Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia tumbang di tangan

Posted:

Malaysia tumbang di tangan <i>Gunners</i>

Malaysia tumbang di tangan Gunners

Laporan WAN FAKHRUL BAKAR dan SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


PENYERANG Malaysia, Ahmad Fakri Saarani diasak keras oleh pemain pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


SKUAD bola sepak kebangsaan gagal mencipta kejutan apabila tewas 0-4 kepada kelab Liga Perdana England, Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Di hadapan 65,000 penonton yang majoritinya berjersi merah sambil dicelah-celah mereka terselit penyokong berjersi kuning, empat jaringan skuad The Gunners itu dijaringkan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky.

Tiada kelibat Robin van Persie, Samir Nasri, Bacary Sagna dan Andrei Arshavin dalam kesebelasan Arsenal, sebaliknya pengurus The Gunners, Arsene Wenger membariskan Ryo Miyaichi, Carl Jenkinson, Thomas Vermaelen dan Marouane Chamakh.

Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal pula meletakkan penjaga gol ketiga, Nasril Nourdin dalam kesebelasan utama dan hanya memasukkan Khairul Fahmi Che Mat selepas rehat.

Menerusi serangan pertama ke arah pintu gol Malaysia pada minit keempat, Arsenal berjaya memperoleh sepakan penalti setelah Aidil Zafuan Radzak menjatuhkan Jack Wilshere.

Ramsey yang mengambil sepakan penalti itu mudah menewaskan Nasril untuk gol pertama Arsenal.

Malaysia hanya melakukan serangan sulung pada minit kelapan, tetapi hantaran lintang Asraruddin Putra Omar mudah ditanduk Alex Song ke arah penjaga golnya, Wojciech Szczesny.

Pada minit ke-24, stadium bergema seketika apabila sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim dari sebelah kanan hampir memerangkap Szczesny yang terpaksa melompat untuk menepis bola ke belakang.

Namun kelekaan pertahanan Malaysia dihukum pada minit ke-36 apabila hantaran lintang Wilshere berjaya disudahkan dengan lambungan kemas oleh Walcott untuk kedudukan 2-0.

Bermula babak kedua, Wenger melakukan lapan pertukaran sementara Rajagobal hanya memasukkan Khairul Fahmi dan Abdul Hadi Yahaya menggantikan Nasril dan Ahmad Fakri Saarani.

Kehebatan Arsenal ternyata sukar dibendung apabila mereka berjaya memperoleh gol ketiga hasil penyudah kemas penyerang gantian, Vela pada minit ke-58.

Pada minit ke-67, Wenger mula melakukan empat pertukaran serentak memasukkan Van Persie, Nasri, Sagna dan Arshavin.

Arsenal melengkapkan malam gemilang mereka dengan gol keempat menerusi Rosicky pada minit ke-90.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Giliran Liverpool uji Malaysia

Posted:

Giliran Liverpool uji Malaysia

Giliran Liverpool uji Malaysia

SELEPAS Arsenal, kini giliran Liverpool pula yang akan menguji kehebatan skuad bola sepak kebangsaan pada aksi persahabatan yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Menurut penganjur, ProEvents Sdn. Bhd., skuad The Reds dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi ini dari Guangzhou, China.

Peminat bola sepak tempatan boleh menyaksikan kelibat pemain-pemain pujaan mereka pada sesi latihan yang akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 7 malam.

Bagaimanapun, sesi latihan itu dibuka kepada peminat-peminat yang mempunyai pas khas sesi latihan berkenaan sahaja.

Penaja rasmi Liverpool iaitu Standard Chartered dan Courts, masing-masing mempunyai program tersendiri meraikan ketibaan barisan bintang The Reds.

Bagi Standard Chartered Malaysia, mereka telah menubuhkan Standard Chartered-LiverpoolFanzone pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur (Pavilion KL) untuk meraikan ketibaan pasukan serta peminat kelab tersebut.

Ia bermula sejak Isnin lalu dan acara kemuncak ialah penampilan khas barisan pemain Liverpool pada pukul 3 petang esok.

Courts turut mengatur sesi bertemu peminat di premisnya di Setapak dan Cheras juga pada pukul 3 petang, hari yang sama.

Liverpool akan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 5.45 petang, Sabtu ini.

Sementara itu, skuad The Reds bermula hambar pada Siri Jelajah Asia 2011 apabila sekadar mencatatkan kemenangan tipis 4-3 ke atas kelab Divisyen Dua China, Guangdong Sunray Cave malam tadi.

Pada aksi tersebut, skuad kendalian Kenny Dalglish itu bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi Christian Poulsen pada minit ke-20 sebelum David Ngog meledak gol kedua berselang dua minit kemudian.

Begitupun, Ricardo Steer berjaya merapatkan jurang buat Guangdong Sunray Cave menerusi jaringan pada lewat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua bersambung, anak-anak buah Dalglish terus garang apabila berjaya menambah dua lagi gol menerusi Conor Coady pada minit ke-72 dan Andy Caroll (85).

Biarpun ketinggalan dengan tiga gol, Guangdong Sunray Cave masih belum berputus asa apabila berjaya meledak dua gol dalam tempoh dua minit pada lewat babak perlawanan masing-masing menerusi Lu Lin dan Yin Hongbo.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PHM congak langkah lebih awal

Posted:

PHM congak langkah lebih awal

PHM congak langkah lebih awal

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Skuad hoki kebangsaan meraih pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou, China.


BARISAN pemain hoki kebangsaan akan menjalani beberapa siri ujian dengan pihak Institut Sukan Negara (ISN) bagi menganalisis tahap kecergasan dan stamina mereka ketika mengadakan aksi persahabatan pada bulan puasa, Ogos depan.

Siri ujian tersebut membabitkan lima perlawanan persahabatan dengan Jepun di Kuala Lumpur sebagai persiapan awal jika Malaysia layak beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Maninderjit Singh berkata, ISN akan mengumpul data dan maklumat kesemua pemain negara dalam lima ujian perlawanan tersebut.

"Ujian ini amat penting kerana pertama sekali, Sukan Olimpik 2012 di London akan berlangsung ketika bulan puasa (mengikut kalendar Islam) tahun depan.

"Seandainya kita layak pada temasya Olimpik nanti, kita sudahpun memiliki data dan maklumat mengenai kajian terhadap tahap stamina dan kecergasan pemain negara ketika beraksi sambil berpuasa.

"Jadi, PHM akan bekerjasama dengan ISN dalam menjalankan ujian tersebut pada lima perlawanan persahabatan menentang Jepun di Kuala Lumpur bulan depan," kata Maninderjit semalam.

Selepas memenangi pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou, China, November lalu, Maninderjit berkata, sasaran Malaysia pada tahun ini pula ialah muncul lima pasukan terbaik dalam Cabaran Juara-Juara I yang akan berlangsung di Johannesburg, Afrika Selatan bermula 26 November hingga 4 Disember depan.

"Kita perlu menduduki kelompok lima pasukan terbaik pada saingan itu nanti sekiranya mahu layak pada edisi tahun depan.

"Saingan di peringkat kumpulan tidak diambil kira kerana kesemua pasukan akan layak ke suku akhir.

"Tetapi di peringkat kalah mati, kalau kita kalah, kita tersingkir. Jadi, untuk mendapatkan rentak yang baik, Malaysia perlu beraksi dengan baik walaupun dalam peringkat kumpulan," katanya.

Pada Cabaran Juara-Juara I, Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Kanada, Argentina dan Jepun, manakala Kumpulan A dibarisi New Zealand, Afrika Selatan, Belgium dan Poland.

Kejohanan itu juga dilihat sebagai persiapan terbaik bagi kempen Kelayakan Olimpik 2012 yang diadakan di tiga gelanggang berbeza awal tahun depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen