Utusan Online - Sukan |
Posted: Devan yakin halang T-TeamOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN K. DEVAN yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya menjelang perlawanan peringkat kumpulan piala malaysia menentang t-team pada selasa ini. KUALA LUMPUR - Tewas dua kali pada saingan Liga Super tidak mengundang rasa gerun jurulatih Selangor, K. Devan terhadap kekuatan yang ada pada T-Team menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu pada saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selasa depan. Biarpun mungkin sudah ada peminat melabelkan pasukan T-Team bagaikan pasukan badi kepada Red Giants, Devan masih yakin rekod kurang baik ketika berdepan skuad berstatus kelab dari Pantai Timur itu pada tahun ini mampu diubah. Bersemangat mahu menghalang pasukan tuan rumah daripada meraih kemenangan, dia menyifatkan perlawanan dengan T-Team adalah antara yang terpenting dalam saingan peringkat kumpulan di samping tidak mahu merendahkan cabaran Kuala Lumpur dan PDRM. ''Jika kita berjaya mencuri satu mata atau mendapat kemenangan ke atas T-Team pada perlawanan ini, ia mungkin akan menjadi titik tolak kepada peluang kita untuk muncul juara kumpulan. ''T-Team adalah pencabar kita yang terkuat dalam Kumpulan D dan pemain harus sedar situasi ini dengan memberikan fokus dan menampilkan prestasi sebenar bagi meraih kemenangan, " katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menamakan Zairo Anuar Zailani sebagai pemain T-Team yang perlu diberikan perhatian, Devan mengakui dia tidak mempunyai strategi tersendiri bagi mengunci tonggak berpengalaman itu selain dua lagi bintang T-Team, Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad. ''Zairo antara pemain yang menjadi watak utama dalam pasukan, dia merupakan perancang kepada pasukan. ''Dua lagi bekas pemain kebangsaan, Indra Putra dan Nor Farhan pula berkemampuan menjaringkan gol dalam situasi tidak diduga dan mampu mengubah keputusan perlawanan. ''Walaupun begitu, saya tidak akan mengarahkan pemain memberikan perhatian khusus kepada mereka bertiga selain beberapa arahan spesifik tertentu," katanya. Menyentuh mengenai persiapan pasukan, dia amat berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan pemain sepanjang tujuh perlawanan persahabatan yang diaturkan selepas saingan Liga Super berakhir. ''Ada peningkatan permainan berdasarkan apa yang saya perhatikan daripada tujuh perlawanan yang mana kita menang empat kali, seri dua kali dan kalah sekali. Harap petanda positif ini dapat diteruskan dalam saingan Piala Malaysia, " katanya. Selain itu, Devan melihat persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama pada saingan Piala Malaysia lebih sengit berikutan kehadiran beberapa pemain pinjaman, malah dia turut membayangkan mungkin akan membuat kejutan meletakkan G. Jeevanathan sebagai penjaga gol utama Red Giants sepanjang saingan Piala Malaysia. ''Buat masa ini Jeeva yang dipinjamkan dari USM FC menunjukkan satu permainan menyakinkan namun Iqbal Suhaimi turut kembali mempamerkan peningkatan positif," ujarnya. |
Pemain diminta rujuk pengurusan pasukan – FAM Posted: Pemain diminta rujuk pengurusan pasukan – FAMOleh ZAMZURINA AHMAD KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu dua pemain yang akan dipanggil untuk mengikuti sesi latihan ke England merujuk kepada pengurusan pasukan masing-masing sebelum berhajat ke sana. Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Queen Park Rangers (QPR) dan Cardiff City perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada pasukan yang diwakili Safiq Rahim dan Safee Sali sekarang. "Setakat ini tidak ada pihak daripada QPR atau Cardiff mengemukakan permohonan rasmi dengan FAM berhubung perkara tersebut. Saya hanya mendapat berita ini daripada media. Bagaimanapun, saya menyambut baik berita ini kerana usaha mereka memberi pendedahan kepada pemain kita di kelab Liga Perdana England (EPL)," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Menurutnya, QPR dan Cardiff perlu mengikut saluran yang betul dan mematuhi syarat-syarat tertentu kerana setiap pemain adalah hak milik pasukan negeri atau kelab yang mereka wakili sekarang. "Dalam isu Safiq dan Safee, kedua-dua pengurusan pasukan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai tawaran tersebut. "Saya merayu dan berharap QPR serta Cardiff membuat satu tindakan yang tepat seperti menghantar surat kepada FAM berhubung perkara ini dan ia masih belum terlambat," jelasnya. Tambahnya, FAM berhak dan mempunyai kuasa menyekat pemergian kedua-dua pemain itu kerana mereka terikat dengan kontrak bersama pasukan masing-masing. "Masih belum terlambat untuk mereka memilih jalan yang betul dan bukan susah untuk membuat sepucuk surat menyatakan tawaran berkenaan. "Sehingga ke saat ini apa yang boleh saya katakan bahawa ia (penghijrahan) tidak akan berlaku," jelasnya. Katanya, beliau amat menyanjung tinggi usaha tersebut, tetapi ia perlu dilakukan dengan betul dan secara rasmi agar FAM dapat sama-sama membantu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan