Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Penyu tak rela nangis!

Posted: 27 Oct 2011 12:56 PM PDT

Sukan

"DOAKAN kejayaan kami, kami turun dengan satu tekad iaitu membawa pulang Piala Malaysia untuk kali kedua ke bumi Terengganu," itu kata-kata penuh semangat penjaga gawang skuad penyu, Sharbinee Allawee.

Sedar tugas penuh berliku untuk mengawal pintu gawang daripada dibolosi, bekas penjaga gol kebangsaan ini mengharapkan barisan pertahanan dikemudi ketua pasukan, Marzuki Yusof mampu mengekang asakan penyerang lawan terutamanya Hairuddin Omar.

Kebimbangan paling digeruni pemain di benteng terakhir ini ialah tandukan berbisa Hairuddin dan tendangan kencang serta mengelirukan ketua pasukan skuad Hobin Jang Hobin, Muhamad Shukor Adan. "Jika rakan di barisan pertahanan dan tengah mampu mengekang asakan dan serangan Negeri Sembilan, tugas mengawal gawang dari dibolosi akan menjadi lebih mudah.

"Saya berkeyakinan kesebelasan yang akan diturunkan esok mampu menggalas tugas seperti direncanakan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim," kata Sharbinee ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) petang semalam sebelum berlepas ke ibu kota. Semua pemain bersemangat melangkah ke bilik menunggu sebelum menaiki pesawat sambil bersalaman dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat.

"Biarpun senarai kesebelasan belum diumumkan, semua rakan sepasukan sudah mencapai kata sepakat iaitu turun dengan tekad merealisasikan impian rakyat dan kerajaan Terengganu untuk memburu kejuaraan kedua selepas mengungguli Piala FA musim ini," katanya.

Irfan Bakti pula menyatakan senarai kesebelasan yang akan diturunkan esok hanya diketahui setengah jam sebelum wisel sepak mula dibunyikan.
"Banyak lagi ujian terpaksa ditempuhi pemain. Kita tahu semua pemain mahu bermain pada perlawanan akhir tetapi ini adalah pertarungan hidup mati. Hanya pemain terbaik akan disenaraikan, semua pemain masih mempunyai peluang," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mohammad bin awang kechil

Kami peminat bolasepak Negara mengharapkan permain yang berkualiti pada malam sabtu ini .

dani chicharito ahmad

Kemon la

faiz klate

saya yakin terengganu boleh........peteh ganu peteh

zaidi edy

kami warga terengganu m'doakan kmngan keatas ng9..peteh ganu peteh!!!

said bin kudin

good lucky

Joe

penyu akan melonjak kegembiraan di Shah Alam...peteh teganu peteh....

Wei Loon

Selamat Berjuang Wahai Wira-wiraku.... Bawa pulang Piala Malaysia ke negeri Terengganu.. Jadikan tahun 2011 tahun Terengganu.. Peteh Ganu Peteh!! =D

ank ganu

nelang awok2 ganu lening

Best Player

MUDAH JER NAK TAHU PEMENANG PIALA MALAYSIA 2011 : Pemenang Tahun 2009-Mr. Hai-O(NS);Tahun 2010-Mr. Hai-O(Kel); Tahun 2011-Dah tentu le Mr. Hai-O(NS)... Hai-O is Best Player in Malaysia for PIALA MALAYSIA

masri

Di harap kedua-dua pasukan mempamer mutu permainan yang berkualiti disamping mengekalkan semangat kesukanan....
Idup GANU........

mahmud

hoben jang hoben,,!!!!

hamdan mohd salleh

wallaweeeeeiiiiii.......go ganu go!!!!

Hadi

Kita sama-sama tengok besok siapa yang menangis.. tapi nak tengok kat mana ye? Tiket untuk peminat Lembah Klang masih RM50 lagi.No diskaun!!! nampaknya kami yang menangis dulu... sebelum penyu menangis...!

hery

doakan kejayaan kami juga di final exam

Aizart Sungai Petani

insyaallah...saya yakin ,terengganu akan menjuarai Piala Malaysia musim ini.. :D

zawan

walaupun penyu jln pelahan tp x siapa dpt menghalang ia pg ke laut dlm

anok ganu sejati

boleh menang punye!!!!!!!!!!!!!!!

setiu

bermain biar sampai ke peluh akhir...

syed ganu

'peteh ganu peteh' peteh sampai reboh
kami doakan kejayaan anda.terengganu pasti juara..

cakoies89

sang rusa xrela menangis juga....!!!


Full content generated by Get Full RSS.

Norhafiz buat kunjungan semula ke Shah Alam

Posted: 27 Oct 2011 12:24 PM PDT

Sukan

PERTAHANAN berpengalaman Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah kembali bertandang ke Stadium Shah Alam malam esok – gelanggang yang menyaksikan dia pernah berputih mata menjulang Piala Malaysia 11 tahun lalu.

Sejak itu impian tonggak benteng skuad kebangsaan berusia 30 tahun untuk menebus kekecewaan serta mengucup piala keramat berkenaan tidak pernah kesampaian sehinggalah dia menyarung semula jersi skuad Hobin Jang Hobin musim ini.

"Ya, saya kembali lagi ke Stadium Shah Alam untuk aksi kedua final Piala Malaysia sepanjang kerjaya saya dan mungkin secara kebetulan saya beraksi sekali lagi bersama Negeri Sembilan. "Sudah tentu saya mahu episod duka Stadium Shah Alam 11 tahun lalu dipadamkan apabila tewas kepada Perak 2-0 sekali gus memastikan impian terpendam menjulang dan mengucup piala keramat itu tercapai," katanya sejurus latihan terakhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, semalam.

"Alang-alang sudah mara ke final, sudah tentu kami juga mahu menang. Lagipun, selepas gagal dalam saingan Liga Super dan Piala FA, ini adalah peluang terakhir kami untuk memenangi trofi musim ini."

Bagi jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah, pertemuan itu adalah pertembungan antara prestasi dan pengalaman.

Dia tidak menolak hakikat andai prestasi pasukannya dan Terengganu diambil kira, lawan itu jelas berkelebihan dengan keupayaan skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim menjuarai Piala FA dan menduduki tempat kedua Liga Super sebelum mara ke final piala keagungan itu dengan menumbangkan dua pasukan gergasi, Kelantan dan Selangor di suku akhir dan separuh akhir.
Selain Azraai yang tampil buat kali keempat selepas membantu Kedah mara ke pentas final pada 2004, 2007 dan 2008, kapten pasukan, Shukor Adan pula beraksi buat kali ketujuh dan sebahagian lagi pemain akan bermain kali ketiga berturut-turut.

"Ini mungkin kelebihan dan senjata kami untuk menundukkan Terengganu kerana bukan mudah beraksi dalam final yang penuh dengan tekanan," kata pengendali yang sinonim dengan memakai baju merah jambu setiap kali pasukan kendaliannya beraksi.

Lagi berita Piala Malaysia dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

haziq afifi

nagori jgn beragan nak menang

rashid

HOBIN JANG HOBIN kito biarkan ponyu menangih pueh2 kek Shah Alam malam esok.HOBIN JANG HOBIN 4 ever.

mehmed

hoben jang hoben !!!!!
gud luck ns,,,smoge b'jaye,,,doa rakyat negeri sembilan sentiasa mengiringi pemergian pasukan ke final nnt,,smoge b'jye hendaknye,,,

one lepo

dengan keadaan padang xbrape nk cantik, nk mengharapkn permainan cantik tak tau la,tp..............GO PETEH GO PETEH.hehe..fuhhhhhh...

cakoies89

musuhnya abes binasa...!!! hoben jang hoben...!!!

rahman@89

dua-dua pasukan tak sokong.tiket masuk mahal fam ambil kesempatan.


Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan