Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Harga lelong'

Posted: 16 Aug 2011 05:15 PM PDT

Sukan

Wenger akur nilai Fabregas tak berbaloi

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger akur Barcelona dapat menambat Cesc Fabregas dengan harga perpindahan yang murah kerana bekas anak didiknya itu tidak mahu menyertai kelab lain.

Pada pengamatannya, kelab gergasi seperti Real Madrid, Chelsea dan Manchester City mungkin sanggup membayar hampir 55 juta euro mendapatkan pemain tengah berusia 24 tahun itu. Kata-kata itu hadir selepas Fabregas membuat pengakuan apa yang amat dikesalinya dalam kerjaya bola sepak adalah gagal menjulang trofi selaku kapten Arsenal.

Barcelona dapat murah: Wenger

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui Barcelona mendapatkan Cesc Fabregas dengan harga yang murah kerana pemain tengah Sepanyol itu tidak mahu menyertai kelab lain.
Barca membayar 29 juta euro (RM124.4 juta) dan berkemungkinan boleh meningkat kepada 35 juta euro (RM 150.1 juta) bergantung kepada kejayaan Fabregas di Sepanyol, namun Wenger tahu dia boleh meminta harga lebih tinggi jika kelab lain mahu cuba bersaing mendapatkannya.

Real Madrid, Chelsea dan Manchester City semuanya dijangka membayar sehingga 50 juta euro (RM214.4 juta) untuk menandatangani pemain 24 tahun itu yang memulakan kariernya di akademi remaja Barca sebelum menyertai Arsenal pada 2003.

"Kami menjual Cesc dengan bayaran yang dikurangkan. Jika dia diletakkan di pasaran bagi mana-mana kelab lain, kami akan dapat lebih duit," kata Wenger.

"Jika Cesc untuk dijual dan anda boleh lelong antara Real Madrid, Chelsea dan Man City, anda sudah tentu dapat lebih duit tetapi dia hanya mahu kembali ke Barcelona.

"Pasti kelakar jika orang mengatakan pemain berjuta pound itu 'murah'. Tetapi kami mendapatkan bayaran yang sesuai." – AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

walt

Itu hanyalah alasan Wenger. Macamana Wenger bole menghalang perpindahan Fabregas jika gagal memperoleh sebarang kejuaraan d Arsenal


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Trio baru penggempur

Posted: 16 Aug 2011 05:12 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]WATAK garang dijelmakan trio penggempur dalam siri persahabatan, baru-baru ini mula meyakinkan Datuk M Karathu betapa juara bertahan, Kelantan sudah menemui jentera serangan yang harus berfungsi baik dalam kempen Piala Malaysia, musim ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan