Harian Metro: Arena |
‘Sedia hadapi akibat’ Posted: 29 Mar 2012 11:22 AM PDT "DIA (Tan Sri Annuar Musa) sudah diingatkan supaya tidak terlalu lantang bercakap kepada media dan menggunakan saluran yang betul jika mahu membuat kenyataan tapi dia gagal mematuhinya dan perlu menanggung akibat perbuatannya itu," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah, semalam. Baginda bertitah, Annuar sepatutnya tahu mengenai peraturan itu kerana sudah dimaklumkan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya tidak terlalu banyak bercakap kepada media dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif, baru-baru ini.
"Apabila kita menyalahi undang-undang atau peraturan, kita mesti sedia menghadapi akibat daripada perbuatan itu. Annuar kini perlu merayu sebelum Jawatankuasa Tatatertib FAM mengambil sebarang tindakan.
Baginda bertitah, walaupun Malaysia negara bebas untuk mengeluarkan pendapat, persatuan itu masih terikat dengan undang-undang dan ada peraturan tertentu yang perlu diikuti. Mengikut peraturan ditetapkan FAM, hanya Presiden yang mempunyai kuasa memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.
|
Posted: 29 Mar 2012 11:19 AM PDT PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) masih menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden kontroversi penyokong Singapura menghina penyerang import Terengganu, Francis Doe dengan kata-kata berbaur perkauman. "Kami belum mendapat aduan rasmi berhubung insiden itu. Jika FAM atau pasukan Terengganu tidak membuat aduan kami tidak boleh bertindak. Kami dimaklumkan menerusi laporan media hari ini (semalam) bahawa Terengganu tidak mahu membuat aduan dan terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan," kata jurucakap FAS ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Semalam Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh melabel penyokong Singapura yang mengejek Doe dengan kata-kata seperti 'monkey' (monyet) dan 'nigger' (ungkapan penghinaan kepada orang kulit hitam) sebagai tidak bertamadun.
Menurut salah seorang wakil kumpulan itu yang dinamakan sebagai 'X', mereka memanggil Doe dengan perkataan 'Ah Meng' dan "Orang Hitam' sebagai tanda tidak puas hati dengan kelakuan pemain import dari Liberia itu pada aksi suku akhir pertama Piala FA.
Namun X menafikan mereka bersikap perkauman dengan berkata: "Jika kami bersikap perkauman, kami akan memanggilnya 'nigger' atau 'negro', namun kami tidak memanggilnya dengan perkataan itu. Kami memang marah dengan Francis Doe tapi kami masih tahu batasannya." Sementara itu, Arena Metro cuba mendapatkan reaksi daripada jurulatih LionsXII, V Sundramoorthy mengenai insiden itu namun beliau enggan mengulas lanjut.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan