Harian Metro: Arena |
‘Perhalusi kegagalan’ Posted: 29 Nov 2011 08:58 AM PST BERBICARA mengenai kegagalan skuad Olimpik negara dalam kempen kelayakan Sukan Olimpik London ibarat 'nasi sudah menjadi bubur'. Namun bagi Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang turut dikenali sebagai pengkritik sukan tanah air mahu kegagalan itu diperhalusi supaya ia tidak terus berulang. Kerana beliau berpendapat, skuad yang dibimbing jurulatih Ong Kim Swee itu seharusnya memberi lebih tumpuan kepada saingan berkelas lebih tinggi itu berbanding sibuk dengan misi mempertahankan gelaran raja Asia Tenggara di Sukan Sea Indonesia.
"Jika diambil kira, kelayakan Olimpik ini adalah peluang terbaik untuk kita mencapai taraf lebih tinggi dan bukannya hanya bermegah di peringkat Asia Tenggara. "Kita sudah mengambil bahagian di Sukan Olimpik sejak 1956 dan layak sebanyak dua kali di Sukan Olimpik Munich pada 1972 dan 1980 di Moscow. Jadi kenapa kita perlu terlalu bergembira dengan pencapaian di Sukan Sea kerana sepatutnya kita perlu berusaha untuk mencapai tahap lebih tinggi," katanya.
Malah anak buah Kim Swee sebelum itu juga terpaksa mengerah keringat yang ada ketika tewas 2-0 kepada Syria biarpun hanya berehat selama sehari sebaik tiba dari Jakarta dengan membawa pulang pingat emas.
Biarpun berbaki tiga lagi perlawanan, kekalahan ketiga berturut-turut itu tampak menutup jalan Malaysia melakar sejarah layak ke Olimpik buat kali ketiga.
|
Penerjun perlu cari populariti Posted: 29 Nov 2011 08:53 AM PST SELEPAS tiga penerjun negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012, kini mereka perlu memburu populariti dalam siri Jelajah Eropah. Penerjun berpengalaman negara, Yeoh Ken Nee berkata jelajah Eropah amat penting dalam usaha penerjun negara memburu pingat di London.
"Dalam sukan subjektif seperti terjun, soal 'bias' tidak dapat dielakkan jadi jurulatih Yang Zhuliang mahu kami memberi persepsi yang baik di kalangan pengadil di Eropah dengan membiasakan nama dan wajah agar dikenali mereka sebelum Sukan Olimpik," kata Ken Nee.
"Kita perlu memastikan sebanyak mungkin slot untuk penerjun negara beraksi di Olimpik kerana faktor jumlah penerjun negara di temasya itu juga akan mempengaruhi juri yang mungkin mewujudkan persepsi betapa Malaysia mempunyai ramai penerjun berkualiti," katanya.
Mengikut peraturan Olimpik, penerjun negara yang layak ke Sukan Olimpik tidak semestinya beraksi dalam acara ayng mereka layak secara merit tapi tempat itu boleh diberikan kepada penerjun lain dari negara yang sama.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan