Kosmo Online - Sukan |
Posted: Suatu pengajaranTEWAS 0-4 dengan rentak yang mengecewakan.Hakikat itu memang tidak boleh dinafikan dan jutaan peminat telah menyaksikan bagaimana Harimau Muda diratah rakus oleh Jepun pada aksi kelayakan Olimpik 2012 peringkat Kumpulan C zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin. Bukan mahu merendahkan keupayaan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu, tetapi gaya penampilan mereka pada perlawanan tersebut memang berada di bawah tahap sebenar. Kesebelasan Harimau Muda seolah-olah hilang punca dan langkah mereka terus mati akibat dirantai erat oleh Samurai Biru. Jika dibandingkan perlawanan pertama menentang skuad kendalian Takashi Sekizuka itu di tempat lawan September tahun lalu, skuad negara dilihat lebih menyerlah meskipun tumpas 0-2. Aksi kelmarin memang sangat mengecewakan kerana apa yang diharapkan daripada pemain-pemain muda negara ini gagal ditonjolkan. Tetapi jika diperhatikan dengan mendalam, percaturan Kim Swee menggunakan pemain-pemain muda pada perlawanan tersebut sebenarnya merupakan langkah jangka panjang ke arah mengembalikan kegemilangan bola sepak negara. Pasukan negara memang sudah terkeluar daripada perebutan tempat ke bumi London dalam saingan Kumpulan C, namun Kim Swee percaya dengan langkah memberi pendedahan kepada pemain muda dalam perlawanan gred 'A', sikap dan cara permainan barisan pemainnya dapat ditingkatkan. Katanya, dengan memberi pendedahan kepada mereka pada perlawanan kompetitif seperti ini, beliau berharap pemain-pemainnya menggunakan pengalaman tersebut sebaik mungkin, sekali gus dapat membantu mempertingkatkan prestasi pasukan. "Kami menentang salah satu pasukan terbaik di Asia. Saya tetap bangga dengan persembahan barisan pemain saya walaupun kami tewas pada aksi malam ini (kelmarin). "Saya menggunakan corak yang berbeza berbanding pertemuan pertama lalu kerana ingin menguji kebolehan pemain. Bukan senang untuk mengadakan perlawanan menentang Jepun. "Ia suatu pengajaran buat kami dan kami harus bekerja dengan lebih keras untuk mencapai tahap yang lebih baik," katanya selepas perlawanan tersebut. Apa yang pasti, kewibawaan skuad negara bakal diuji apabila diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina pada kempen kelayakan Piala Asia 2013 Bawah 22 tahun selepas ini. Pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin, Jepun meledak jaringan menerusi Hiroki Sakai, Yuya Osako, Genki Haraguchi dan Manabu Saito, sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai pasukan pilihan dalam Kumpulan C yang turut disertai Bahrain dan Syria. | ||
Wan Zack mahu buktikan pemilihannya tepat Posted: Wan Zack mahu buktikan pemilihannya tepatOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
PELUANG menimba ilmu bersama pemain senior ternyata mengujakan penyerang muda negara, Wan Zack Haikal Wan Nor. Bakal bertemu Sabah di Stadium Likas malam ini, sebelum berdepan Fili- pina di Stadium Memorial Rizal, Manila, (Rabu depan), Wan Zack, 19, sedar dia perlu memberikan yang terbaik sekiranya mahu menjadi pilihan jurulatih, Datuk K. Rajagobal. Malah, Pemain Harapan Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 itu juga mahu menjadikan pengalaman yang diraih dalam siri persahabatan kali ini sebagai medan terbaik mengekalkan momentum permainannya sebagai persiapan menentang Tanjung Pagar United dalam saingan Liga Singapura pada 2 Mac depan. "Bukan senang hendak mewakili pasukan senior. "Walaupun ia hanya perlawanan persahabatan, saya berjanji memberikan aksi terbaik jika diturunkan, memandangkan ini kali pertama saya dipanggil menyertai skuad senior," katanya kepada Kosmo! semalam. Wan Zack yang tidak diturunkan ketika Harimau Muda tewas 0-4 pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin gara-gara penggantungan perlawanan memberitahu, peluang beraksi bersama senior juga disifatkan mampu membantu meningkatkan tahap permainannya di atas padang. "Saya mahu mendapatkan tips dari- pada mereka, terutamanya bagaimana cara menghadapi tekanan di luar padang," katanya. Rajagobal sebelum ini dilaporkan memberitahu hanya akan membawa 24 pelatih sahaja ke Kota Kinabalu selepas Aidil Zafuan Abd. Razak, Norshahrul Idlan Talaha, K. Gurusamy dan Faizal Muhamad tidak dapat turut serta kerana kecederaan. "Saya juga berharap pemain berhati- hati dengan aksi Sabah yang pasti mampu melakar kejutan kerana kita kena akui, apabila mana-mana kelab atau pasukan negeri bertemu pasukan kebangsaan, mereka pasti akan lebih bersemangat dan mempamerkan aksi luar biasa. "Jadi, saya harap pemain dapat memberikan persembahan yang baik (mengekang Sabah), sekali gus mendapat sesuatu yang berguna sebelum kita bertemu Filipina," katanya kelmarin. Dengan ketiadaan Norshahrul, Rajagobal dijangka menggandingkan penyerang sensasi, Mohd. Safee Sali dengan seorang lagi penyerang antara Abdul Manaf Mamat, Zaquan Adha Abdul Razak ataupun Ahmad Shakir Md. Ali. Dalam aksi persahabatan terakhir yang membabitkan pasukan kebangsaan sebelum ini, Harimau Muda menang 5-0 ke atas Kelantan. | ||
6 pemain digantung serta-merta Posted: 6 pemain digantung serta-mertaOleh RADIAH SAORI ENAM pemain Piala Presiden Johor FC telah digantung serta-merta selepas dipercayai terlibat dengan kes mengatur perlawanan ketika menentang Perlis di Stadium JCorp, Pasir Gudang minggu lepas. Setiausaha Johor FC, Tahir Hamdan mengesahkan, keenam-enam pemain terbabit digantung daripada menyertai mana-mana perlawanan sehingga pihak polis selesai menjalankan siasatan. "Mereka akan digantung tanpa gaji. Kami memandang serius perkara ini dan kami tidak teragak-agak mengambil tindakan drastik terhadap mana-mana pemain yang melanggar undang-undang," kata Tahir. Pada perlawanan terbabit, Johor FC menang 3-0 ke atas Perlis yang juga merupakan satu-satunya kemenangan mereka setakat ini. Sebelum perlawanan menentang Perlis 16 Februari lepas, Johor FC terlebih dahulu tewas kepada Perak 0-2, ATM (0-1) dan Majlis perbandaran Muar (0-1) serta tewas 1-3 kepada Terengganu, Isnin lalu. Difahamkan, kegiatan mengatur perlawanan terbabit terbongkar apabila Johor FC telah merampas telefon bimbit pemain selepas perlawanan menentang Perlis. Sehubungan itu menurut Tahir, satu laporan polis telah dibuat pada 18 Februari lalu. Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff mengesahkan telah menerima laporan dari- pada Tahir, Sabtu lalu. Beliau bagaimanapun memberitahu, kes terbabit telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut. "Polis menyerahkan kes berkenaan kepada SPRM Johor untuk tindakan susulan dan pada masa yang sama polis sedang mengenal pasti dalang yang terlibat dalam kegiatan itu," katanya pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam. Awal bulan ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengenakan hukuman gantung antara setahun hingga seumur hidup terhadap seorang ketua jurulatih dan 11 pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan setelah mereka didakwa terlibat dengan gejala rasuah dan mengatur perlawanan. Untuk rekod, Johor FC merupakan pasukan berstatus kelab pertama yang menjuarai Piala Presiden pada tahun 2009 dan layak ke peringkat suku akhir pada tahun 2010. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan