Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Demi negara!

Posted: 02 Sep 2011 05:44 PM PDT

Sukan

Apek anggap misi skuad Olimpik lebih penting

PADA saat ini sumbangannya amat diperlukan dalam dua pasukan - skuad Olimpik dan Kelantan - tetapi Khairul Fahmi Che Mat (gambar) lebih mengutamakan skuad negara ketika mindanya berkocak sebelum membuat satu keputusan tepat, semalam.

"Saya akur tugas dengan kedua-dua pasukan (negara dan Kelantan) begitu penting. Namun bagi saya misi negara lebih penting dan mahu membantu meningkatkan mutu bola sepak negara. "Apa yang pasti fokus saya adalah kepada skuad negara. Selepas semuanya beres baru saya kembali mengalihkan fokus membantu Kelantan. Saya harap Kelantan mampu mencipta kejayaan tanpa saya," kata penjaga gol utama negara itu yang lebih mesra dengan panggilan Apek selepas sesi latihan di Wisma FAM, semalam.

Dia tidak akan bersama Kelantan untuk empat perlawanan awal Piala Malaysia, termasuk pembuka tirai Kumpulan C menentang Sarawak,Selasa ini untuk memberi tumpuan ke arah perlawanan pusingan ketiga kelayakan Olimpik menentang Jepun pada 21 September ini.

Kelmarin, ketua jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee enggan melepaskan Khairul Fahmi menyertai skuad The Red Warriors untuk saingan Piala Malaysia membolehkan penjaga gol itu terus bersama skuad kendaliannya.

Apek masih percaya Kelantan mampu mencipta sesuatu membanggakan walaupun tanpa kelibatnya di pintu gol pasukan kali ini.
"Saya rasa Kelantan tidak ada masalah kerana bola sepak bukan permainan individu. Kelantan masih memiliki Mat Shah (Shahrizan Ismail) yang lebih berpengalaman daripada saya," katanya.

Artikel lain:


'Detik kritikal' Chong Wei

Posted: 02 Sep 2011 05:38 PM PDT

Sukan

CHONG Wei sandaran utama negara tamatkan kemarau pingat emas di Sukan Olimpik 2012.

CHONG Wei sandaran utama negara tamatkan kemarau pingat emas di Sukan Olimpik 2012.

'Dia perlu bijak saring kejohanan mahu disertai sebelum Olimpik London'

JAGUH perseorangan negara, Lee Chong Wei yang menjadi sandaran utama menamatkan kemarau pingat emas di Sukan Olimpik 2012 kini berada dalam 'detik kritikal' tatkala temasya berprestij itu kini hanya berbaki 10 bulan.

Rumusan itu disuarakan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang menyifatkan pemain nombor satu dunia itu perlu bijak dalam tempoh 10 bulan ini bagi menyaring kejohanan antarabangsa yang mahu disertainya. "Chong Wei kini berada dalam 'detik kritikal' dan dia tidak harus dibebani menyertai lebih banyak kejohanan yang mungkin melambatkan dan menjejaskan proses pemulihan diri serta berdepan risiko kecederaan.

"Jadi, kami akan berbincang dengan Chong Wei dan jurulatihnya (Tey Seu Bock) bagi memilih kejohanan yang akan disertainya dalam tempoh 10 bulan ini bagi memastikan dia mampu mencapai puncak tepat pada masanya pada temasya berprestij itu nanti," katanya.

Dr Ramlan yang menyifatkan Chong Wei sebagai antara atlit berdisiplin dan paling cergas berkata, sebenarnya masalah pemain berusia 29 tahun itu ialah dia menang banyak kejohanan dan kalah sedikit terutama dalam pertandingan penting yang mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap keupayaannya.

"Begitupun, kami di ISN akan cuba memberi sokongan sepenuhnya dan menyediakan program yang terbaik untuk Chong Wei dalam tempoh 10 bulan ini bagi memastikan dia lebih bersedia menggalas tanggungjawab besar di London nanti," kata Ramlan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan