Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kelantan berkuasa

Posted: 28 Jan 2012 02:04 PM PST

Sukan

PEMAIN import T-Team, Zacharia Simukonda  melepasi halangan pertahanan  Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

PEMAIN import T-Team, Zacharia Simukonda melepasi halangan pertahanan Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Terengganu pula aibkan Singa di kandang sendiri

PENYANDANG juara, Kelantan meneruskan penguasaan Liga Super dan mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Bermula garang di babak pertama, deretan peluang tuan rumah bagaimanapun gagal disempurnakan barisan depan yang diterajui Norshahrul Idlan Talaha tetapi sebaik babak kedua bermula, penyerang kebangsaan itu memecah kebuntuan dengan menanduk masuk hantaran Indra Putra Mahyuddin (m-46).

Sorakan lebih 20,000 penyokong Red Warriors sekali lagi bergema pada minit ke-72 apabila kapten Mohd Badri Radzi melebarkan jaringan tuan rumah selepas memanfaatkan sepakan percuma untuk gol kedua Kelantan sebelum pemain importnya, Denny Antwi melengkapkan kemenangan pada minit ke-77. Di Stadium Jalan Besar, Singapura, jaringan tunggal pemain import, Francis Forkey Doe pada babak kedua perlawanan sudah memadai buat Terengganu melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Lions XII.

Tuan rumah memiliki peluang untuk membuka jaringan pada minit ke-76 namun pemain gantian Agu Casmir sekadar menyepak bola melepasi palang gol ketika penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee sudah tertewas.

Sebaliknya kekalutan pada minit ke-79, Forkey Doe yang terjatuh akibat diapit dua pertahanan Lions XII pantas bangun untuk mencuri bola dan merembat leret menewaskan Izwan Mahbud untuk memastikan Terengganu pulang dengan tiga mata berharga.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, gol minit ke-78 Azidan Sarudin memastikan Selangor pulang dengan tiga mata penuh selepas menang tipis 2-1 ke atas T-Team.
Pemain import Selangor, Ramez Jamal Dayoub membuka jaringan pada minit ke-35 selepas menyempurnakan sepakan penalti, tetapi disamakan tuan rumah juga menerusi sepakan penalti kapten, Zairo Anuar Zailani (m-49) sebelum Azidan menanduk masuk pemusnah pada minit ke-77.

Di Stadium Darulaman, tuan rumah Kedah tewas 3-1 kepada Johor FC, bermula dengan penalti Azi Shahril Azmi (m-44) untuk Johor FC mendahului 1-0 pada separuh masa pertama dan dua gol lagi menerusi Riduwan Maon (m-65) serta Kaironisam Sahabudin (m-70). Gol tunggal tuan rumah dijaringkan Khyril Muhymeen Zambri (m-81).

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, gol sendiri Muhamad Khairan Ezuan Razali membantu Perak menewaskan FELDA United 2-1, dengan gol pertama menerusi Micheal Kubala (m-11) sebelum Farderin Kadir (m-35) menyamakan kedudukan dan Khairan tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-40.

Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak sekali lagi kempunan mengutip mata penuh selepas seri 2-2 menentang Negeri Sembilan malam tadi.

Dua kali ketinggalan, Sarawak bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang importnya yang tampil buat kali pertama, Kalle Sone (m-50) dan Zamri Morshidi (m-83) manakala Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi Ahmad Shakir Ali (m-45) dan Shukor Adan (81).

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

peminat Liga M

setuju dengan komen Mohd hamdan, penyerang tempatan akan hilang keyakinan dalam menjaringkan gol apabila awang import lebih banyak mendominasi... semoga penyerang tempatan bersaing hebat dengan mereka.. buktikan keupayaan kita..

matwan dg

peteh ganu peteh..berita harian terbaekkkkk.....

ahmad

teranung terus usaha

Mohd hamdan

Nampaknya pemain import lebih menampakkan impaknya dlm liga malaysia.....makin tenggelamla anak tempatan....jgn hairan klu bola malaysia akan jatuh sekali lagi...kerna import hny memeriahkan liga tp utk negara, saya x nampak hasilnya....kita boleh lihat penyerang2 kebanyakkannya mengharapkan pemain import....

FIKRI RONALDO

Hoben jang hoben .

Zahali mamat

Peteh Ganu peteh..

eric.cool

gomo kelate gomo.....kelantan paling berkuasa dalam saingan liga super

encang sarawak encang...idup ngap sayot

Soibi

Lion x tewas...yesssss..puas dgn keputusan semalam...tapi saya tengok live liverpool vs MU semalam,psl kedua dua pasukan ni memang favourite sy dlm epl...so syabas..singapore ni dah nyata dlm perlawanan antarabangsa harapkan pemain impot ja,,nah klu sama2 ada impot,...tersungkur di tempat sendiri....

namat63@yahoo.com

ayuh pasukan dari terengganu pls ubah imej 2 pasukan terengganu.

NORMAN FARID

GOMO KELATE GOMO

Ruzram

Melihatkan peningkatan pada aksi keseluruhan semua perlawanan, tidak mustahil kita dapat menjangkau tangga ke 70 dunia dalam masa terdekat.....


Full content generated by Get Full RSS.

Benteng rapuh, PKNS cicir dua mata

Posted: 28 Jan 2012 02:03 PM PST

Sukan

KELALAIAN benteng pertahanan menjadi punca PKNS FC tercicir dua mata di laman sendiri bertemu Sabah kelmarin, dan lebih mengecewakan kelebihan dua gol tuan rumah dipadamkan lawan hanya dalam tempoh lapan minit.

"Secara keseluruhan pemain mempamerkan permainan baik terutama pada babak pertama dan awal babak kedua di mana penyerang import, Dawood Nicoise meledak dua gol (m-43 dan 52)," kata pembantu jurulatih, Anuar Abu Bakar yang menggantikan Abdul Rahman Ibrahim di tepi padang selepas pengendali itu digantung tiga perlawanan.

"Tetapi selepas bek tengah, Faizal (Nasir) digantikan kerana ketegangan otot, benteng kami mula goyah dan Sabah cepat menghidu peluang untuk merapatkan jurang. "Sepatutnya selepas mendahului 2-0, pemain tidak perlu terlalu ghairah menambah jaringan, sebaliknya hanya perlu mengawal situasi dan bertahan. Apabila terlalu ke depan, ia memberi peluang kepada lawan melakukan serangan balas.

"Akibatnya kami tercicir dua mata dan saya rasa keputusan ini perlu dijadikan pengajaran jika pemain mahu terus menyaingi pasukan Liga Super musim ini."

Anuar berharap kehadiran beberapa pemain dari Argentina dan Brazil yang akan diuji hari ini mampu mengisi slot terakhir pemain import PKNS FC, terutama di bahagian tengah bagi menyokong rentak permainan Nicoise yang cukup bertenaga.

"Sebelum ini kami mempunyai masalah di bahagian penyudah, tetapi selepas Nicoise membuktikan kemampuannya, kami terasa kekurangan di bahagian tengah di mana tidak banyak umpanan cantik dihasilkan untuk penyerang dari Perancis itu," kata Anuar.
PKNS FC berdepan ujian lebih berat apabila berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bertemu Terengganu selepas ini, dan Anuar berharap pemain lebih fokus sepanjang 90 minit serta tidak mengulangi kesilapan yang boleh membawa padah.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan