Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Redknapp tetap pilih Tottenham

Posted: 18 Feb 2012 01:50 PM PST

LONDON: Pengurus Tottenham, Harry Redknapp hanya memikirkan mengenai satu pasukan sepanjang minggu ini tetapi bukannya England.

Redknapp menjadi pilihan utama menggantikan Fabio Capello sebagai pengurus England menjelang Kejuaraan Eropah 2012.


Bagaimanapun, beliau mengaku belum menerima tawaran daripada badan induk bola sepak England, Persatuan Bola Sepak England (FA England) dan pada masa ini tugas untuk membimbing pasukan negara langsung tidak difikirkannya.

Malah pasukan yang menjadi perhatiannya sepanjang cuti empat hari di Dubai adalah Stevenage, lawan kelabnya pada pusingan kelima Piala FA, malam ini berbanding pasukan kebangsaan.


"Saya tidak pernah bercakap dengan sesiapa mengenainya. Saya tidak pernah membincangkan tugas itu dengan sesiapapun," kata Redknapp.


"Minggu lalu saya lihat beberapa pengurus menarik diri tetapi hakikatnya mereka tidak pernah ditawar jawatan itu. Saya tidak menolaknya tetapi saya juga tidak mahu menawarkan diri.

"Tiada siapa membuat tawaran dan saya hanya memikirkan mengenai Stevenage. Ia satu perlawanan yang sukar bagi saya.


"Jurulatih, Joe Jordan dan Clive Allen pergi menilai persembahan mereka dan mereka memberitahu ia bakal menjadi satu perlawanan yang sukar.

"Itulah perkara yang saya fikirkan, memilih pasukan yang mampu mencatat keputusan cemerlang di Stevenage." Redknapp mengaku tidak mengalu-alukan tawaran jawatan pengurus England hingga musim ini berakhir dan berharap dapat menempah tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.


Pada masa ini, Tottenham berada di tangga ketiga liga, tujuh mata di belakang pendahulu, Manchester City dan 10 mata di depan Arsenal yang menduduki tangga keempat.


"Saya ada tugas untuk dilakukan," kata Redknapp. "Fokus saya adalah membantu Tottenham mencapai tahap setinggi yang boleh dalam liga.


"Kami tidak begitu jauh. Kami sudah berada di sana. Kami hanya berada di belakang dua kelab Manchester." - AFP



Liverpool idam terus mara

Posted: 18 Feb 2012 01:48 PM PST

LIVERPOOL: Kenny Dalglish menurunkan pasukannya untuk menentang Brighton dengan amaran supaya tidak memandang rendah kemampuan lawan itu.

Liverpool menjadi pilihan menyingkirkan pasukan Liga Kejuaraan itu dalam pertemuan pusingan kelima Piala FA malam dan ia akan membawa mereka menghampiri satu lagi final domestik.


Namun beliau akur bahaya memandang terlalu jauh ke depan selepas tewas kepada Bolton bulan lalu.

Liverpool tewas 1-3 di Reebok sebelum menyingkirkan menang kedua-dua kelab dari Manchester dalam aksi Piala Liga dan Piala FA.


Andai ada pihak yang memperkecilkan kemampuan Britghton dan menumpukan perhatian terhadap final Piala Liga menentang Cardiff minggu depan, pasti mereka bakal menyesal dan mungkin hanya menjadi penonton untuk peringkat seterusnya.


"Tiada siapa suka apa yang berlaku di Bolton dan tiada sebab mengapa ada yang mahu mengalaminya lagi.

"Tidak salah jika pemain bermain denga baik. Hakikatnya, jika ada yang beraksi baik ketika menentang Brighton, pasti memeningkan kepala saya untuk menyenaraikan pasukan minggu depan.


"Saya tidak tahu apa akan berlaku selepas itu. Matlamat kami adalah terus mara dalam saingan Piala FA. Kami tidak berdepan masalah besar, semua pemain sedia untuk bermain.

"Paling penting mencari kekuatan dan saya perlu berfikir untuk memilih yang terbaik," katanya. - Agensi



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan