Berita Harian: Sukan |
Chong Wei idam mahkota keempat Posted: 10 Dec 2011 02:05 PM PST Sukan CHONG Wei dijangka akan ditentang hebat dua pemain pilihan - Lin Dan dan Chen Long dari China. LEE Chong Wei mengidam untuk menjuarai pusingan akhir Siri Super Masters buat tahun keempat - sekali gus kekal selaku pemain nombor satu dunia. Pemain perseorangan berusia 29 tahun itu berkata walaupun tidak mempunyai masa cukup untuk menghadapi kejohanan, dia akan memberi aksi terbaik memandangkan kejohanan itu adalah pertandingan terakhir tahun ini. "Saya baru pulang dari Macau dan kesuntukan masa melakukan persiapan fizikal tetapi daripada segi mental saya sudah bersedia. Saya akan berangkat ke China esok (hari ini) dan berharap dapat bermain dengan baik menjuarainya buat kali keempat," katanya, semalam. Chong Wei adalah pemain pilihan nombor satu kejohanan dengan undian bakal dilakukan Selasa ini.Juara Siri Super Masters pada 2008, 2009 dan 2010 akan ditentang hebat dua pemain pilihan - Lin Dan dan Chen Long dari China pada kejohanan yang bermula di Liuzhou, China 14 hingga 18 Disember ini. Chong Wei yang tewas dua kali kepada kedua-dua Chen Long dan Lin Dan dalam tempoh tiga bulan lalu berkata dia juga sedang menumpukan perhatian kepada Sukan Olimpik 2012 dan dalam tempoh lapan bulan berikut akan berusaha gigih bermain dengan baik dalam setiap pertandingan untuk mengekalkan ranking dunianya. "Saya yakin dapat layak ke Olimpik tetapi kedudukan dalam acara berkenaan sangat penting dan saya mahu menjadi pemain nombor satu dunia bagi mengelakkan bertemu Lin Dan pada separuh akhir," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
Mat Yo ‘pening’ komunikasi Posted: 10 Dec 2011 02:04 PM PST Sukan Rakan sepasukan dari Lubnan tidak fasih berbahasa InggerisKELANTAN dijangka memiliki dua penyerang berbisa dalam Liga Super musim ini, namun apa yang tampak cacat ketika ini adalah masalah komunikasi. Semalam, Norshahrul Idlan Talaha akur dia ada masalah berkomunikasi dengan Mohammed Ghaddar kerana pemain import dari Lubnan itu tidak fasih berbahasa Inggeris. "Setakat ini, saya banyak menggunakan bahasa tubuh untuk mengatur gerak di bahagian serangan daripada berkomunikasi dengan Ghaddar," kata Pemenang Anugerah SuperMokh itu ketika ditemui pada sesi latihan pasukan Kelantan, di Kota Bharu, kelmarin. Namun, pemain berasal dari Besut itu tidak menganggap ia satu masalah besar kerana yakin mereka berdua mampu menyesuaikan diri dengan cepat selain dapat mengatasi masalah kesukaran berkomunikasi bagi mencari keserasian di padang."Dengan beberapa siri perlawanan persahabatan serta latihan yang diadakan lebih awal, saya harap ia mampu mengatasi masalah kesukaran berkomunikasi dengan pemain import, terutama Ghaddar, sekali gus dapat mencari keserasian dan persefahaman di bahagian serangan pasukan," katanya. Norshahrul yang lebih mesra dengan panggilan Mat Yo mengakui masih mencari rentak terutama meningkatkan kemahiran selain memulihkan kecederaan dialaminya sebelum bermulanya saingan Liga Super musim depan. Selain Ghaddar, Kelantan turut diperkuatkan dua pemain import dari Ghana, Emmanuel Okine dan Denny Antwi selain Zacharia Charara dari Lubnan. Ia juga ke arah cabaran Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan