Harian Metro: Arena |
Posted: 16 Aug 2011 09:12 AM PDT KETIKA Kejohanan Badminton Dunia sudah melabuhkan tirai Ahad lalu, masih ada cakap- kurang senang menyalahkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kerana kegagalannya menggenggam gelaran juara dunia selepas tumbang kepada Lin Dan pada aksi final. Mengkritik memang mudah, namun bagi individu yang sentiasa bersama dengan pemain nombor satu dunia itu iaitu jurulatihnya, Tey Seu Bock, tidak seharusnya anak buahnya itu menerima kritikan sebegitu.
"Tinggal lagi seperti saya katakan sebelum ini, tuah tidak memihak kepadanya, mungkin satu dua peratus ia (tuah) lebih memihak kepada Lin Dan.
Ditanya adakah kekurangan Chong Wei kerana tidak mempunyai rakan sepelatih yang bagus sehingga menjejaskan persiapannya menjelang satu-satu kejohanan utama, Seu Bock tidak menafikan perkara itu.
Meskipun Chong Wei sedang diulit kekecewaan ketika ini, Seu Bock menjangkakan anak buahnya itu tidak akan terbawa-bawa untuk tempoh yang panjang.
|
‘Pastikan emas Olimpik tidak terlepas’ Posted: 16 Aug 2011 08:50 AM PDT PERIT kekalahan di final Kejohanan Badminton Dunia ketika sudah berada di ambang kejuaraan wajar dijadikan iktibar kepada jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei. Ketika Chong Wei masih boleh mencuba nasib pada kejohanan dunia 2013 untuk mengakhiri kemarau gelaran itu, pemain nombor satu dunia itu harus menyedari betapa dia tidak boleh mengulangi kesilapan sama apabila menggalas misi lebih penting di Sukan Olimpik London tahun depan.
Menurut Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yakin kekalahan Chong Wei kepada musuh tradisi dari China, Lin Dan di final kejohanan dunia tempoh hari tidak sama sekali menghancurkan semangat jaguh negara itu.
"Kejohanan dunia diadakan tiap-tiap tahun dan Chong Wei boleh cuba lagi selepas ini tapi Sukan Olimpik hanya empat tahun sekali, nak tunggu Sukan Olimpik 2016 pula amat sukarlah, tambahan pula ketika ini tidak ada pemain muda yang boleh diharapkan selepas Chong Wei," katanya.
Berdasarkan prestasi semasa ketika ini, Chong Wei adalah harapan realistik negara untuk membawa pulang emas pertama Sukan Olimpik biarpun mempunyai beberapa atlet lain berkemampuan seperti atlet terjun, Pandalela Rinong dan Mohd Azizulhasni Awang, lumba basikal.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan