Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rusa, Penyu 'bertemu jodoh' di Shah Alam

Posted:

Rusa, Penyu 'bertemu jodoh' di Shah Alam

Rusa, Penyu 'bertemu jodoh' di Shah Alam

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

BARISAN pemain Terengganu sudah memulakan persiapan menjelang final Piala Malaysia, Sabtu ini.


SEMUA sudah mengetahui betapa Stadium Shah Alam bakal menerima 'tetamu istimewa' yang diundang ke pentas final kempen Piala Malaysia edisi ke-90, iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu pada Sabtu ini.

'Rombongan merisik' juga telah dihantar kedua-dua pasukan sebelum ini sebaik mengecewakan Selangor dan T- Team di peringkat separuh akhir Sabtu lalu.

Ternyata, 'jodoh' antara Sang Rusa dan Sang Penyu juga seakan-akan sudah tertulis lantaran kedua-dua pasukan juga beraksi dalam Kumpulan B pada saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Berdasarkan rekod, Negeri Sembilan barangkali boleh mendabik dada di Shah Alam kelak lantaran kemenangan tipis 1-0 ke atas Terengganu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada peringkat kumpulan masih segar dalam ingatan penyokong fanatik Hoben Jang Hoben.

Walaupun kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Kuala Terengganu selepas itu, kredibiliti Sang Penyu yang menempah slot ke peringkat akhir juga tidak boleh dipandang sebelah mata.

Tambahan pula, anak-anak buah Irfan Bakti itu dilihat telah menempuh segala bentuk dugaan apabila berjaya menewaskan dua pasukan elit, Kelan- tan dan Selangor di peringkat suku akhir dan separuh akhir sebelum ini.

Jika itu dijadikan ukuran, impian Sang Penyu menamatkan kemarau menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi mereka sedekad lalu juga dilihat lebih cerah kerana Sang Rusa dilihat belum diuji sepenuh- nya apabila sekadar menewaskan dua pasukan berstatus kelab, Felda United dan T-Team dalam perjalanan ke perlawanan akhir musim ini.

Sekiranya tewas Sabtu ini, Terengganu masih boleh menebus kekecewaan dan kembali membuat perhitu- ngan dengan Negeri Sembilan bagi aksi Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih) tahun depan lantaran meme- gang status selaku juara Piala FA musim ini.


NEGERI Sembilan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat tahun ketiga berturut-turut sejak tahun 2009.


Namun jika menang, aksi Piala Sumbangsih pastinya lebih mendebarkan apabila Terengganu bakal berdepan juara Liga Super musim ini, Kelantan – pasukan yang ditundukkan mereka dengan agregat 5-3 pada saingan suku akhir yang lalu.

Pada masa sama, pengendali Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah juga sudah tentu tidak mahu duduk diam, tambahan pula final kali ini me- rupakan final kali ketiga berturut-turut selepas dikecewakan The Red Warriors musim lalu biarpun mengecewa- kan pasukan yang sama pada perlawa- nan akhir 2009.

Kredibiliti Azraai yang berjaya membantu Kedah muncul juara Piala Malaysia dua kali berturut-turut sejak 2007 juga mungkin menerbitkan rasa resah di hati Irfan yang pastinya rancak memikirkan formula terbaik bagi memastikan tahun ini merupakan tahun paling gemilang buat gergasi Pantai Timur itu.

Malah, tidak mustahil Azraai kini disayangi peminat Hoben Jang Hoben lantaran sikapnya yang sering menghargai penonton semasa menerajui Kedah sebelum ini diteruskan, dan ia dapat dilihat dalam aksi separuh akhir sebelum ini apabila kesemua pemain Negeri Sembilan dilihat menuju ke arah tempat duduk penonton sebagai tanda terima kasih.

Dalam aksi separuh akhir Sabtu lalu, Sang Penyu meneruskan kemaraan se- baik mengecewakan juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor dengan agregat 4-1 menerusi kemenangan bergaya 2-1 di tempat sendiri.

Terengganu menang hasil jaringan Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Samsuddin pada minit ke-17 dan 72, manakala gol sagu hati Selangor dijaringkan oleh Safiq Rahim dua minit sebelum tamat perlawanan.

Full content generated by Get Full RSS.

Keletihan punca kalah

Posted:

Keletihan punca kalah

Keletihan punca kalah

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


WALAUPUN mendahului 2-0 tetapi TNB akhirnya tewas 2-3 kepada KLHC pada final Piala TNB di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.
WALAUPUN mendahului 2-0 tetapi TNB akhirnya tewas 2-3 kepada KLHC pada final Piala TNB di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.


KELETIHAN. Itu punca kekalahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada musuh ketatnya, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada final Piala TNB 2011 kelmarin.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu, TNB tewas 2-3 kepada KLHC.

TNB perlu menyalahkan diri sendiri atas kekalahan itu apabila gagal mempertahankan kelebihan 2-0 ke atas KLHC.

Selepas berada dalam kedudukan selesa itu, mereka seperti membiarkan juara bertahan tersebut menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit terakhir.

Turun dengan misi menebus kekalahan dalam saingan Piala Sumbangsih dan liga, TNB bagaimanapun sekali lagi meratapi kegagalan mereka menghalang KLHC daripada mempertahankan Piala TNB.

Skuad kendalian Lailin Abu Hasan itu berjaya melakar kejutan apabila mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan sudut penalti penyerang negara, Faizal Saari (minit kelima) dan gol padang daripada Amir Farid pada minit kelapan.

Namun, taktik bertahan TNB pada 10 minit terakhir membawa padah apabila KLHC berjaya menembusi kekebalan mereka tiga kali menerusi Amerullah Aziz (59), Chua Boon Huat (62) dan gol kemenangan oleh Muhd. Razie Rahim pada minit ke-70.

"Kesemua pemain utama kami telah bekerja keras sepanjang babak pertama dan itulah aksi terbaik mereka yang pernah saya lihat musim ini," kata Lailin.

"Hasilnya kami berjaya mendahului 2-0, namun kesannya ialah aksi tersebut menyebabkan semua pemain kami mula mengalami keletihan.

"Berbanding KLHC, mereka memiliki ramai pemain yang berpengalaman termasuk mereka yang berada di bangku simpanan, jadi mereka berjaya menggunakan kelebihan itu pada 10 minit terakhir untuk menjaringkan tiga gol.

"Apa pun, saya tetap berpuas hati dengan aksi kami kerana jelas sekali banyak peningkatan dipamerkan sejak saingan liga, malah turut berjaya membuatkan KLHC hilang arah."

Sementara itu jurulatih KLHC, R. Vivekanandan ternyata gembira dengan semangat juang yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya untuk bangkit mencari gol penyamaan meskipun ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama.

"Kami memberi pemain TNB terlalu banyak ruang pada babak pertama dan ia hampir mengundang padah ekoran dua gol awal mereka," kata Vivekanandan.

"Namun, setelah memberi kata dua kepada pemain pada waktu rehat dan pertukaran strategi untuk mengekang penyerang lawan, akhirnya ia berjaya membuahkan hasil.

"Malah, apa yang lebih membanggakan ialah sikap tidak putus asa pemain kami yang terus memburu kemenangan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kim Swee utamakan Sukan SEA

Posted:

Kim Swee utamakan Sukan SEA

Kim Swee utamakan Sukan SEA

PENGENDALI skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Ong Kim Swee mengakui tidak tertekan apabila ana-anak buahnya sekadar menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Jemputan Piala Vietnam (VFF) yang melabuhkan tirainya kelmarin.

Menurutnya, misi mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia bulan depan lebih menjadi keuta- maannya berbanding gagal mencatatkan keputusan memberangsangkan pada kejo- hanan di Hanoi itu.

"Ini hanya kejohanan jemputan, itu pemi- nat kena faham. Bagi saya, Piala VFF lebih kepada medan ujian membentuk pasukan yang mantap ketika di Jakarta nanti, itu yang lebih penting," katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada kejohanan VFF itu, Harimau Muda yang berjaya mengumpul empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan satu kalah, menduduki tempat ketiga di belakang Uzbekistan (tujuh mata), Vietnam (lima mata), manakala Myanmar yang tewas dalam semua perlawanan, menghuni tangga tercorot pada kejohanan yang diadakan secara liga sepusingan itu.

Pasukan Harimau Muda yang sebelum ini tewas 1-3 kepada Uzbekistan pada perlawa- nan pembukaan kembali bangkit mencatat- kan kemenangan 2-1 ke atas Myanmar sebelum berjaya mengikat tuan rumah, Vietnam 1-1 menerusi sepakan percuma cantik kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar seminit sebelum babak pertama berakhir kelmarin.

Kim Swee bersama anak-anak buahnya yang berlepas pulang ke tanah air tengah hari semalam memberitahu, beliau berca- dang untuk mengadakan sekurang-kurangnya dua perlawanan persahabatan bertaraf antarabangsa sebelum sepak mula temasya Sukan SEA yang dijadualkan bermula 9 November depan.

"Buat masa ini, saya masih belum mengenal pasti dua pasukan lawan bagi aksi persahabatan itu yang dilihat begitu penting buat saya menyediakan pasukan terbaik bagi mempertahankan pingat emas di Jakarta nanti.

"Malah, senarai penuh pemilihan pemain yang akan dipanggil menjalani ujian sebe- lum ke Jakarta juga dijangka hanya dike- tahui selewat-lewatnya pagi 27 Oktober (Rabu)," katanya.

Malaysia yang diundi dalam 'kumpulan neraka' bersama beberapa gergasi Asia Tenggara seperti Thailand, Singapura dan tuan rumah, Indonesia bagi aksi Kumpulan A, dilihat berdepan tugas getir memperta- hankan emas Sukan SEA di Laos dua tahun lalu.

Malaysia dijadualkan bertemu Singapura (9 November), Thailand (10 November), Kemboja (15 November) dan Indonesia (17 November), manakala aksi separuh akhir dan final diadakan pada 19 dan 21 Novem- ber.

Aksi Kumpulan B pula dilihat lebih memi- hak kepada naib juara, Vietnam yang dilihat lebih mudah menempah slot ke sepa- ruh akhir apabila diundi bersama Myanmar, Laos, Brunei, Filipina dan Timor Leste.

Selepas Jakarta, skuad bimbingan Kim Swee yang tewas 0-2 kepada Jepun bagi pusingan akhir aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia bagi Kumpulan C sebelum ini juga akan berdepan dengan Syria dan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 23 dan 27 November depan.

Apa yang pasti, November depan akan menjadi bulan yang paling sibuk buat Kim Swee dalam mengharungi kedua-dua siri ujian terhebat itu, sekali gus menentukan sejauh mana kemampuan Harimau Muda - sama ada akan 'mengaum' atau sekadar 'mengiau' - di pentas antarabangsa selepas ini. Selamat maju jaya, Kim Swee!

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan