Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Hadiah perkahwinan

Posted:

Hadiah perkahwinan

Hadiah perkahwinan

NUR SURYANI (kiri) dan Nur Ayuni Farhana (kanan) berkongsi kegembiraan bersama jurulatih, Zhukova Natalya (tengah) selepas masing-masing memenangi pingat emas dan gangsa di Palembang semalam.


PALEMBANG - Penembak negara, Nur Suryani Mohd. Taibi menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen negara pada Sukan SEA 2011 selepas menjuarai acara 50m rifel 3 posisi wanita di Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang semalam.

Manakala pingat gangsa menjadi milik seorang lagi penembak negara iaitu Nur Ayuni Farhana Abdul Halim.

Ketika harapan emas menerusi acara karate di Jakarta lebur di separuh akhir, Nur Suryani menebus kegagalan itu untuk menjadi atlet emas pertama pada temasya kali ini menerusi persembahan yang mengejutkan dirinya sendiri.

Ini kerana selain baharu sahaja melangsungkan perkahwinan, dia juga mengalami keracunan makanan di perkampungan sukan sebelum pertandingan bermula.

"Ini hadiah saya kepada negara dan suami yang baru saya kahwini. Ia bukan sesuatu yang saya jangkakan apatah lagi dengan keadaan diri saya sekarang.

"Memang saya sendiri terkejut juga menang emas kerana di Laos dulu, saya hanya mampu menduduki tempat keempat sahaja dalam acara ini. Ia mungkin rezeki kahwin agaknya," kata penembak berusia 29 tahun itu.

Pada pertandingan semalam, Nur Suryani yang memungut 679.8 mata menewaskan penembak Thailand di tempat kedua dan Nur Ayuni (ketiga).

Menurut Nur Suryani, insiden kelewatan ketibaan peluru tidak menjejaskan konsentrasinya.

"Soal itu adalah urusan pihak pengurusan. Bagi saya, saya mahu mencuba yang terbaik dan menumpukan perhatian kepada acara yang saya sertai," kata pemenang pingat emas dalam acara 10m air rifle berpasangan wanita pada Sukan Komanwel 2010 di India bersama Nur Ayuni Farhana Abdul Halim.

Dia kini akan menumpukan perhatian dalam acara 10m air rifle pada Rabu ini apabila bergandingan bersama Shahera Rahim Raja.

Secara keseluruhannya semalam, acara menembak menyumbang satu emas, dua perak dan satu gangsa.

Dua pingat perak diperoleh menerusi Mohd. Hadafi Jaafar dalam acara 10m air rifle lelaki dan Khalel Abdullah menerusi acara 25m standard pistol lelaki.

Pada temasya di Laos dua tahun lalu, skuad menembak negara tidak meraih pingat emas dan sekadar membawa pulang enam pingat perak dan lima gangsa menerusi 16 penembak lelaki serta wanita kebangsaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Song Hwa tiada tandingan

Posted:

Song Hwa tiada tandingan

Song Hwa tiada tandingan


SONG HWA (kanan) meraikan kejayaan memenangi pingat emas bersama jurulatih, Petrarovik Frank di Stadium Jakabaring, Palembang semalam.


PALEMBANG - Meskipun beraksi dalam kesakitan, atlet tukul besi wanita negara, Tan Song Hwa tidak berdepan masalah untuk menyumbang pingat emas kedua negara pada Sukan SEA 2011 di Palembang semalam.

Ternyata Song Hwa, 25, tiada tandingan di peringkat Asia Tenggara selepas jauh meninggalkan atlet tuan rumah, Rose Herlinda Inggriana (51.95m) di tempat kedua dan Loralie Sermona dari Filipina (49.69m) ketiga yang gagal memberikan tentangan.

Bagaimanapun, oleh kerana mengalami masalah slip disc sejak enam minggu lalu, catatan yang dibuat Song Hwa tidaklah sebaik catatan peribadi terbaiknya sebelum ini.

Dia hanya mampu mencatat jarak 55.15 meter berbanding rekod peribadi terbaiknya 58.71 meter dan rekod baru Sukan SEA 56.41 meter yang dicatat ketika memenangi emas di Loas dua tahun lalu.

"Saya cukup lega dan puas hati dengan kemenangan ini. Mulanya bimbang juga takut kecederaan belakang bertambah teruk dan boleh menjejaskan peluang saya.

"Tetapi selepas mendapati saingan yang diberikan pencabar lain tidak begitu kuat, saya hanya fokuskan kepada persembahan sendiri sahaja," katanya ketika ditemui selepas pertandingan.

Namun dia meminta maaf kerana gagal memecahkan rekod sendiri walaupun telah berusaha sebaik mungkin. Ini kerana kesakitan yang dialami menghalangnya berbuat demikian.

"Saya hanya berjumpa doktor dua minggu lalu untuk melakukan imbasan. Mujur mereka benarkan saya beraksi," katanya yang bakal membawa pulang RM10,000 di bawah skim hadiah kemenangan Majlis Sukan Negara (MSN).

Full content generated by Get Full RSS.

Jamalliah minta maaf

Posted:

Jamalliah minta maaf

Jamalliah minta maaf


JAMALLIAH sekadar mampu menyumbang pingat gangsa selepas tewas dengan kiraan mata 0-2 kepada atlet Vietnam, Thach Thi Trang pada aksi separuh akhir semalam.


JAKARTA - Atlet karate, Jamalliah Jamaludin gagal menyumbang pingat emas sulung buat kontinjen Malaysia pada hari pertama temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Tenis Tertutup Senayan semalam.

Tampil selaku penyandang juara dalam kategori kumite wanita lebih 68 kilogram, Jamalliah sekadar mampu menyumbang pingat gangsa selepas tewas dengan kiraan mata 0-2 kepada atlet Vietnam, Thach Thi Trang pada aksi separuh akhir.

Kegagalan itu juga menyaksikan Jamalliah gagal dalam misinya memburu gelaran hatrik di bumi Jakarta selepas dia meraih emas pada temasya 2007 di Korat, Thailand dan Sukan SEA 2009 di Vientianne, Laos.

Jamalliah mengakui, dia begitu kecewa dengan kegagalan tersebut, sekali gus memberi tamparan hebat kepada skuad karate negara yang berazam membawa pulang enam pingat emas kali ini.

"Saya cukup kecewa apabila gagal menyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia pada Sukan SEA ini. Saya minta maaf kepada jurulatih (P. Arivalagan) dan seluruh peminat sukan negara.

"Saya sudah cuba memberikan aksi yang terbaik, tetapi nasib tidak menyebelahi saya," kata Jamalliah yang juga pemenang pingat perak Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Mengulas detik-detik pertarungan dengan lawannya itu, Jamalliah berkata, dia mula berasa tertekan selepas ketinggalan 0-1.

"Saya tidak langsung berasa tertekan sebaik berada di gelanggang pertandingan, tetapi keadaan itu tiba-tiba berubah apabila saya mula ketinggalan.

"Sebaik sahaja ketinggalan satu mata, saya mula rasa terdesak dan mengasak lawan dengan agresif. Situasi itu menyebabkan saya melakukan fault (kesalahan), seterusnya menyebabkan saya dikenakan penalti satu mata," katanya.

Sementara itu, Arivalagan jelas kecewa dan seakan-akan tidak percaya dengan kegagalan Jamalliah meraih pingat emas.

"Saya sendiri tidak tahu apa yang terjadi kepadanya. Sama ada dia terlalu yakin atau berasa tertekan, saya tidak pasti. Prestasi Jamalliah hari ini (semalam) buruk.

"Atlet pilihan kita (untuk meraih emas) sudah tewas, jadi saya harap atlet karate yang lain dapat merealisasikan sasaran untuk meraih enam emas pada Sukan SEA kali ini," kata Arivalagan.

Terdahulu, skuad karate negara berjaya menyumbang dua pingat gangsa menerusi kategori kata individu lelaki dan dan wanita.

Tampil selaku juara Asia, Leong Tze Wai terpaksa akur dengan kehebatan atlet tuan rumah, Faizal Zainuddin apabila tewas dengan kiraan mata 2-3 di peringkat separuh akhir.

Sebelum itu, Thor Chee Yee turut merangkul pingat gangsa bagi kategori kata individu wanita.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan