Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kelantan kukuh kedudukan

Posted: 10 Sep 2011 02:56 PM PDT

Sukan

NURUL Azwan Roya (dua dari kanan) diasak pemain Johor FC, Mohd Riduwan Ma'on di Kota Bharu malam tadi.

NURUL Azwan Roya (dua dari kanan) diasak pemain Johor FC, Mohd Riduwan Ma'on di Kota Bharu malam tadi.

Terengganu NS, KL turut menang, Selangor bangkit benam Polis

KELANTAN, Terengganu dan Selangor - terus mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan masing-masing apabila aksi Piala Malaysia bersambung malam tadi tetapi pasukan pilihan, Kedah tersembam di tangan Sabah di Stadium Likas.

Dalam saingan Kumpulan A, Sabah dan Perak berkongsi tangga teratas dengan jumlah mata dan jaringan sama selepas masing-masing merakam kemenangan 2-1 ke atas Kedah dan Johor malam tadi.

Di Stadium Likas, Sabah mengubati kekecewaan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama menentang Perak Selasa lalu dengan menundukkan Kedah 2-1, hasil jaringan Zainizam Marjan (m-27) dan pemain gantian, K Thanaraj (m-77) tatkala Azmi Muslim merapatkan kedudukan buat Kedah empat minit sebelum tamat. Di Stadium Perak, tuan rumah yang turun tanpa lima tonggak digantung, membuka jaringan menerusi Failee Ghazali pada minit ke-29 diikuti sepakan penalti Shafiq Jamal (m-73) sebelum Azuwad Arip merapatkan jurang untuk Johor tiga minit sebelum tamat permainan.

Kumpulan B menyaksikan Negeri Sembilan mengukuhkan cengkaman apabila menjadikan Sime Darby FC sebagai belasahan dengan kemenangan besar
5-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Hairuddin Omar meletakkan skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah di depan menerusi jaringan pada minit ke-33 selepas memanfaatkan bola muntah daripada tangkapan penjaga gol Sime Darby, Soffuan Tawil, sebelum Shahurain Abu Samah meledak gol kedua tiga minit kemudian.
Shukor Adan menambah derita Sime Darby dengan gol ketiga hasil sepakan bebas 20 meter pada minit ke-64 sebelum Hairuddin (m-72) dan Mohd Firdaus (m-79) melengkap pesta gol tuan rumah.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu yang mendahului seawal minit pertama menerusi Ashaari Samsudin, dipaksa bekerja keras juara Liga Perdana, PKNS yang dua kali menyamakan kedudukan sebelum Manaf Mamat mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-79.

PKNS yang dikejutkan dengan gol awal Ashaari dan hanya memerlukan lapan minit untuk mengikat kedudukan menerusi Fauzan Dzulkifli, sambil Zamri Hassan (m-62) memadam jaringan kedua Reeshafiq Alwi (m-54).

Saingan Kumpulan C menyaksikan FELDA United merampas tangga teratas selepas menang tipis 1-0 ke atas Sarawak di Stadium MBPJ Kelana Jaya, manakala Kelantan menundukkan Johor FC 2-1.

Skuad kendalian E Elavarasan merakam kemenangan kedua selepas menundukkan Johor FC 2-0 Selasa lalu, dan kali ini Nizam Abu Bakar menjadi wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-68.

Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kelantan memerlukan jaringan Ramzul Zahini Adnan, dua minit sebelum tamat untuk memastikan kemenangan 2-1 selepas Johor FC membuat kejutan menerusi gol Eddy Helmi Manan pada minit ke-11.

Shakir Shaari mengikat kedudukan sebelum Ramzul memberikan tiga mata buat juara bertahan itu pada minit ke-88.

Dalam saingan Kumpulan D, juara 32 kali, Selangor kembali menemui sentuhan apabila menewaskan Polis 2-0 di Stadium Shah Alam.

Tindakan penyerang Fadzli Saari menukar but sebaik babak kedua membawa tuah apabila menolak masuk lorongan Amirulhadi Zainal pada minit ke-46 untuk gol pertama tuan rumah sebelum meledak gol kedua pada minit ke-59 hasil hantaran Safiq Rahim yang baru seminit masuk menggantikan Fitri Shazwan Raduwan.

Di Stadium MP Selayang, Kuala Lumpur terus selesa di tangga teratas Kumpulan D apabila merakam kemenangan kedua dengan Yong Kuong Yong muncul wira meledak dua gol (m-26, 47) ketika menewaskan T-Team 2-1.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

khairul azlan bin abdul kadir

tahniah kl sy support you . selangor akan ditewaskan pula nantikan city boy kl 6-1 sgor

mislina

red giant kuat kan usaha kerana usaha itu tangga kejayaan....

rudy

hati 2 semua pasukan.pasukan kelantan sudah hebat sampai bila 2.

bijay

kalau nak main sukan.main betul sampai di perinkat dunia.kalau main olok 2 lebih baik kerja kilang ngan nepal indo banla di kilang.


Safee digesa manfaat peluang di Cardiff

Posted: 10 Sep 2011 02:51 PM PDT

Sukan

SELEPAS mendapat lampu hijau daripada majikannya, Pelita Jaya FC kelmarin, tawaran kepada penyerang negara, Safee Sali untuk menjalani ujian pemilihan dua minggu bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City bermula esok, turut mengundang reaksi positif beberapa jurulatih tempatan.

Tawaran kepada pemain kelahiran Kajang itu seperti sudah lama dinantikan ramai penggiat sukan bola sepak di negara ini yang mahukan satu dimensi baru dicipta pemain berkenaan selepas membuktikan kemampuan dalam Liga Super Indonesia (ISL) bersama Pelita Jaya.

Pengendali Perak, Norizan Bakar menganggap tawaran menjalani ujian latihan bersama Cardiff City boleh menjadi pembakar semangat kepada pemain tempatan lain. Pemergian Safee untuk menjalani latihan bersama Cardiff boleh menjadi perintis kepada pemain lain di negara ini untuk terus meningkatkan prestasi bagi mengikut jejak langkahnya.

Pemilihan itu bermakna orang sudah mula melihat bakat dan kemampuannya. Saya harap dia (Safee) mampu membuktikan kepada pengurusan kelab berkenaan yang produk Malaysia juga mampu bersaing dengan pemain luar, kata bekas pengendali kebangsaan itu.

Sebelum ini kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dan Safee ditawarkan menjalani latihan bersama kelab Inggeris berkenaan tetapi Safiq hanya akan menyertainya selepas tugasannya bersama Selangor dalam saingan Piala Malaysia selesai.

Jurulatih Pos Malaysia, Mat Zan Mat Aris pulberkata, peluang menjalani latihan dengan Cardiff perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan dia pasti Safee akan menjadi contoh terbaik kepada pemain muda lain.
Kutip pengalaman sebanyak mungkin. Memang diakui Safee terpaksa bersaing dengan pemain kulit putih dengan fizikal lebih besar dan usia lebih muda tetapi dia perlu buktikan sesuatu untuk membuktikan dia juga mampu menyerlah di peringkat tertinggi.

Saya tidak mahu orang bercakap dia dipilih hanya kerana disebabkan pengerusi kelab berkenaan (Datuk Chan Tien Ghee) juga rakyat Malaysia, kata bekas pertahanan Kuala Lumpur dan kebangsaan itu.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen