Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Benam Thailand!

Posted: 08 Nov 2011 11:47 AM PST

STRATEGI skuad Harimau Muda, hari ini adalah jelas - serang habis-habisan memburu gol untuk memastikan kemenangan apabila menentang juara 13 kali, Thailand dalam saingan penting, Kumpulan A.

Lawan kita memang hebat terutama bahagian tengah. - Ong Kim Swee, Jurulatih Malaysia

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

pengembala harimau

teknik permainan(kekemasan kawalan bola n hantaran) + akal + bertenaga = menang

king

1 je xsuka bla team kita main.... bla dah kena 1 gol, mula nka main difensive saja... main pula main sebarang tendang je... xkira kena 1 gol ke brapa ke, try je la... banyak team bola dah buktikan boleh bangkit wlau ktinggalan... ingat tu, slagi xhabis masa, guna sgala tenaga ada.... jgn slalu sngt difensive... bla nak pandai attacking klau mcm tu.. mula2 mg la kalah, lama2 pandai la attack... klau nak MENANG, yg pntg kena jaringkan goal... ayuh MALAYSIA!!!

ABD HAFIDZ BIN A RAHIM

Jurulatih tak kreatif dalam mengatur taktikal permainan. Banyak cakap saja... Apaleh..seri dengan Singapura dianggap cemerlang.. Kita juara di Asia Tenggara. Pemain kita berkebolehan tetapi jurulatih teruk..Gantikan jurulatih baru sebelum terlewat..

etoi sy

jurulatih tu mengarut je...tendang kua lagi bagus...nak kutuk anak buah pon xbley...menyampah aku...kata nk sokongan lah apa lah..kritikan tu utk sedarkan anak buah dia yang maen mcm taek kucing...

hamba allah

MUSUHNYA HABIS BINASA!!!

matyusof

Jgn bagi fakri saarani main dah ler........... kesian kami penyokong yang sudah terlalu bosan.. dan esian dia kerana akan dikutuk habis

agr yuszry

juang habis habisan skuad harimau muda..MALAYSIA BOLEH.........

Malaysia

Jangan sekadar tajuk sahaja yang gah, tp main mcm hampas... Tolong la bermain mati-matian untuk negara bukan kerana wang ringgit.

ieja

Jangan pandai cakap je tapi bila di atas padang main macam budak-budak sekolah..HARIMAU MALAYA BOLEH!!!

black jackle

ok lah tu kalo ada orang macam dia ni banyak lah pemain pelapis pada masa depan.

ahmad bin ismail

ramai pemain malaysia bermain kesorangan iaitu mengelecek,dengan singa tak perlu begitu

one lepo

hari ini , ibarat bermain di final, seri atau kalah, boleh lupakan emas bola sepak,..main bermati-matian, SERAAAAAAANGGG TEAM MALAYA,JGN MENGALAH...MALAYSIA BOLEH!!!

Mansor Awang

Sukar... kerana naluri penyudah yang tepat di depan pintu gol masih tiada.. Yang di pamerkan hanyalah kegopohan..

Laison

Gunakan kelebihan kita dibahagian sayap dan sekat serangan Thailand dari tengah padang. Ini yang dilakukan oleh Barcelona dalam mana-mana perlawanan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. HARIMAU MALAYA MARALAH!!!

Full content generated by Get Full RSS.

'Jangan menyerah sebelum bertanding'

Posted: 08 Nov 2011 11:36 AM PST

Sukan

Naim Mohamad

Naim Mohamad

Usah jadikan mutu pengadilan sebagai isu: Naim

JANGAN prejudis! Itulah nasihat ketua kontinjen negara, Datuk Naim Mohamad kepada jurulatih, pegawai dan atlit sukan subjektif seperti pencak silat, wushu, karate, taekwondo, judo dan tinju semalam.

"Kita belum bertanding dan bertempur lagi. Jadi, nasihat saya jangan jadikan mutu pengadilan sebagai isu dan menjadikannya alasan untuk kita menyerah kalah lebih awal," katanya.

Biarlah kita berprasangka baik dan percaya kepada kejujuran serta ketelusan mereka. Yakinlah mereka akan menjalankan tugas pengadilan dengan baik. - Naim Mohamad, Ketua kontinjen di Jakarta

Dia yang baru tiba di Jakarta semalam berkata, adalah lebih baik pegawai dan atlit sukan subjektif terbabit memfokuskan kepada persiapan masing-masing.

"Kita tidak mahu mutu pengadilan berat sebelah yang berlaku sebelum ini terus ditimbulkan kerana ini juga akan menjejaskan imej kita kepada wasit atau juri yang akan menghakimi pertandingan.

"Biarlah kita berprasangka baik dan percaya kepada kejujuran serta ketelusan mereka. Yakinlah mereka akan menjalankan tugas pengadilan dengan baik," katanya.

Ketika ditanya sama ada tindakan protes akan diambil sekiranya mutu pengadilan terbukti berat sebelah, Naim berkata: "Jika terdapat bukti, saya nasihatkan pengurus pasukan supaya mengambil tindakan mengikut prosedur dan undang-undang ditetapkan," katanya.
Pada temasya ini, sebanyak 106 pingat emas ditawarkan dalam beberapa sukan subjektif seperti judo 16 emas, karate (17), silat (18), taekwondo (21), wushu (20) dan tinju (14).

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

annacomel

betul.. betul.. betul... kalau tidak mahu bertanding bersungguh-sungguh lebih baik tidak dihantar.Jangan asyik salahkan pengadil yang kununnya tidak adil..jangan salahkan lantai yang kununnya tidak rata ...


Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan