Harian Metro: Arena |
Posted: 10 Dec 2011 11:06 AM PST LONDON: Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas menegaskan beliau tidak kisah sekiranya tidak disenangi kerana berterusan menganggap kritikan media mengenai regimnya di Stamford Bridge sebagai "tidak adil". Pengendali berbangsa Portugis itu semakin menyelar pengkritiknya sejak kemenangan Chelsea ke atas Valencia Selasa lalu yang menyaksikan pasukannya layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, seolah-olah mengikut jejak langkah rakan senegara dan bekas bos Blues, Jose Mourinho.
"Banyak perkara yang diperkatakan, kebanyakannya adalah tidak betul," kata Villas-Boas, menjelang pertemuan Blues di gelanggang sendiri menentang City awal pagi Selasa ini.
Namun Villas-Boas berasa lebih dibenci daripada disayangi minggu ini berikutan laporan pertelagahan di bilik persalinan antaranya dan beberapa pemainnya.
Ditanya jika beliau peduli jika disukai, Villas-Boas berkata: "Saya tidak kisah." - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 10 Dec 2011 10:51 AM PST KERANA cintanya dalam sukan olahraga, bekas atlet negara, Zaki Sadri tidak pernah ketinggalan mengikuti perkembangan sukan itu namun dengan apa yang berlaku ketika ini cukup mengecewakannya kerana menganggap olahraga sudah sebahagian daripada darah dagingnya. Ikuti luahan hati bekas jaguh lompat kijang negara itu yang kini masih lagi memegang rekod sudah berusia 22 tahun kepada wartawan Metro Ahad, AIDA ADILAH MAT.
ZAKI SADRI (ZS): Khabar baik. Walaupun sudah bersara tapi perkembangan olahraga tetap saya ikuti. Maklumlah sudah jadi macam darah daging. Selama 18 tahun saya mengabadikan diri mana boleh saya melupakan olahraga begitu saja dan saya juga menjadi jurulatih untuk skuad Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu.
ZS: Untuk mengembalikan kegemilangan olahraga, langkah pertama yang perlu diambil adalah menggantikan semua pemimpin atasan. Mereka harus berundur dengan cara terhormat dengan meletak jawatan dan memohon maaf kerana gagal menerajui badan induk selepas sekian lama. Struktur KOM mestilah sebagaimana sebuah agensi korporat yang berusaha mencari penaja dan bukan 100 peratus meminta ehsan kerajaan. Macam sekarang bila tiba untuk buat keputusan pemilihan atlet dan jurulatih, mereka tak ikut pendapat Majlis Sukan Negara (MSN). MA: Siapa yang seharusnya bertanggungjawab atau boleh membantu membela nasib atlet olahraga? ZS: Masalah ini akan berterusan seandainya ada pihak yang berasakan mereka bijak dan tahu mengenai olahraga secara keseluruhan tapi hakikatnya tidak. Jika rakyat Malaysia ingin melihat perubahan, tindakan segera harus diambil.
MA: Boleh ceritakan pengalaman anda sebagai atlet dan apa perbezaan atlet dulu dan sekarang? ZS: Ketika saya bergelar atlet, saya akan pastikan berada dalam kelompok lima terbaik Asia. Jadi tiada masalah untuk menang emas di Sukan Sea. Atlet dulu dan sekarang dari segi latihan tak banyak bezanya. Cuma kesungguhan atlet kurang sedikit walaupun hadiah yang ditawarkan agak tinggi untuk pingat emas.
MA: Pernahkah anda ditawarkan untuk berkhidmat sebagai jurulatih negara? ZS: Saya mempunyai kelayakan IAAF Tahap 4 dan pensyarah IAAF untuk Tahap 1 dan IAAF Kids Athletic. Tapi KOM tidak pernah memberi tawaran dan sebenarnya ramai lagi bekas atlet mempunyai sijil IAAF tapi tak ditawarkan. Jika ditawarkan tak ada sebarang hitam putih. Sebagai contoh cuba bayangkan jika kami sudah ada kerjaya tetap dengan gaji RM5,000 setiap bulan ditambah dengan bonus adakah kami nak menerima tawaran RM2,000. Siapa yang mahu berkhidmat dengan keadaan KOM yang tak stabil tu. Biarpun kami layak dan berminat untuk menjadi jurulatih, tapi kami terpaksa pendamkan niat untuk membantu atlet kita. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan