Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Jerman pasukan pertama layak

Posted:

Jerman pasukan pertama layak

Jerman pasukan pertama layak

GELSENKIRCHEN, Jerman – Jurulatih Jerman, Joachim Loew tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira selepas skuad bimbingannya itu menjadi pasukan pertama berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2012.

Jerman mengesahkan slot ke Poland-Ukraine selepas mencatat kemenangan 6-2 ke atas Austria awal pagi semalam.

Kemenangan itu adalah yang kelapan berturut-turut, sekali gus membolehkan skuad bimbingan memimpin kedudukan teratas dalam Kumpulan A dengan mengumpul 24 mata, 11 mata di depan Turki.

"Kami telah melayakkan diri ke pusingan awal tanpa mempersia-siakan peluang," kata Loew yang akan berkunjung ke Poland untuk menghadapi satu aksi persahabatan esok.


LOEW (tiga dari kiri) tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya selepas Jerman menjadi pasukan pertama layak ke pusingan akhir Euro 2012.


Jerman akan melengkapkan saingan dalam Kumpulan A bertemu Belgium dan Turki pada aksi kelayakan bulan depan.

"Kami perlu memberi tumpuan pada beberapa perlawanan selepas ini.

"Kami menjaringkan banyak gol dalam aksi kelayakan dan kurang dibolosi.

"Tetapi jika kamu melancarkan serangan seperti mana yang kami lakukan, kamu boleh terima hakikat bahawa kamu tidak akan dibolosi banyak gol.

"Kami memboloskan dua gol pada perlawanan ini tetapi saya fikir kami hanya memberikan Austria dua peluang itu. Tetapi saya hanya memberi fokus pada jaringan yang kami lakukan.

"Itu adalah falsafah kami untuk melancarkan serangan dan kami bekerja keras setiap masa untuk memastikan pasukan ini berada pada situasi terbaik.

"Ini adalah cara yang perlu kamu lakukan sekiranya kamu mahu menjadi antara pasukan terbaik di dunia."

Pada perlawanan tersebut, tuan rumah mendahului dengan 3-0 selepas bermain 28 minit hasil jaringan Miroslav Klose, Mesut Ozil and Lukas Podolski.

Dua gol Austria diperoleh menerusi Marko Arnautovic dan Martin Harnik sebelum Ozil, Andre Schurrle serta Mario Gotze melengkapkan kemenangan besar Jerman.

Sentuhan ajaib Rooney

Posted:

Sentuhan ajaib Rooney

Sentuhan ajaib Rooney


ROONEY (tengah) meraikan kejayaannya menjaringkan gol kedua England bersama Walcott (kiri) dan Ashley.


SOFIA – Wayne Rooney meneruskan sentuhan ajaibnya apabila meledakkan dua gol untuk membantu England menewaskan Bulgaria 3-0 pada aksi kela- yakan Euro 2012 awal pagi semalam.

Kedua-dua gol tersebut hadir pada separuh masa pertama sebelum pemain pertahanan England, Ga- ry Cahill yang membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan menambah gol ketiga.

"Sangat penting untuk memena- ngi perlawanan ini di sini (England). Kami beraksi dengan baik dan dari awal lagi kami telah bersedia," kata jurulatih England, Fabio Capello.

Pada perlawanan tersebut, England membuka jaringan pada minit ke-13 apabila pemain pertahanan Bolton Wanderers, Cahill yang menjadi sasaran Arsenal dan Tot- tenham Hotspur musim ini, bijak menyempurnakan hantaran Gareth Barry.

"Ia seperti minggu (perpindahan) tidak masuk akal. Selepas ta- rikh perpindahan ditutup, saya akan kekal (di Bolton), saya akan bekerja keras untuk kelab dan negara saya," kata Cahill

Peledak berbisa England, Rooney yang menjadi nadi untuk Manchester United musim ini, menjadikan kedudukan 2-0 menerusi tandukan hasil hantaran pemain sayap, Stewart Downing pada minit ke-21.

Selepas itu, giliran Theo Walcott membantu Rooney menyumbat gol kedua pada masa kecederaan babak pertama.

Selepas enam perlawanan, England kekal selaku pendahulu Kumpulan G dengan 14 mata, tiga di hadapan Montenegro yang tewas 1-2 kepada Wales dan Bulgaria kekal keempat (lima mata).

Sementara itu, England dijangka akan membuat aduan rasmi selepas beberapa pemain kulit hitam pasukan itu, Chris Smalling, Ashley Cole, Ashley Young dan Walcott menjadi mangsa ejekan penonton. – Reuters

Dzeko terbaik di England

Posted:

Dzeko terbaik di England

Dzeko terbaik di England

LONDON – Penyerang Manchester City, Edin Dzeko telah dinobatkan selaku pemain terbaik Liga Perdana England untuk bulan Ogos selepas beraksi cemerlang pada awal musim ini.

Dzeko, 25, telah menjaringkan enam gol dalam tiga aksi awal City, termasuk empat gol ketika menewaskan Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane minggu lepas.

Pemain kebangsaan Bosnia dan Herzego- vina itu memulakan kariernya di England dengan hambar selepas berhijrah dari Wolfs- burg dengan harga £27 juta (RM131.4 juta) pada Januari tahun lalu.

Namun dia mula mendapat rentak sebe- narnya apabila mengetuai jentera serangan City pada awal musim ini.

Alex Ferguson pula menerima pengikti- rafan ke-26 sebagai pengurus terbaik bulanan selepas membimbing Manchester United mencatat kejayaan ke atas West Brom dan Tottenham, serta membelasah Arsenal 8-2.

Pengurus berusia 69 tahun itu kini mema- suki ulang tahun ke-25 di Old Trafford dan telah memulakan saingan musim ini dengan baik dalam misi menghadiahkan gelaran Liga Perdana England ke-13. – Agensi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan