Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kelantan terus kuasai liga

Posted:

Kelantan terus kuasai liga

Kelantan terus kuasai liga


Penyerang import Kelantan, Mohd. Ghaddar cuba melepasi benteng pertahanan Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.


KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kelantan mengekalkan penguasaan tangga teratas Liga Super apabila mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas pasukan tangga tercorot, Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.

Ketiga-tiga gol pasukan tuan rumah dihasilkan pada babak kedua melalui Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-46, Mohd. Badhri Radzi pada minit ke-72 dan Dennis Antwi pada minit ke-79.

Kemenangan semalam memastikan Kelantan kekal pada puncak liga dengan 13 mata selepas lima perlawanan.

Pencabar terdekat, Terengganu juga garang apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut apabila jaringan tunggal Francis Forkey Doe pada minit ke-77 membantu skuad Penyu menewaskan Lions XII 1-0 di Stadium Jalan Besar.

Selangor pula menamatkan badi empat kekalahan ke atas T-Team pada musim lalu apabila menang 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Red Giants mendahului pada minit ke-35 hasil sepakan penalti Ramez Dayoub namun Zairo Anuar Zailani bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-48.

Azidan Sarudin muncul wira Selangor dengan gol kemenangan pada minit ke-77.

Kedah bertambah derita apabila tewas buat kali ketiga, 1-3 kepada Johor FC di Stadium Darul Aman.

Azi Shahril Azmi menjaringkan gol pertama Johor FC pada minit ke-45.

Skuad Lebah menambah dua lagi jaringan melalui Riduwan Ma'on pada minit ke-64 dan Muhd. Kaironnisam Sahabudin Hussain enam minit kemudian sebelum Khyril Muhymeen memberikan gol saguhati buat Kedah pada minit ke-81.

Di Stadium Negeri, Kuching Sarawak berjaya mengikat Negeri Sembilan 2-2 dengan Zamri Morshidi memastikan skuad Rusa pulang hampa apabila berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-86.

Pasukan pelawat mendahului pada minit ke-45 melalui Ahmad Shakir Ali namun disamakan oleh Kalle Sone menerusi sepakan penalti pada minit ke-51.

Shakir Ali sekali lagi meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada minit ke-82 namun Zamri memastikan kegembiraan pelawat hanya kekal seminit apabila dia meledakkan gol penyamaan.

Di Stadium Hang Jebat, Perak terus mengikuti rapat kedudukan Kelantan dan Terengganu apabila menang tipis 2-1 dengan Felda United.

Full content generated by Get Full RSS.

Skuad rapuh perlu serap semangat 1976

Posted:

Skuad rapuh perlu serap semangat 1976

Skuad rapuh perlu serap semangat 1976


lee Chong Wei mampu memberi semangat kepada rakan sepasukan pada Kelayakan Piala Thomas di Macau bulan depan.


KUALA LUMPUR - Meskipun dilabel 'pasukan lemah' serta mendapat ulasan negatif media, Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk James Selvaraj menggesa anak buahnya agar tidak mengaku kalah sebelum turun ke gelanggang.

Beliau berkata, skuad Piala Thomas negara yang dibarisi antaranya perseorangan No. 1 dunia Datuk Lee Chong Wei, bekas juara All-England Muhammad Hafiz Hashim dan beregu No. 6 dunia Koo Kien Keat-Tan Boon Heong masih mempunyai peluang untuk layak ke pusingan akhir, jika mereka bersikap positif serta menerapkan semangat juang untuk negara.

Selvaraj turut mengimbau pengalamannya mewakili Malaysia pada edisi 1976 kejohanan itu bersama seorang lagi legenda badminton negara Datuk Punch Gunalan.

Beliau berkata, ketika itu, skuad negara digelar 'Punch Babies' oleh media berikutan semua anggotanya masih muda dan dilihat tidak berpeluang melepasi pusingan kelayakan.

"Namun kita akhirnya berjaya ke pusingan akhir, malah mara ke final bertemu Indonesia. Walaupun kita kalah, tapi pasukan kita telah melakukan yang di luar jangkaan.

"Jadi, saya harap pasukan ini juga tidak akan mengalah dan berjuang hingga ke saat akhir untuk negara," katanya semalam.

Skuad Malaysia turut diwakili perseorangan Liew Daren dan Mohd. Arif Abdul Latiff serta beregu Goh V.Shem-Lim Khim Wah dan Hoon Thien How-Teo Kok Siang yang akan memulakan latihan pusat mulai esok di Bukit Kiara, disusuli latihan di Sabah dari 6 hingga 10 Februari ini.

Selvaraj berkata, misi utama beliau pada latihan pusat ialah menanamkan semangat berpasukan dan semangat juang untuk negara dalam diri setiap pemain.

"Jika dalam kejohanan sebelum ini mereka bermain untuk diri sendiri, sekarang kita mahu membasuh otak mereka yang mereka kini bermain untuk negara dan membawa harapan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Pusingan kelayakan di Macau pada 13 hingga 19 Februari ini merupakan ujian getir buat pasukan negara apabila mereka diramal berdepan empat pasukan terbaik berdasarkan ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) iaitu China, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia. Malaysia berada pada kedudukan kelima. China yang telah layak secara merit ke pusingan akhir di Wuhan pada 20 hingga 27 Mei, turut mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan tanpa jaguh utamanya, Lin Dan.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan