Utusan Online - Sukan |
Posted: Nazmi alami 'masalah misteri'Oleh ZAZALI JAMIAN Muhammad Nazmi Faiz Mansor (tengah) membuktikan kemampuannya apabila menjaringkan gol pertama pasukan negara sebelum tewas 2-3 kepada Bahrain pada Kelayakan Olimpik Ahad lalu. KUALA LUMPUR – Aksi pemain bintang muda dalam pembikinan, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada bahagian tengah skuad bola sepak negara tampak begitu sempurna. Dia lincah, pantas dan kerap mencipta peluang gol ketika beraksi. Bakat pemain berusia 17 tahun itu kian diperkatakan setelah membantu skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI, baru-baru ini. Namun, masa depan Nazmi boleh terjejas kerana dia mengalami 'masalah misteri' iaitu tidak mampu beraksi sepanjang 90 minit perlawanan. Ini disebabkan dia akan mengalami kekejangan otot kaki jika beraksi terlalu lama. Itulah yang berlaku ketika dia beraksi menentang Bahrain pada perlawanan Kelayakan Olimpik Ahad lalu, apabila terpaksa dikeluarkan pada kira-kira 20 minit akhir perlawanan. Masalah misteri yang membelanggu Nazmi diakui jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee. Menurutnya, Nazmi memang mengalami gangguan misteri pada otot jika beraksi terlalu lama sehingga tidak mampu untuk menamatkan 90 minit perlawanan. "Ia bukan masalah yang biasa dialami oleh pemain bola sepak. Malah, tidak ada pemain tempatan yang mengalami masalah sedemikian. "Ini bukan bermakna dia tidak cukup cergas tetapi masalah kekejangan otot yang menghalang dia daripada memberikan aksi maksimum. "Masalah ini jarang berlaku tetapi memang ada beberapa pemain terkemuka dunia yang mengalaminya," katanya. Menurut Kim Swee, demi memastikan bakat Nazmi dapat dikembangkan, dia mula mengatur langkah memulihkan masalah yang dialami pemain itu. "Saya telah maklumkan kepada pihak Institut Sukan Negara (ISN) secara lisan mengenai masalah yang dialami Nazmi sebaik sahaja tamat perlawanan menentang Bahrain tempoh hari. "Masalah yang dialami oleh Nazmi boleh diatasi melalui sokongan ISN," katanya. Nazmi menjaringkan gol pertama pasukan negara ketika menentang Bahrain Ahad lalu sebelum akhirnya Malaysia tewas 2-3. Tambah Kim Swee, Nazmi mempunyai masa depan cerah, sekiranya pemain itu dapat beraksi dengan baik tanpa gangguan masalah kejang otot. "Kita harus segera mencari penyelesaian kepada masalah yang dialami pemain ini untuk membolehkannya selesa beraksi dalam prestasi terbaiknya," jelasnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Sasaran emas Sukan Olimpik makin tergugat Posted: Sasaran emas Sukan Olimpik makin tergugatOleh AIZAWATI AHMAD KUALA LUMPUR - Beberapa siri kekalahan yang dialami pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dalam kejohanan badminton yang disertainya tahun ini, meletakkan peluangnya merangkul pingat emas pada Sukan Olimpik di London, tahun depan dilihat semakin samar. Apa yang memeritkan, pemain yang menjadi penghalang utama kepada Chong Wei untuk merealisasikan impiannya merupakan pencabar yang sama iaitu jaguh China, Lin Dan. Bekas pemain kebangsaan, Jalani Sidek berkata, Sukan Olimpik sudah semakin hampir, namun kekalahan Chong Wei kepada bintang China itu meletakkan peluangnya untuk meraih pingat emas juga tipis. "Semakin dekat Sukan Olimpik hendak dilangsungkan tahun depan, saya perhatikan harapan Chong Wei untuk meraih emas pertama negara juga semakin kelam. "Saya bimbang jika dia tidak perbaiki permainan termasuk tahap kecergasannya, peluang untuk merangkul emas semakin jauh untuk dicapai," katanya ketika berkunjung ke Ibu Pejabat Utusan Malaysia di sini, semalam. Kekalahan terbaru Chong Wei ialah pada separuh akhir kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka China di Shanghai, Sabtu lalu dan Terbuka Hong Kong, minggu lepas yang mana kedua-duanya tewas di tangan Lin Dan. Satu-satunya kemenangan yang dicatat pemain Pulau Pinang itu ke atas Lin Dan tahun ini adalah ketika mempertahankan kejuaraan All England, Mac lalu. Chong Wei juga tumpas pada Terbuka Korea (Januari) dan Kejohanan Dunia (Ogos). Menurut Jalani, apa yang lebih membimbangkan, bukan Lin Dan seorang sahaja yang mampu mengalahkan Chong Wei, tetapi pemain muda China, Chen Long sudah dua kali mengalahkannya tahun ini. Jelasnya, China ternyata membuat persiapan yang cukup rapi dan perancangan mereka untuk menyekat Chong Wei nampaknya semakin membuahkan hasil. "Kini bukan sahaja Lin Dan yang cukup ampuh, malah pemain muda mereka, Chen Long juga sudah mampu menundukkan Chong Wei," ujarnya. Chong Wei tumpas kepada Chen Long pada perlawanan akhir Terbuka Denmark, Oktober lalu dan Terbuka Jepun, September lepas. Jalani berkata, masih ada masa untuk Chong Wei melakukan sesuatu sebelum ke London dan pemain itu perlu mendapat sokongan penuh BAM bagi membolehkan dia membuat persiapan rapi termasuk melakukan post-mortem terhadap kekalahan terbaru yang dialaminya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan