Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Elak Korea

Posted:

Elak Korea

Elak Korea

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

ATAS kertas, Malaysia diletakkan selaku pilihan kelima pada kempen kelayakan Piala Thomas 2012.Empat pasukan - China, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia bakal menjadi halangan utama Malaysia pada kempen kelayakan Piala Thomas 2012 yang akan berlangsung di Macau bulan depan.

Menjelang majlis undian kelayakan Piala Thomas 2012 yang berlangsung hari ini, ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek tanpa berselindung berharap anak-anak buahnya dapat mengelak menentang Korea Selatan berbanding China, Jepun mahupun Indonesia di peringkat suku akhir nanti.

Hanya empat pasukan terbaik dari kelayakan Zon Asia layak bersaing pada pusingan akhir di Wuhan, China bermula 20 hingga 27 Mei depan.

CHINA, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia.

Empat pasukan ini yang dijangka menjadi halangan utama Malaysia bagi memburu slot ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 di Wuhan, China Mei depan.

Mahu atau tidak, skuad negara terpaksa menerima hakikat bahawa salah satu lawan yang bakal menanti mereka dalam saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan di Macau bulan depan adalah di antara empat pasukan tersebut.

China tampil sebagai pilihan pertama, diikuti Korea Selatan (kedua), Jepun (ketiga) dan Indonesia (keempat) yang mana keempat-empat pasukan tersebut akan dipecahkan dalam empat kumpulan berasingan.

Ia sekali gus meletakkan skuad negara tiada pilihan, selain perlu berdepan salah satu daripada empat pasukan tersebut dalam saingan peringkat kumpulan.

Dalam saingan peringkat kumpulan, peluang skuad negara untuk mara ke peringkat suku akhir sebagai naib juara kumpulan tampak cerah berdasarkan reputasi pasukan-pasukan lain yang turut mengambil bahagian pada kempen kelayakan kali ini.

Namun, skuad negara perlu cuba menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai juara jika tidak mahu berdepan laluan getir pada peringkat suku akhir.

Atas kertas, jika diletakkan satu kumpulan dengan China dan skuad negara hanya mampu bergelar naib juara sahaja, mereka berkemungkinan akan berdepan Korea Selatan, Jepun dan Indonesia pada peringkat suku akhir dan begitu juga sebaliknya.

Ini kerana, baik China, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia, pasukan-pasukan tersebut dijangka mudah untuk bergelar juara kumpulan.

Bagi ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek, andai diberi pilihan, beliau tidak mahu skuad negara berdepan Korea Selatan di peringkat suku akhir.

Rashid berkata, Korea Selatan mampu menjadi pemusnah kepada harapan skuad negara berbanding China, Jepun dan Indonesia untuk mara ke peringkat separuh akhir, sekali gus menempah slot automatik ke pusingan akhir.

"Korea Selatan ada dua pasangan beregu yang kuat jika dibandingkan dengan skuad negara. Daripada situ sahaja mereka berkemungkinan boleh mendapat dua mata dan hanya perlukan satu mata sahaja lagi dalam acara perseorangan bagi mengesahkan kemenangan.

"Jika berdepan China pula, skuad negara sebenarnya masih ada peluang untuk menang. China tidak menghantar barisan pemain terkuat mereka pada kempen kelayakan kali ini, jadi kita masih ada peluang.

"Begitu juga jika berdepan Jepun dan Indonesia. Peluang untuk menang 50-50. Berdepan dua pasukan tersebut, satu mata daripada acara perseorangan sudah pasti memihak kepada skuad negara menerusi Datuk Lee Chong Wei.

"Manakala untuk perseorangan kedua, ketiga dan beregu pertama dan kedua kekuatannya adalah seimbang," kata Rashid.

Hanya empat pasukan terbaik dari kelayakan Zon Asia layak bersaing pada pusingan akhir di Wuhan, China bermula 20 hingga 27 Mei depan.

Bagaimanapun, andai China berjaya bergelar juara pada kempen kelayakan, pasukan kelima terbaik akan layak ke pusingan akhir.

Full content generated by Get Full RSS.

Irfan tutup mulut pengkritik

Posted:

Irfan tutup mulut pengkritik

Irfan tutup mulut pengkritik

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SAMA TANGKAS... Ramez (kiri) bersaing dengan penyerang T-Team, Zacharia Simukonda pada aksi malam kelmarin.


KATA-KATA sumbang yang mengkritik persembahan hambar Selangor sepanjang saingan Liga Super setakat ini ternoktah sudah.

Kelmarin, skuad Gergasi Merah itu menamatkan badi terhadap pasukan berstatus kelab, T-Team dengan penuh bergaya apabila menang 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dua gol hasil ledakan pemain import, Ramez Dayoub menerusi sepakan penalti pada minit ke-35 dan Azidan Sarudin (78) sudah cukup untuk memalukan anak-anak buah Yunus Aliff di gelanggang sendiri.

T-Team pula memperoleh gol tunggal menerusi kapten, Zairo Anuar Zailani hasil sepakan penalti pada minit ke-49.

Sepanjang saingan musim lalu, Selangor tewas dalam keempat-empat pertemuan menentang T-Team termasuk aksi peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia.

Barangkali, ada yang terlepas pandang mengenai 'rekod peribadi' pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yang sebenarnya langsung tidak pernah tewas dengan T-Team sepanjang beliau mengendalikan Terengganu sebelum ini.

"Kemenangan ini sangat menyentuh emosi saya, sekurang-kurangnya ia menutup buku badi kekalahan Selangor sebanyak empat kali terhadap T-Team tahun lepas.

"Walaupun secara peribadinya saya tidak pernah tewas dengan T-Team (semasa mengendalikan Terengganu), kejayaan kali ini lebih manis kerana ia hadir bersama Selangor," kata Irfan kepada Kosmo! semalam.

Irfan juga lega dengan kehadiran pemain import baharu Selangor yang dijangka memperkasa Gergasi Merah ketika melayan kunjungan Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Februari depan.

"Siapa pemain import tersebut saya masih belum dapat dedahkan lagi, namun pada masa sama, tempoh rehat yang agak lama kali ini akan dimanfaatkan sepenuhnya memperkuatkan lagi keserasian dan corak persembahan pemain," katanya.

Selangor yang ketika ini dikaitkan dengan Amadou Konte dari Mali, Bosko Balaban (Croatia) dan bekas pemain Udinese, Zlatan Muzlimovic sebagai calon import menggantikan pemain 'indah khabar dari rupa', Lelo Mbele juga bakal menguji skuad Olimpik negara dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Full content generated by Get Full RSS.

Kim Swee: Apex bukan 'anak emas'

Posted:

Kim Swee: Apex bukan 'anak emas'

Kim Swee: Apex bukan 'anak emas'


KHAIRUL FAHMI sentiasa berfikiran positif setiap kali diberi amanah menjaga gawang skuad negara.


"APEX (Khairul Fahmi Che Mat) bukan 'anak emas' skuad Olimpik negara, sebaliknya saya akan melayan kesemua pemain sama rata, jadi tuduhan itu jelas tidak berasas."

Demikian tegas pengendali skuad bawah 21 tahun negara, Ong Kim Swee berhubung tiada sebarang tindakan yang dikenakan terhadap Khairul Fahmi yang 'gagal dikesan' semasa latihan hari pertama skuad itu di Wisma FAM, Kelana Jaya Rabu lalu.

Kim Swee berkata, pihaknya sentiasa bertolak ansur dan mendengar segala masalah yang dihadapi setiap pemainnya termasuk Khairul Fahmi, selain tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman.

"Dalam kes Apex, semua sudah sedia maklum bahawa ia hanya satu salah faham dan dia bukannya suka-suka ponteng menjalani latihan.

"Jasa Apex bersama skuad negara juga cukup besar, jadi janganlah menyangkakan dia 'anak emas' semata-mata tidak berdepan sebarang hukuman berhubung tindakannya (tidak menjalani latihan) sebelum ini," kata Kim Swee kepada Kosmo!

Sebelum ini, Khairul Fahmi mengakui 'terkeliru' mengenai jadual latihan pasukan kebangsaan menjelang pertemuan menentang Bahrain dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C pada 5 Februari depan.

Difahamkan, Hero Malaya itu terikat dengan komitmen bersama majikannya, Kelantan sebagai persediaan berdepan Kuala Lumpur bagi aksi Liga Super di Kota Bharu malam kelmarin. Kelantan menang 3-0 dalam pertemuan itu.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, kesemua pemain yang tidak membarisi skuad Harimau Muda A termasuk Khairul Fahmi, Mohd. Zubir Azmi dan Muslim Ahmad (Terengganu), K. Gurusamy (Selangor), Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan), Ahmad Fakri Saaraini (Felda United), Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS) dan Wan Amirzafran Wan Nadris (Harimau Muda B) kembali menjalani latihan semalam sebelum berlepas ke Manama pada 1 Februari depan.

Bagaimanapun, jelasnya, kedudukan pemain-pemain terbabit masih belum terjamin sepenuhnya apabila beliau hanya akan membawa 21 pemain sahaja ke Manama, sekali gus menyaksikan sekurang-kurangnya empat pemain akan digugurkan.

"Saya mementingkan prestasi semasa pemain tidak kira sama ada mereka pemain Harimau Muda ataupun tidak.

"Justeru nama-nama pemain yang digugurkan dijangka diketahui selepas aksi persahabatan menentang Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa ini (esok)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan