Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Norshahrul terbaik

Posted:

Norshahrul terbaik

Norshahrul terbaik

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

NORSHAHRUL (kiri) menerima anugerah MVP Supermokh daripada Timbalan Presiden FAM, Annuar Musa. Turut kelihatan ialah Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holding Berhad, Ng Jui Sia (kanan).


NORSHAHRUL Idlan Talaha sekali lagi dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011.

Penyerang Kelantan itu menerima pengiktirafan tersebut pada majlis tahunan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut Norshahrul, 24, menjulang anugerah tersebut selepas kali pertama menggenggamnya tahun lalu.

Musim lalu, anugerah itu dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai sebelum ditukar kepada Anugerah MPV Supermokh tahun ini.

Ia merupakan pengiktirafan tertinggi buat pemain bola sepak tempatan.

Norshahrul menewaskan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain Selangor, Safiq Rahim yang turut dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij itu yang mengambil nama legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Selain menerima anugerah tertinggi itu, Norshahrul turut terpilih untuk menerima anugerah Penyerang Terbaik Liga Malaysia sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.

"Saya tidak sangka menang. Ia sangat hebat dan memang merupakan satu penghormatan yang amat besar bagi saya selepas memenangi anugerah pertama Supermokh ini.

"Kejayaan memenangi anugerah yang dinamakan sempena nama legenda bola sepak negara ini memang benar-benar hebat bagi saya memandangkan saya juga seorang pemain yang beraksi di posisi penyerang," kata pemain yang berasal dari Besut, Terengganu itu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holding Berhad, Datuk Ng Jui Sia.

Sementara itu, ketua jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti Abu Salim dipilih memenangi anugerah Jurulatih Terbaik.

Kemenangan tersebut adalah hasil kejayaannya membawa Terengganu muncul juara Piala FA musim ini selain kemaraan pasukan itu ke final Piala Malaysia sebelum tewas kepada Negeri Sembilan.

Khairul Fahmi pula dipilih sebagai pemenang anugerah Penjaga Gol Terbaik sementara Safiq Rahim (Selangor) dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.

Full content generated by Get Full RSS.

Struktur Liga M perlu dirombak

Posted:

Struktur Liga M perlu dirombak

Struktur Liga M perlu dirombak


ANNUAR (tengah) bergambar bersama para pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 di Shah Alam semalam.


"STRUKTUR Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) perlu dirombak bagi membolehkannya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa."

Demikian tegas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, semalam.

Menurutnya, kelemahan struktur liga tempatan menyebabkan badan induk bola sepak negara serta pemain Malaysia sukar mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

"Ramai yang tidak tahu, negeri-negeri serta pemain yang bermain dalam Liga Malaysia (Liga M) sebenarnya tidak layak bermain dalam Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Di Eropah, pemain kita tidak layak menyertai kelab di sana, disebabkan Liga M tidak diurus secara profesional," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan di Shah Alam semalam.

Annuar berkata, mengikut peraturan AFC pada 2009, Liga M sepatutnya diuruskan oleh sebuah entiti yang terdiri daripada gabungan kelab dan persatuan negeri yang bersaing dalam liga tersebut serta diurus secara profesional.

"Namun berdasarkan perbincangan dengan anggota gabungan FAM, pengurusan di peringkat kelab dan persatuan negeri masih berada ditakuk lama dan terus mengharap pemberian geran tahunan daripada FAM," katanya.

Katanya, jika kelab dan persatuan negeri gagal diurus dengan baik, kesannya dapat dilihat pada pemain yang dilahirkan.

"Sebab itu, pemain terbaik di Malaysia ini sebenarnya hanya bertaraf sederhana di Asia. Kerana itu juga pemain kebangsaan sukar mendapat tempat bermain di Eropah," katanya.

Kenyataan Annuar itu merujuk kepada isu penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali yang gagal mendapat permit kerja untuk beraksi bersama Cardiff City.

Masalah timbul berikutan pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara yang menduduki ranking 70 terbaik dunia dan Malaysia berada di ranking ke-146.

Full content generated by Get Full RSS.

Harimau Muda berguru di Australia

Posted:

Harimau Muda berguru di Australia

Harimau Muda berguru di Australia

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


NAZMI FAIZ antara pemain skuad Olimpik negara yang akan mengikuti latihan di Australia.


SELEPAS 'dilenjan' habis-habisan sebelum ini, skuad Olimpik negara bakal 'mencari ketenangan' di Sydney, Australia selama 12 hari bermula 10 Disember depan.

Bukan untuk 'makan angin', sebaliknya anak-anak buah Ong Kim Swee ini akan 'berguru' bersama tiga buah kelab elit di sana sebagai persiapan menghadapi baki tiga lagi perlawanan aksi kelayakan Olimpik 2012, selain persediaan menempuh saingan Liga Singapura (Liga-S) pada Februari tahun depan.

Tiada sebarang kejutan ketara yang dilakukan Kim Swee mengenai senarai 30 pemain yang dipanggil menyertai latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya Isnin depan (5 Disember) apabila beberapa muka lama seperti kapten, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang kontroversi, Ahmad Fakri Saarani serta Thamil Arasu masih diberikan kepercayaan.

Kredibiliti permata muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor juga masih ditagih Kim Swee bersama rakan sepasukannya yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini seperti Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Fandi Othman, Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy, Mahalli Jasuli, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohammad Muslim Ahmad.

Tiga pemain pinjaman kelab Slovakia, Vion Zlate Moravce - Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd. Irfan Fazail dan Mohammad Fadhli Mohd Shas juga masih mendapat kepercayaan Kim Swee bersama Gary Steven Robbat yang sebelum ini 'tercicir' ke Jakarta gara-gara kecederaan.

Perancang skuad Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), K. Reuben bersama peledak pinjaman Felda United, D. Saarvindran yang sebelum ini digugurkan ke temasya Sukan SEA juga kembali dipanggil menjalani latihan.

Begitupun, peledak berbisa negara, Izzaq Farris Ramlan terpaksa diketepikan kali ini gara-gara kecederaan serius selain seorang lagi penyerang, Mohd. Ferris Danial Mat Nasir juga digugurkan.

Pada masa sama, beberapa muka baharu juga diuji Kim Swee kali ini termasuk penjaga gol muda Kelantan dan Terengganu, Syazwan Yusof dan Sharil Saari bersama pemain skuad Presiden Kelantan, Nik Mohd. Syahrul Azim Nik Abd. Halim serta beberapa lagi pemain muda seperti Muhammad Akmal Ishak, Mohd Azizan Nordin dan Mohd Azrif Nasrulhaq.

"Kesemua 30 pemain dikehendaki melaporkan diri pada 5 Disember (Isnin depan) di Wisma FAM selewat-lewatnya pukul 1 petang," kata kenyataan FAM semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan