Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Johor FC gantung enam pemain

Posted:

Johor FC gantung enam pemain

Johor FC gantung enam pemain

Oleh NURUL HUDA HASSAN dan HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU - Enam pemain skuad Piala Presiden Johor FC digantung serta-merta selepas kelab itu mendapati terdapat unsur mengatur perlawanan pada pertemuan menentang Perlis di Stadium Pasir Gudang di sini, Khamis lalu.

Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan itu berjaya membenam Perlis 3-0, satu-satunya kemenangan selepas tewas kepada Perak (0-2), Angkatan Tentera Malaysia (0-1) dan Majlis Perbandaran Muar (0-1).

Skuad Piala Presiden itu kemudiannya tewas sekali lagi menentang Terengganu 1-3 selepas mencatat kemenangan ke atas Perlis.

Setiausaha Johor FC, Tahir Hamdan berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan bagi menunjukkan ketegasan itu, kesemua pemain terbabit kini digantung tanpa gaji sehingga siasatan polis selesai.

"Perkara ini memang serius dan disebabkan itu kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih drastik terhadap pemain berkenaan jika didapati melanggar undang-undang," katanya di sini, semalam.

Johor FC menjadi satu-satunya pasukan berstatus kelab yang pernah muncul juara Piala Presiden pada 2009.

Difahamkan, pihak pengurusan skuad Piala Presiden bertindak merampas telefon bimbit pemain selepas perlawanan menentang Perlis dan mendapati terdapat unsur mengatur perlawanan serta satu laporan polis dibuat selepas itu.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff mengesahkan pihaknya menerima satu laporan mengenai kes tersebut dan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor untuk mengambil tindakan.

"Polis menyerahkan kes berkenaan kepada SPRM Johor untuk tindakan susulan dan pada masa sama polis sedang mengenal pasti dalang yang terlibat dalam kegiatan itu. Kita akan cekup mereka secepat mungkin," katanya.

Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan pihaknya akan menyiasat mengikut Akta SPRM 2009 untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur rasuah atau tidak.

MOM akan 'bicara' Yunus, Firdaus

Posted:

MOM akan 'bicara' Yunus, Firdaus

MOM akan 'bicara' Yunus, Firdaus

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengarahkan dua atlet pemenang pingat emas dan gangsa negara, Yunus Lasaleh dan Firdaus Razak yang disahkan positif dalam ujian doping pada Sukan SEA Indonesia, November lalu, hadir memberikan keterangan pada sesi pendengaran khas yang akan dikendalikannya.

Presiden MOM, Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata, sesi itu bertujuan memberikan peluang yang adil untuk kedua-duanya membela diri dan menjelaskan keadaan sebenar serta bagaimana boleh terlibat atau sama ada pihak lain turut memaksa mereka mengambilnya.

Namun, MOM tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan sebarang hukuman.

Sebaliknya, kata beliau, hasil penemuan daripada sesi pendengaran itu akan dilaporkan semula kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dan Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Indonesia (Inasoc) selaku pihak yang bertanggungjawab mengendalikan temasya dwitahunan ke-26 itu di Palembang dan Jakarta.

"Sebarang hukuman pun hanya akan dikenakan oleh badan induk antarabangsa sukan yang disertai kedua-dua atlet itu (olahraga dan angkat berat) serta Agensi Antidadah Dunia (WADA) yang biasanya penggantungan dua tahun jika didapati bersalah buat kali pertama," katanya selepas mesyuarat khas lembaga MOM di Wisma MOM di sini, semalam.

Kata Tunku Imran, SEAGF bagaimanapun hanya berhak merombak keputusan atau membatalkan kedua-dua atlet itu sekiranya didapati bersalah, menarik balik pingat yang mereka menangi dan menyerahkan kepada atlet lain yang berkedudukan terhampir dalam acara berkenaan (4x400 meter olahraga dan 94-105 kilogram angkat berat lelaki).

"Ketika mesyuarat tadi, saya turut berbual menerusi telefon dengan Rita Subowo (Pengerusi Inasoc dan Ketua Umum Jawatankuasa Sukan Kebangsaan Indonesia - KONI) dan dia bersetuju untuk membenarkan MOM mengendalikan sesi pendengaran ini bagi pihak mereka. Kami juga memaklumkan hasrat untuk menyelesaikan kes ini dengan segera," katanya.

Mengenai penyerahan petisyen oleh 58 atlet dan jurulatih olahraga kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang menuntut penyingkiran Timbalan Presidennya, Datuk Karim Ibrahim, kata Tunku Imran, mereka dialu-alukan untuk menubuhkan sebuah panel siasatan yang bebas dan majlis sedia membantu memberikan nasihat sekiranya terdapat permintaan kesatuan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan