Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Irfan lega Selangor dapat rentak

Posted: 15 Feb 2012 12:11 PM PST

Sukan

PEMAIN Selangor meraikan jaringan  Safiq Rahim di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.

PEMAIN Selangor meraikan jaringan Safiq Rahim di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.

KEYAKINAN jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim bahawa anak-anak buahnya akan bangkit ketika bertemu Kelantan terbukti apabila mereka berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu Liga Super itu dengan kemenangan 2-1, malam kelmarin.

"Sebelum ini kami sudah pecahkan badi bertemu T-Team dan kali ini pemain bertekad untuk tak tewas lagi kepada Kelantan terutama apabila mereka tak dapat lupakan detik dibelasah 1-5, tahun lalu.

"Selain itu, kehadiran Bosko Balaban yang baru mendapat ITC menyerikan lagi corak permainan Selangor dan boleh saya katakan masalah penyerang sudah pun selesai," kata Irfan ketika ditemui selepas aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu. Selangor gagal menewaskan Kelantan sepanjang musim 2010 dan 2011 selepas kali terakhir mereka berjaya melakukannya pada aksi Liga Super 2009 dan final Piala FA 2009.

Safiq Rahim meledak gol pertama Selangor pada minit ke-46 sebelum Balaban, bekas penyerang kebangsaan Croatia melakukan penyudah kemas gol kedua pada minit ke-74. Gol saguhati Kelantan dijaringkan S Subramaniam pada masa kecederaan.

Selepas bertemu Shahzan Muda untuk pusingan pertama Piala FA di Stadium Temerloh, Sabtu ini, aksi Liga Super seterusnya hanya akan berlangsung 2 Mac ini, bertemu Kedah di Alor Setar.

"Balaban hampir 10 bulan tak beraksi bersama kelab lamanya dan dia perlukan lebih aksi kompetitif untuk merancakkan lagi permainannya," katanya. Jadi dua aksi persahabatan dirancang sepanjang tempoh rehat liga nanti," jelas Irfan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

shamsol amri

Selangor tak konsisten....

azizi abdullah

tahniah sel sbb dpt runtuhkan sikit ego kel. tetapi amat dikesalkan sesangat dgn insiden penyokong sel membaling batu bata hinggakan ada yg terpaksa bermalam di hosp. apa rasanya jika ianya kena pada keluarga kita?? impak insiden ini amat besar dan jika slps ini ada pihak yg membalasnya... kita nk salahkan siapa. perkara gini x perlu ada sinambungannya. majoriti kita adlah melayu. JGN JD BODOH !!!

Soibi Bakti

Selain drp Butler Kelantan ada beberapa lagi jurulatih yang dikepalai oleh Anuar Musa,,.apa pendapat anda?

Soibi Bakti

The Reds Giant bangkit,,Come on Balaban,,pemain dalam memory saya ketika di Aston Villa...

wan mohd ridhwan bin wan azam

Saya lebih tertarik dengan corak permaianan di bawah seliaan jurulatih Irfan Bakti,syabas kepada pemain selangor kerana berjaya menumbangkan ego kelantan dan teruskan rentak permaianan itu...

Ali Harley

Permainan Menarik dari pasukan Merah Kuning.....Viva Selangor....

rashid

Selangor perlu mencuba lagi banyak lagi game menanti selepas ini.

hci

hei fan selangor....mu tengoklah sikit mase lg...jange duk gigit jarilah..he3. kalu mene pun jange doh behe ore tok'klalu. GKG LEPAS NI KB...NNT KITE-JUMPER2

SHIERA

Sptutnya Sgor mampu menggugat pasukan2 sblum ini. Tgk perlawanan malam tu berlainan dari yg selalu & terlalu laju. kami yang tgk dpn tv yang termengah2 jadinya. Pertahanan tip top...Syabas untuk semua pemain. Harap2 akn lebih menyerlah di perlawanan akan dtg. Suka tgk Fitri...Tak padan dgn kecik, mencilok sesaja..very agresif.

SHIERA

Sptutnya Sgor mampu menggugat pasukan2 sblum ini. Tgk perlawanan malam tu berlainan dari yg selalu & terlalu laju. kami yang tgk dpn tv yang termengah2 jadinya. Pertahanan tip top...Syabas untuk semua pemain. Harap2 akn lebih menyerlah di perlawanan akan dtg. Suka tgk Fitri...Tak padan dgn kecik, mencilok sesaja..very agresif.

awe kelate

Selamanya Kelate The Red Warrior, ayuh bangkit pahlawanku.....

niresh sarma

SELANGOR BOLEH!!!!!!!!!!! SELANGOR SEMAKIN KUAT SO TEAM LAIN JANGAN ANGGAP SELANGOR ADALAH TEAM YANG LEMAH....SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!SELANGOR BOLEH!!!!!

mohd izzuddin

KAFA semua nya bagus.cara pengurusan bola sepak yang baik.cuma dari segi pemilihan permain import je yang tak ok.harap lepas ni panel permilihan KAFA lebih bijak mencari permain import.

zul

sedap kecek weh awa selangor mene tipis 2-1 nga kelate..ingat! nasib tidak menyebelahi kelate jah male baru ni..banyok peluang kelate kalu tidok gak kaloh selangor tu..GOMO KELATE GOMO!!

ANAK JATI SELANGOR

MAJU TERUS MARA SELANGOR!!!!
VIVA SELANGOR!!!

unknown

go safiq rahim go. Selangor Boleh

syanie22102009

GO GO SELANGOR!!!

wwe

mutu penyerang import baru kelantan tidak akan dapat mengalahkan selangor. Mata pengurusan kafa agak kabur dalam pemilihan pemain import.


'Saya serah kepada peguam'

Posted: 15 Feb 2012 12:03 PM PST

Sukan

KARIM berbincang dengan peguamnya di   Holiday Inn Glenmarie, semalam.

KARIM berbincang dengan peguamnya di Holiday Inn Glenmarie, semalam.

TIMBALAN Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim enggan mengulas dakwaan pembabitannya dalam isu doping dua atlit negara yang beraksi di Sukan SEA tahun lalu.

"Saya tidak mahu beri sebarang komen mengenai hal ini dan serahkan semua perkara berkaitan isu ini kepada peguam saya," katanya ketika ditemui, semalam.

Karim ditemui ketika hadir dalam sesi perbincangan bersama Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dan dua wakil Institut Sukan Negara (ISN).

Kami akan panggil doktor yang terbabit untuk proses siasatan. Shahidan Kassim, Presiden KOM

Laporan sebelum ini menyebut Karim mendapat kecaman hebat selepas 42 atlit dan 16 jurulatih yang diketuai Hamberi Mahat menyerahkan Laporan dan Aduan kepada Shahidan ketika berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, kelmarin.

Sementara itu, Shahidan tidak mahu cepat melatah dengan desakan untuk menyingkirkan Karim dan berkata, dia perlu menunggu jawatankuasa siasatan menyiasat kes itu terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya mengambil kira ketidakpuasan hati semua pihak, jadi sebab itu kami tubuh jawatankuasa siasatan, malah kami akan panggil doktor yang terbabit untuk proses siasatan. Dia (Karim) dipilih sebagai timbalan presiden oleh ahli (kesatuan) dan ahli juga akan menentukan hala tujunya selepas ini.

"Ia akan dapat diselesaikan dalam mesyuarat agung dalam masa terdekat ini dan saya rasa itu yang terbaik. Selepas laporan audit yang dijangka dihantar kepada kami minggu depan, KOM akan terus beri notis untuk mengadakan mesyuarat agung," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan