Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


4,440 pemain gegar Putrajaya

Posted:

4,440 pemain gegar Putrajaya

4,440 pemain gegar Putrajaya

KOMPLEKS Futsal 1Malaysia, Presint 18 Putrajaya sudah bersedia menerima kehadiran semua pasukan dan pemain yang akan mengambil bahagian pada Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 yang akan membuka tirainya hari ini.

Semua kemudahan yang diperlukan untuk mementaskan kejohanan berprestij itu sudah siap dipasang manakala beberapa petugas lain sedang sibuk menyiapkan pentas serta menyusun meja dan peralatan lain.

Khemah-khemah untuk kejohanan tersebut juga telah siap dipasang oleh pihak pengajur bagi kemudahan peserta dan pengunjung yang akan membanjiri Kompleks Futsal berkenaan bermula hari ini hingga Ahad.

Beberapa pasukan khususnya dari luar Kuala Lumpur sudah mula tiba semalam dan mereka tidak melepaskan peluang untuk meninjau gelanggang pertandingan.

Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu akan menghimpunkan sebanyak 444 pasukan lelaki dan wanita yang mewakili 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

Johan kategori lelaki akan membawa pulang wang tunai RM20,000 manakala wanita akan menerima RM10,000.

Full content generated by Get Full RSS.

Piala Thomas tak jejas Chong Wei

Posted:

Piala Thomas tak jejas Chong Wei

Piala Thomas tak jejas Chong Wei


CHONG WEI akan mengetuai cabaran negara pada kempen Piala Thomas di Macau bulan depan.


PENYERTAAN jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dalam skuad Piala Thomas tidak akan mengganggu persediaan pemain No. 1 dunia itu untuk menghadapi Sukan Olimpik London pada Julai depan.

Sebaliknya, Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai berkata, penyertaan Chong Wei pada kejohanan Piala Thomas di Macau bulan depan merupakan sebahagian daripada program latihan yang disusun untuknya.

"Menyertai Piala Thomas akan membantu persiapan beliau menghadapi Sukan Olimpik," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat oleh Exco BAM dalam mesyuarat minggu lalu dan nama Chong Wei juga telah didaftar untuk kejohanan Piala Thomas.

Beberapa pihak sebelum ini mempersoalkan penglibatan atlet harapan negara itu dalam kejohanan Piala Thomas apabila fokus utama beliau adalah untuk meraih pingat emas di London nanti.

Skuad Piala Thomas negara kali ini turut dikatakan lemah dan berkemungkinan tidak mampu untuk melepasi pusingan kelayakan.

Barisan negara yang bakal menggalas cabaran di Macau nanti termasuk pemain perseorangan Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren dan Mohd. Arif Abdul Latif serta pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Goh V. Shem- Lim Khim Wah dan Hoon Thien How-Teo Kok Siang.

Menurut Chin Chai, Chong Wei mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan ke Olimpik, malah bilangan kejohanan lain yang bakal disertainya akan dikurangkan.

"Kami di BAM akan melakukan segala-galanya untuk menyediakannya (Chong Wei) bagi menghadapi Sukan Olimpik," katanya.

Selain membantu skuad Piala Thomas negara, Chong Wei akan turut menyertai kejohanan Seluruh England pada Mac depan.

- Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Parlimen Mukah mengidamkan gelaran juara

Posted:

Parlimen Mukah mengidamkan gelaran juara

Parlimen Mukah mengidamkan gelaran juara


BARISAN pemain Parlimen Mukah mahu membuktikan kejaguhan mereka pada Futsal 1Malaysia yang akan membuka tirainya di Putrajaya, hari ini.


AWAS mana-mana pasukan, Parlimen Mukah sudah bersedia untuk muncul juara! Demikian laungan awal kedua-dua pasukan lelaki dan wanita dari Parlimen Mukah, Sarawak yang berazam mahu menyapu bersih kedua-dua kategori berkenaan pada Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 yang akan membuka tirainya di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18 Putrajaya hari ini.

Pengurus pasukan, Royston Valentine, 26, berkata, misi 'serampang dua mata' pasukannya pada kejohanan kali ini bukan sekadar 'omong kosong' semata-mata kerana kedua-dua pasukan itu telah bersama-sama menjalani latihan keras sejak empat bulan lepas.

Menurutnya, pasukan Mukah Boys yang diperkuatkan dengan sentuhan pemain berbakat, Timothy Sylvester dan Mohd. Safiq Mahmud pastinya mahu membuktikan kemenangan mereka di peringkat Parlimen pada Ogos tahun lepas bukan semata-mata kerana nasib.

Selain itu katanya, pasukan Mukah Girls yang menjalani latihan bersama-sama pasukannya juga dilihat berpeluang cerah untuk menghadirkan sesuatu kali ini.

"Malah, latihan keras bersama pasukan lelaki dilihat mampu memantapkan lagi corak taktikal pasukan wanita kami supaya beraksi dengan lebih pantas dan memiliki kawalan bola yang baik.

"Kesemua pasukan pastinya berazam mahu muncul juara dan begitu juga kami, justeru adalah sesuatu yang lebih istimewa jika kedua-dua pasukan kami muncul juara kategori lelaki dan wanita," katanya kepada Kosmo!

Royston berkata, corak persembahan pasukannya juga masih kekal menjadi rahsia dan enggan mendedahkan strategi pasukannya.

"Biarlah ia menjadi 'rahsia kerajaan', jika mahu mengetahui bagaimana kami beraksi, jangan lupa saksikan nanti," katanya berteka-teki.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen