Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Habuan lagi'

Posted: 08 Dec 2011 03:30 PM PST

Sukan

Imbuhan buat Harimau Muda mampu rangsang pemain: Kim Swee

HARI ini, semua 91 pemenang emas negara di Sukan SEA Jakarta bulan lalu menerima habuan RM629,996 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dan bagi skuad bola sepak, ada sesuatu lebih besar menanti selepas skim berkenaan.

Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menandatangani perjanjian sebagai Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 8 Julai lalu, turut menjanjikan insentif kepada skuad Bawah 23 andai berjaya mempertahankan 'ibu segala pingat' pada Sukan SEA lalu. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, walaupun belum ada berita mengenai penyerahan insentif berkenaan, keputusan mengenainya mungkin diketahui selepas Jawatankuasa Kewangan FAM bersidang esok.

"Telekom menjanjikan RM1 juta sebagai insentif untuk beberapa kejohanan dalam tempoh setahun, jadi selepas mesyuarat Sabtu ini (esok), baru kami bentangkan jumlah sebenarnya untuk skuad Sukan SEA," kata Azzuddin.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee ketika diminta mengulas insentif tambahan itu mengalu-alukan sebarang bentuk insentif kepada anak buahnya kerana ia mampu merangsang pemain berusaha lebih keras.

"Saya tidak fikir pemain akan lupa diri, sekurang-kurangnya ia mampu menarik minat mereka untuk kekal bersama pasukan walaupun mendapat tawaran tinggi daripada pasukan lain."
Sebelum ini, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah Skuad memberi habuan RM30,000 kepada setiap seorang sebaik Harimau Muda menewaskan Indonesia menerusi penalti penentuan di Jakarta, 21 November lalu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Hezris Seliman

Tahniah kpd semua pemenang pingat Skan Sea26 terutama kpd skuad olimpik H.Muda sya sbg peminat kagum melihat ksguhan skuad memperthankan Juara diharap agar semua insentif yg dbri mjd pembakar smgat Skuad kental kita,tingkatkan usaha jka mau ke pringkat antarabangsa.........SYABAS...

Azri

Pasukan U23 memang layak bukan kerana mempertahan emas di sukan sea tetapi paling penting mempertahankan maruah Malaysia.

joe

kn dah ckap...xyah la nk msuk pasukan kelab...bek main mewakili negara je...dpat la duit bnyk...habuan bnyak...ats titik pluh kte.klu pasukan kelab??ade ke??gji pn ttunggak smpai 2 3 blan...

nadzri

syabas dan tahniah untuk tim bolasepak under 23 atas kesungguhan anda mempertahankan pingat emas diseagames ke 26..pemberian insentif sangat positif tapi pemain dan pegawai jgn cepat berpuas hati..titik peluh dan pengorbanan mereka harus kita nilaikan jangan kita hanya numpang gembira sahaja...kemenangan itu bukan datang bergolek...

razali bin rilek

TAHNIAH!!!atas kjyaan psukn bola sepak kebangsaan d sukan sea mjdi juara.kekalkn komitmen & truskn brjuang d sukan sea akn dtg utk mempertahankan pingat emas & akn trus mjdi JUARA & JUARA.

sam

Our players deserved for it hopefully the insentive will be the turning points to achieve a better results.

salampb

Alhamdulillah...saya begitu gembira melihat kesungguhan pemain-pemain muda beraksi dalam pertandingan tempohari...Pesanan saya kepada semua pemain muda....jangan lupa menabung sedikit dari habuan yang melimpah itu..Tunjukkan lebih kesungguhan dan kehebatanmu di masa hadapa....TAHNIAH!!!!

LUHI BIN SEMAN

Memang betul seperti yang dikatakan jurulatih skuad harimau muda saudara Ong kim swee, insentif untuk pemain adalah baik dan perlu di kekalkan kerana untuk menaik minat pemain mewakili negara daripada menyertai pasukan (kelab) luar bila mendapat tawaran tinggi.

Fazillah Mohamad

bagus jgk .. ia boleh memartabatkan semula bola sepak negara.. hope pemain2 lebih bagus selepas ini.. jgn lupe diri.. kekayaan x dtg bergolek.. mereka tlh bkerja keras untuk kejayaan...

wak

patut insentif diberi lagi lebih memendangkan mereka adalah wira-wiri yg mengharumkan nama negara dipersada dunia seperti mana wira-wiri pasokan keselamatan kita yg sentiasa bekorban jiwa raga demi keselamatan dan keharmonian hidup rakyat jelata

wakdin deen

jangan terlibat rasuah bila memperoleh habuan yang melimpah..


Full content generated by Get Full RSS.

Merah Kuning ambil risiko

Posted: 08 Dec 2011 03:25 PM PST

Sukan

Ikat Mbele yang masih cedera, Selangor yakin kerana reputasi hebat

SELANGOR akhirnya membuat keputusan berani dan berisiko tinggi dengan menandatangani penyerang kebangsaan Congo, Lelo Mbele biarpun bekas pemain kelab Orlando Pirates itu masih belum cergas sepenuhnya.

Mbele, 24, tidak beraksi sejak Julai lalu selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan otot depan paha kirinya ketika menyarung jersi kelab Libya, Al-Nasr Benghazi tetapi reputasi hebatnya meyakinkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Selain Mbele, Selangor terlebih dulu menandatangani pertahanan kebangsaan Lubnan, Ramez Dayoub, 27, yang tampil beraksi buat pertama kali ketika aksi persahabatan menentang Sime Darby di Stadium UPM, Serdang, petang semalam.

Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi, malam tadi mengesahkan pengambilan Mbele sebagai pemain import kedua Selangor yang ditandatangani pada hari terakhir pendaftaran pemain, semalam.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim ketika ditemui selepas perlawanan, petang semalam juga tampak bersedia mempertaruhkan tenaga tempatan bagi mengetuai barisan depan kerana Mbele hanya boleh mula beraksi sebulan lagi tatkala saingan Liga Super bakal bermula, 10 Januari depan.

"Kita pasti ada cara untuk menyesuaikan dengan keadaan. Dengan adanya Safiq Rahim, K Gurusamy dan Amri Yahyah nanti, saya yakin mereka ini mampu memberi kekuatan tambahan kepada pasukan," kata Irfan

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan