Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Selangor, Sabah mara

Posted: 27 Sep 2011 02:41 PM PDT

Sukan

PEMAIN Selangor Mohd Amri Yahya (kiri) diasak pemain Kuala Lumpur, Ahmad Dashila Tajudin pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.

PEMAIN Selangor Mohd Amri Yahya (kiri) diasak pemain Kuala Lumpur, Ahmad Dashila Tajudin pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.

Kedah tersingkir di Alor Setar, Sabah ceria benam Johor layak suku akhir

SELANGOR dan Kedah berundur daripada peringkat kumpulan kancah Piala Malaysia, musim ini dengan meniti suasana berbeza, malam tadi.

Sambil juara 32 kali itu berhempas pulas mengatasi Kuala Lumpur 2-1 di gelanggang sendiri untuk layak ke suku akhir, Kedah yang harus menang hanya bergelut untuk seri 1-1 menentang Perak di Alor Setar.

Keputusan di Stadium Darulaman sekadar menceriakan Sabah yang membelasah Johor 4-1 di gelanggang lawan. Keputusan itu juga bererti Perak selaku juara Kumpulan A akan menentang Selangor naib juara Kumpulan D manakala T-Team yang muncul naib juara Kumpulan D menentang Sabah (naib juara Kumpulan (A) pada 10 dan 14 Oktober ini.

Biarpun memilih jalan sukar, Selangor akhirnya berjaya juga layak ke suku akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi - sekali gus menghidupkan semula Misi 33.

Bagi skuad Warga Kota, ia pasti satu kekecewaan terbesar selepas mereka menduduki tangga teratas Kumpulan D sehingga perlawanan keempat sebelum akhirnya dipintas T-Team dan Selangor.

T-Team muncul juara Kumpulan D dengan 13 mata selepas membelasah Polis 6-0 di Kuala Terengganu, Selangor di tangga kedua dengan 10 mata, manakala Kuala Lumpur di tangga ketiga, 7 mata dan Polis keempat, 1 mata.
Pada aksi malam tadi, aksi hambar dipamerkan kedua-dua pasukan sehingga Kuala Lumpur memperoleh gol pertama pada minit ke-37 apabila kapten, Shahrom Kalam berjaya menanduk masuk bola sepakan percuma Azwan Abd Malek dari sebelah kiri menewaskan penjaga gol Selangor, G Jeevananthan.

Selangor berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-42 menerusi satu serangan balas tetapi rembatan kapten, Amri Yahyah sedikit melepasi palang gol ketika hanya berdepan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali.

Gol penyamaan dicari Selangor akhirnya menjelma pada minit ke-64 selepas pemain pertahanan, Razman Roslan melepaskan rembatan kencang berpunca daripada sepakan penjuru Safiq Rahim.

Ia nyata menyemarakkan semula semangat pemain Selangor dan kesungguhan mereka berhasil pada minit ke-75 apabila Amri menanduk masuk bola sepakan percuma Safiq dari sebelah kiri untuk gol kemenangan Selangor.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

matlan rahul

hahaha go goooo di bawa bayu semangat sang kinabalu...

Henrypeter Peter

Go Sabah go,hopefully until final Malaysia Cup

Jaini Ayong Rajawa

Tahniah kepada Pasukan Sabah kerana akhirnya berjaya mauk dalam kelompok terakhir masuk ke Suku Akhir.Saya sebagai penyokong setia pasukan menumpang gembira yang tidak terhingga.Berbalik kepada peringkat pengurusan, teruskan perjuangan anda terutam Ketua Jurulatih yang diterajui oleh anak watan iaitu Justin Ganai.Ini menandakan bahawa walaupun anak watan juga berwibawa.

jerung putih

sekurang2 sabah akan masuk suku akhir la

mie

Tahniah kepada pasukan Sabah. Walaupun bukan pasukan pilihan, tetapi anda telah menunjukkan semangat juang tinggi dan membuktikan bahawa anda juga mampu pergi lebih jauh. Tahniah kepada anda dan pasukan yang berjaya layak ke pusingan suku akhir!

nabila abdul halim

jangan kecewa!!teruskan usaha...


Chelsea, Barcelona jadi tumpuan

Posted: 27 Sep 2011 02:38 PM PDT

Sukan

CHELSEA akan menaruh harapan kepada Juan Mata untuk mengatasi kelab negaranya, Valencia dan bukan Fernando Torres dalam saingan peringkat kumpulan, Liga Juara-Juara Eropah, hari ini.

Bintang Argentina, Lionel Messi yang menjaringkan hatrik ketika Barcelona membelasah Atletico Madrid 5-0 harus memukau tontonan sekali lagi apabila membantu kelab gergasi dari Sepanyol itu menentang Bate Borisov di gelanggang lawan dalam Kumpulan H.

Satu lagi bintang turut menyinar ketika ini, Robin van Persie dijangka bakal mengepalai Arsenal apabila menentang Olympiakos Piraeus dalam Kumpulan F yang kini tampak menunjukkan ciri-ciri mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Cesc Fabregas. Van Persie yang menjadi ketua pasukan ketika ini menyumbat dua kali ketika The Gunners menewaskan Bolton, Sabtu lalu harus menjadi harapan Arsene Wenger mengubah wajah cabaran pasukan yang agak goyah apabila bermula buruk dalam Liga Perdana Inggeris.

Satu lagi perlawanan tumpuan membabitkan bekas juara, AC Milan menentang Viktoria Plzen di San Siro.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan