B.


Bahrain antara pasukan yang mampu mencabar dalam saingan Kumpulan C bagaimanapun terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Palestin pada pusingan kedua sebelum ini.


Pada aksi di Manama, skuad kendalian Salman Ahmed Rashed Shareeda itu tumpas 1-0 pada perlawanan pertama namun berjaya menewaskan Palestin 2-1 pada aksi timbal balik kedua untuk mengikat agregat 2-2 sekali gus mara menerusi jaringan gol di tempat lawan.

Biarpun mengakui kurang selesa dengan kehadiran Jepun dalam saingan Kumpulan C, Hafedh yang juga pengurus pasukan Olimpik Bahrain tetap menganggap semua pasukan memiliki peluang yang sama untuk muncul juara kumpulan bagi meraih tiket automatik ke London.


"Ini adalah undian yang baik bagi kami biarpun Jepun berada dalam kumpulan yang sama. Tapi jika dibandingkan dengan kumpulan lain, peluang dalam kumpulan ini lebih baik. Bagi saya semua pasukan mempunyai peluang yang sama," katanya.

Skuad Olimpik negara kendalian Ong Kim Swee berjaya menempatkan diri dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia apabila menewaskan Lubnan pada pusingan kelayakan kedua menerusi agregat 2-1.


Pada pusingan awal, skuad bawah 23 tahun negara itu mengatasi Pakistan menerusi agregat 2-0.


Barisan muda negara itu akan memulakan kempen peringkat kumpulan dengan menentang Jepun di tempat lawan pada 21 September depan.


Juara kumpulan bakal mendapat slot automatik ke Olimpik London manakala pasukan di tangga kedua akan beraksi dalam saingan play off untuk menentang wakil dari benua Afrika bagi satu lagi slot.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Eropah pilihan Beng Hai pertajam skil, kemahiran

Posted: 10 Jul 2011 08:22 AM PDT

EROPAH adalah destinasi terbaik untuk skuad senior hoki negara bagi mempertajamkan skil serta kemahiran menjelang pusingan kelayakan Sukan Olimpik awal tahun depan.

Namun, impian untuk menyaksikan skuad negara sentiasa mendapat pendedahan di Eropah bukan mudah kerana kalendar perlawanan yang berbeza dengan pasukan Asia menyebabkan sukar untuk pasukan dari dua benua itu mengatur perlawanan persahabatan.


Itu pandangan jurulatih skuad negara, Tai Beng Hai ketika diminta merumuskan aksi anak buahnya pada sembilan siri perlawanan di Eropah termasuklah bersama skuad kebangsaan Belanda serta Sepanyol yang berakhir 7 Julai lalu.

"Jelas sekali corak permainan pasukan Eropah amat berbeza. Antaranya tempo permainan serta jangkauan mereka sangat baik.


"Kalau boleh memanglah pendedahan seperti inilah yang saya mahukan ke atas skuad negara tapi kita kena faham bukan mudah untuk mengatur perlawanan dengan pasukan Eropah ini," katanya.


Apa yang dimaksudkan oleh Beng Hai itu bukanlah bermakna beliau lebih gemar memilih pasukan Eropah untuk aksi anak buahnya berbanding pasukan Asia.

"Kita sudah biasa bertemu dengan pasukan Asia seperti Pakistan serta India dan tidak berdepan masalah besar mengikut rentak permainan mereka.


"Tapi kita jarang dapat peluang bertemu dengan pasukan terbaik Eropah. Sebab itu saya berpendapat peluang bertemu dengan mereka pada siri perlawanan persahabatan ini tidak boleh disia-siakan begitu saya.

"Dan selepas siri perlawanan di sana (Eropah), jelas sekali saya nampak setiap pemain kini lebih bersedia andai bertemu pasukan Eropah selepas ini," katanya.


Pada sembilan siri perlawanan di Eropah, skuad negara mencatatkan lima kemenangan, satu seri dan tewas tiga kali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan