Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Akhirnya juara

Posted: 09 Oct 2011 09:49 AM PDT

Oleh Aida Adilah Mat, Wan Noriza Meor Idris, Mohd Hilmie Hussin, Saiful Affendy Sapran
sukan@hmetro.com.my

PERCUBAAN kali keempat Red Galacticos FC pada saingan Karnival Futsal Harian Metro akhirnya membuahkan hasil apabila dinobat sebagai juara Terbuka Lelaki pada saingan Grand Final di Centermart, Setapak semalam.

Hadir dengan meletakkan sasaran tinggi untuk merangkul kejuaraan pada musim ini, impian Red Galacticos tercapai juga selepas menewaskan J Brabus United menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final semalam.


Dengan kemenangan itu, pasukan dari Subang itu membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM15,000 serta piala iringan.

Lebih membanggakan apabila salah seorang pemain mereka, Alvin Chew dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir sekali gus menjadi kejayaan berganda Red Galacticos.


Pengurus pasukan, Kevin Yee nyata amat berpuas hati dan bangga dengan kejayaan anak buahnya yang tidak pernah mengenal erti putus asa apabila berjaya mengharungi semua rintangan semalam.


"Sejak dari awal saingan, kami sering ketinggalan tapi semangat tinggi dipamerkan pemain untuk bangkit semula menjadi kunci kepada kejayaan kami.

"Begitu juga pada aksi final hari ini (semalam), selepas ketinggalan 0-1, pemain tidak putus asa dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.


"Sebagai pengurus, memang saya rasa puas kerana percubaan kali keempat di Karvinal Futsal Harian Metro akhirnya berhasil apabila muncul juara," katanya.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar bersama wakil penaja.

Pakar bius ditambah

Posted: 09 Oct 2011 08:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan menambah bilangan pakar anestesiologi atau pakar bius di negara ini untuk memenuhi keperluan pembedahan serta perubatan semasa, khususnya bagi pesakit kronik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu penting untuk menampung kekurangan pakar bius di negara ini yang juga antara faktor kelambatan proses pembedahan pesakit kronik di hospital kerajaan.


"Setakat ini cuma ada 620 pakar anestesiologi di seluruh negara membabitkan hospital swasta dan kerajaan. Kita mahu tambah antara 100 ke 120 pakar bius setahun untuk menampung kekurangan itu," katanyaselepas merasmikan Hari Anestesia Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan, semalam.

Sambutan Hari Anestesia Sedunia yang diraikan pada 16 Oktober setiap tahun bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkhidmatan anestesia kepada pesakit.


Selain itu, Liow berkata Kementerian Kesihatan akan mengadakan Karnival Kesihatan di Sarawak pada bulan depan untuk menyelesaikan kes pembedahan tertunggak. - Bernama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen