Berita Harian: Sukan |
Posted: 18 Feb 2012 03:52 PM PST Sukan PENYERANG Terengganu, Joseph Kalang Tie (tengah) diasak dua pemain Polis pada saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. PENYANDANG juara Terengganu melangkah mudah ke pusingan kedua saingan Piala FA tetapi bakal berdepan cabaran getir bertemu Perak selepas ini, selepas membelasah Polis 4-0 dalam saingan awal di Kuala Terengganu, malam tadi. Ketika naib juara Kelantan dipaksa berhempas pulas sebelum menang 2-1 ke atas Sarawak ketika masa tambahan kecederaan, juara 2010 Negeri Sembilan pula terpaksa mengucap selamat tinggal lebih awal apabila dikejutkan Johor FC 1-2 di gelanggang sendiri. Terengganu yang beraksi tanpa dua tonggak pertahanan Olimpik kebangsaan, Muslim Ahmad dan Zubir Azmi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, memulakan langkah mempertahankan kejuaraan apabila penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Abdul Hadi Yahaya membuka tirai jaringan buat skuad Mat Zan Mat Aris pada minit ke-10 selepas menyempurnakan sepakan sudut Ismail Faruqi.Abdul Manaf Mamat menambah dua gol untuk meletak Terengganu selesa di depan, mula-mula hasil umpanan cantik Abdul Hadi ke dalam kotak penalti yang mudah disudahi pada minit ke-38 sebelum menggegar sekali lagi pada minit ke-65. Francis Forkey Doe memastikan Terengganu menang besar apabila melepasi benteng lawan sebelum menggelecek Al Husairi untuk gol keempat pada minit ke-80. |
Nor Farhan penyelamat maruah Red Warriors Posted: 18 Feb 2012 03:49 PM PST Sukan PENYERANG Kelantan, Indra Putra (dua dari kanan) menanduk menyamakan kedudukan ketika bertemu Sarawak di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi. FINALIS tahun lalu, Kelantan dipaksa bekerja keras oleh Sarawak sebelum menang 2-1 dalam pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi, manakala juara Piala Malaysia dan juara Piala FA 2010, Negeri Sembilan dikejutkan Johor FC 2-1 di laman sendiri. Nor Farhan Mohamad yang menggantikan Nwoha Onyekachi pada minit terakhir menjadi wira Kelantan apabila meledak gol kemenangan sebaik dimasukkan selepas Indra Putra Mahyuddin (m-35) memadamkan kelebihan Sarawak hasil jaringan Azizan Baba (m-21). Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, tuan rumah gagal memanfaatkan aksi gelanggang sendiri selepas tunduk kepada Johor FC, 2-1 dengan barisan K Devan lebih menyerlah untuk membuka jaringan pada minit ke-25 menerusi Arthur Henrique yang disamakan Jean Effa Owona (m-29) sebelum Henrique muncul pemusnah sekali lagi pada minit ke-79.Di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah dan PKNS terpaksa bertarung hingga ke penentuan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar. Kedah mara ke pusingan kedua dan akan bertemu Perlis selepas menang 4-2 pada sepakan penentuan. Di Stadium Pasir Gudang, T-Team melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan Johor 2-0 hasil jaringan Khairul Izwan Khalid (m-11) dan sepakan penalti kapten, Zairo Anuar Zailani (m-87). Di Stadium Temerloh, Selangor turut menempah tempat ke pusingan kedua selepas menundukkan Shahzan Muda 4-0 hasil jaringan Bosko Balaban (m-21), Safiq Rahim (penalti m-65, m-72) dan Amri Yahyah (m-81). Di Stadium Selayang, pertembungan dua pasukan Liga Perdana menyaksikan USM FC yang ketinggalan hanya satu mata di belakang Pos Malaysia dalam saingan liga, mara hasil kemenangan 2-1. Di Stadium Mini Petronas, Bangi, MBJB FC yang terpaksa beraksi dengan lapan pemain selepas tiga layangan kad merah, terpaksa mengalah selepas dikejutkan 0-3 oleh kelab Liga FAM, KL SPA. Di Stadium Hang Jebat, Kuala Lumpur mencatatkan kemenangan pertama mereka musim ini selepas mengetepikan pasukan berstatus kelab, MP Muar, 3-0. Di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan jemputan dari Kemboja, Preah Khan Reach memulakan aksi Piala FA dengan langkah kanan apabila mengatasi Pulau Pinang, 2-1. Di Stadium Utama Kangar, Perlis yang berdepan masalah dalam saingan Liga Perdana turut layak ke pusingan kedua apabila menewaskan SDM Navy, 3-0 manakala di Stadium Hang Tuah, NS Betaria membelasah tuan rumah, Melaka Telekom 4-0. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenthonny wlau kalah kpda kelantan,tetapi srwk ttap the best...agi idup agi nglaban..bujang senang affendi greng Persatuan Bolesepak Melaka (MAFA)perlukan perubahan yang drastik kerana skuad Sang kancil semakin tenggelam dalam liga Malaysia. muhammad rizuan bgus pon ta de tmbal blik asalkan team perak mara ke psngan strusnye
wan pusingan pertama xyah bazir masa main timbal blk...tahniah negeri paling miskin ke pusingan ke2..pe2 pn Gomo sentiasa Gomo... aiman ashraaf boy pencabar hebat perak sekarang KELANTAN tony Tak adil betul la..sepatutnya ada game timbal balik,kelebihan cuma kpd sebelah team ja.. hady faizal kassim good job the red warrior..... azman ayoh sarawak...bangkit la.. affendi greng Sedih dgn Skuad Melaka,negeri semakin maju tapi skuad bolasepak makin merundum,stadium hg jebat dan Ong Kim Swee bukan main hebat tapi pasukan lain dpt menafaat,begitulah kalau politik dan sukan dicampurkan adukan. manang lang saya setuju dgn pendapat rakan2 yg lain....pelik tidak ada pelawanan timbal balik....sistem apa kah diguna pakai FAM ini????... zulkamar timan Bola itu bulat, apa-apa pun boleh terjadi, kalah menang adat bertanding wanjeff Yang peliknya kali ini, ngapa tak da match timbal balik...mcm tak adil rasanya noraini aris sarawak boleh.. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan