Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia mara ke pusingan akhir

Posted:

Malaysia mara ke pusingan akhir

Malaysia mara ke pusingan akhir

MACAU – Skuad lelaki negara menutup mulut pengkritik apabila berjaya layak ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 di Wuhan, China Mei depan.

Sebelum ini, banyak pihak menjangkakan skuad negara akan gagal melangkah ke pusingan akhir berdasarkan persiapan yang dibuat bagi menghadapi kempen kelayakan kali ini.

Bagaimanapun, barisan pemain negara membuktikan sebaliknya apabila mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas India pada aksi suku akhir kempen kelayakan semalam sekali gus mengesahkan slot ke pusingan akhir.

Pada aksi suku akhir semalam, jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei menghadiahkan mata pertama buat skuad negara apabila menumbangkan Ajay Jayaram 21-12, 17-21, 21-8 sebelum beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjelmakan mata kedua hasil kemenangan ke atas Rupesh Kumar-Sanave Thomas 21-14, 23-21.

Pemain perseorangan kedua, Muhamad Hafiz Hashim yang gagal dalam dua perlawanan peringkat kumpulan melengkapkan kemenangan skuad negara apabila menewaskan Kashyap Parupali 21-17, 18-21, 21-11.

"Saya akui memang saya gagal menyumbangkan mata buat skuad negara dalam dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini tetapi saya berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang sentiasa memberikan semangat kepada saya.

"Hari ini (semalam) saya berjaya juga menyumbangkan mata sekali gus membawa skuad negara ke pusingan akhir. Saya memang gembira," kata Hafiz sejurus tamat perlawanan semalam.

Pada aksi separuh akhir hari ini, skuad negara bakal berdepan Jepun yang mara selepas menewaskan Taiwan 3-0 dalam satu lagi pertemuan suku akhir semalam.

Berdepan Jepun, ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Kim Her berkemungkinan akan menyenaraikan beregu simpanan, Hoon Thien How-Teo Kok Siang sebagai beregu kedua.

Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berkemungkinan akan direhatkan sementara gandingan Goh V Shem-Lim Khim Wah akan mengambil alih tugas selaku beregu pertama.

"Sebelum kempen kelayakan bermula lagi saya ada mengatakan yang saya berkemungkinan akan memecahkan gandingan beregu sedia ada. Jadi, pertemuan dengan Jepun adalah medan terbaik untuk saya melakukannya.

"Lagipun, kita sudah layak ke pusingan akhir dan adalah baik sekiranya saya menurunkan Thien How-Kok Siang untuk beraksi. Saya mahu semua pemain dapat beraksi untuk merasai suasanan kejohanan itu sendiri," kata Kim Her.

Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek masih belum membuat keputusan mengenai barisan pemain yang menggalas tugas dalam acara perseorangan pada pertemuan menentang Jepun hari ini.

Tugas negara keutamaan Safee

Posted:

Tugas negara keutamaan Safee

Tugas negara keutamaan Safee

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SAFEE tidak pernah mengabaikan tugasan bersama skuad kebangsaan.


PELEDAK berbisa Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bukannya pemain 'diva'.Ternyata, kontrak baharu bernilai RM2 juta yang ditawarkan majikannya, Pelita Jaya baru-baru ini tidak menjadikan Safee 'besar kepala' apabila masih teruja dipanggil menjalani latihan bersama 27 pelatih skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan menentang Sabah dan Filipina pada 19 Februari ini hingga 1 Mac depan.

Pengurus peribadinya, Zakaria Ab Rahim juga berharap kepulangan Safee kali ini dapat melenyapkan segala spekulasi negatif yang membabitkan pemain kelahiran Kajang, Selangor itu sebelum ini.

"Safee sentiasa teruja mewakili pasukan kebangsaan, namun pada masa sama terpaksa menghormati apa jua keputusan Pelita Jaya sebagai majikannya.

"Walaupun jurulatih Pelita Jaya, Rahmad Darmawan begitu berat melepaskan Safee gara-gara perubahan jadual perlawanan Liga Super Indonesia (ISL) yang membabitkan pasukan itu dengan Persipura Jayapura dan Persiwa Wamena, beliau memahami tanggungjawab Safee bersama skuad kebangsaan walaupun ia sekadar satu aksi persahabatan.

"Jadi, diharapkan kepulangan Safee ke ibu negara pada 21 atau 22 Februari ini dapat menamatkan spekulasi negatif yang kononnya dia tidak lagi berminat mewakili pasukan kebangsaan (selepas menerima kontrak lumayan bersama Pelita Jaya)," katanya menerusi e-mel kepada Kosmo!

Safee sebelum ini membuat keputusan kekal bersama kelab Pelita Jaya untuk tempoh dua musim lagi selepas dikhabarkan bakal berhijrah gara-gara status ISL yang masih samar-samar dan dilaporkan diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Antara kelab Eropah yang dikaitkan dengan Safee termasuklah Galatasaray, Paris Saint Germain, Panathinaikos, Eintract Frankfurt dan SG Dynamo Dresden.

Dua kelab Thailand, Muangthong FC dan Buriram FC juga berminat mendapatkan khidmat Safee.

Selain itu, lima buah pasukan yang turut berminat membawa semula Safee ke saingan Liga Malaysia adalah juara Liga Super, Kelantan; juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan; Johor FC, Johor dan juga bekas majikannya, Selangor.

Mengulas lanjut kata Zakaria, disebabkan perubahan jadual ISL itu, Safee bakal terlepas satu perlawanan menentang Persiwa pada 27 Februari, manakala aksi dengan Persipura (23 Februari) sememangnya tidak dapat disertai pemain tersebut gara- gara digantung satu perlawanan.

Dalam pada itu, bekas jurulatih Safee, Yusri Shapei yang pernah mendidik pemain itu di Sekolah Toh Tandewa Sakti, Tapah, Perak selama tiga tahun bermula 1994, percaya Safee merupakan pemain yang paling berdisiplin pernah ditemuinya setakat ini.

"Saya lebih memahami Piee (nama manja Safee di sekolah) dan percaya dia kekal berdisiplin dan bermotivasi serta memiliki akhlak yang cukup tinggi," katanya.

Tiada 'gelora' di Selangor

Posted:

Tiada 'gelora' di Selangor

Tiada 'gelora' di Selangor

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


BALABAN (depan) mudah menyesuaikan diri dengan rentak permainan Selangor.


KISAH 'rumah tangga' Gergasi Merah, Selangor masih di dalam fasa yang cukup membahagiakan.

Spekulasi betapa juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali itu mengalami krisis dalaman sebelum ini ternyata tidak berasas.

Yang pasti, hubungan antara pemain baharu dan lama skuad Merah Kuning masih bertaut rapat, manakala dakwaan 'nakal' yang mengatakan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim 'tidak sebulu' dengan barisan pemain juga mengarut sama sekali.

Buktinya, Gergasi Merah berjaya membenam cabaran peneraju liga, Kelantan dengan keputusan 2-1 dalam aksi Liga Super, Selasa lepas, sekali gus memperbaiki kedudukan pasukan itu dalam liga dengan mengutip 12 mata.

Sudah pasti pasukan berstatus kelab, Shahzan Muda bakal menjadi mangsa amukan Selangor yang seterusnya bagi aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Temerloh, Pahang malam esok.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin juga menafikan wujudnya pergolakan dalam kem Selangor ketika ini.

Menurut beliau, hasil 'bedah siasat' yang dibuat pihaknya baru-baru ini mendapati prestasi hambar pasukan Merah Kuning dalam beberapa perlawanan awal Liga Super sebelum ini bukannya berpunca daripada krisis dalaman seperti mana yang pernah melanda pasukan itu beberapa tahun sebelum ini.

Sebaliknya, ia hanyalah disebabkan oleh moral sebahagian besar pemain Selangor yang mudah merosot setiap kali tewas dalam beberapa perlawanan awal musim ini.

"Ia tidak betul, prestasi hambar Selangor sebelum ini bukannya berpunca daripada krisis dalaman.

"Soal ini (moral pemain) adalah sesuatu yang subjektif.

"Saya percaya ia akan dapat diatasi segera oleh pemain Selangor," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Untuk rekod, segelintir pemain Selangor didakwa pernah bertelagah sesama sendiri kira- kira sedekad yang lalu sebelum segera diselesaikan pengurus, Datuk Mokhtar Ahmad menerusi satu majlis makan malam.

Sementara pada tahun 1993, jurulatih kelahiran Jerman, Bernard Schumm juga dikatakan terpaksa 'angkat kaki' kerana dikhabarkan 'tidak sebulu' dengan pemain Gergasi Merah sebelum digantikan Ken Worden.

Dalam pada itu, Hamidin yakin penyerang import baharu mereka, Bosko Balaban, 34, dapat meneruskan rentak kecemerlangannya meledak gol buat Selangor ketika menentang Shahzan Muda malam esok.

"Balaban yang menggantikan Lelo Mbele telah ditawarkan kontrak selama setahun sehingga November depan.

"Saya harap bekas pemain Dinamo Zagreb dan Aston Villa itu mampu membuktikan kredibilitinya sebagai penyerang berbisa Selangor," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan