Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Chelsea kian parah

Posted: 22 Feb 2012 12:06 PM PST

Sukan

PEMAIN Napoli, Ivan Lavezzi (dua dari kiri) meraikan gol jaringan bersama rakan
sepasukan pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium San Paolo, awal pagi semalam.

PEMAIN Napoli, Ivan Lavezzi (dua dari kiri) meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium San Paolo, awal pagi semalam.

BUAT pertama kali sejak 1996, England berdepan kemungkinan tanpa wakil dalam saingan suku akhir kancah Liga Juara-Juara Eropah.

Kelmarin, Chelsea kecundang kepada Napoli 3-1 di gelanggang lawan dan Arsenal berdepan ranjau besar mengatasi defisit kekalahan 4-0 kepada AC Milan, bulan depan.

Apa pun, Chelsea masih ruang untuk mengalih keputusan memihak kepada mereka apabila berdepan lawan dari Itali itu di Stamford Bridge pada 14 Mac ini dengan gol dari gelanggang lawan. Hanya tiga pasukan berjaya menterbalikkan defisit dua gol sejak format Liga Juara-Juara diperkenalkan 20 tahun lalu dan Villas-Boas mahu Chelsea menjadi pasukan keempat mencapainya.

Bicara hangat sama ada Andre Villas-Boas akan kekal selaku pengurus pasukan apabila menentang Napoli kelak juga memuncak ketika ini. "Spekulasi akan berterusan dengan keputusan seperti ini. Kita harus menyelesaikan masalah bahagian benteng," kata pengendali berusia 34 tahun itu.

Shahidan nafi 'tutup mata'

Posted: 22 Feb 2012 11:57 AM PST

Sukan

PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan beliau bersifat 'tutup mata' dalam mengendalikan isu berkaitan Karim Ibrahim kerana mulutnya dikunci timbalannya dalam persatuan itu.

Sambil menyifatkan ia sebagai dakwaan yang tidak berasas, Shahidan berkata beliau percaya tanggapan itu sebenarnya hanya sekadar persepsi semata-mata dibuat pihak tertentu.

"Mulut saya tidak pernah 'ditutup' mana-mana pihak terutama Karim. Setiap apa yang saya lakukan (dalam KOM) adalah berdasarkan kepada peraturan sudah ditetapkan.

Pada saya Karim sudah jalankan kerjanya dengan baik selama ini, begitu juga saya. Mungkin ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya selepas melihat banyak kejayaan ditempa KOM. - Datuk Seri Shahidan Kassim

"Pada saya Karim sudah jalankan kerjanya dengan baik selama ini, begitu juga saya. Mungkin ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya selepas melihat banyak kejayaan ditempa KOM," katanya.

Difahamkan, tanggapan mulut Shahidan dikunci Karim timbul selepas beliau dilihat seolah-olah 'membela' orang nombor dua itu, walaupun Karim kini berdepan pertuduhan serius termasuk didakwa terbabit dengan seorang atlit yang didapati positif ujian dadah di Sukan SEA, Indonesia November lalu.

Tambah kukuh, Karim dilihat masih 'kebal' walaupun berdepan pertuduhan itu apabila hasil mesyuarat tergempar berhubung isu berkenaan memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Doping dan Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat tuduhan membabitkannya.

Malah, kedudukan Karim dalam KOM juga turut tidak disenangi apabila sekumpulan jurulatih dan atlit dilapor menyerahkan petisyen bantahan bertarikh 13 Februari lalu, kepada Shahidan yang antara lain turut mengusulkan supaya beliau disingkirkan daripada jawatan Timbalan Presiden KOM.
Shahidan ketika ditanya mengenai kedudukan Karim dalam KOM berkata, semuanya akan ditentukan dalam mesyuarat agung khas yang dijangka diadakan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan