Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Hamilton terpantas

Posted:

Hamilton terpantas

Hamilton terpantas

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

HAMILTON yakin untuk menawan Litar Sepang selepas mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas semalam.


LEWIS Hamilton menamatkan sesi latihan perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia di Litar Sepang semalam dengan bergaya apabila mencatat masa terpantas pada dua sesi di sebelah pagi dan petang.

Juara dunia 2008 itu dilihat berjaya melupakan seketika kekecewaannya di Melbourne minggu lalu dengan merekodkan kelebihan 0.3 saat ke atas pencabar lain, termasuk Michael Schumacher dan Jenson Button.

Pemandu Britain itu berjaya mendominasi dua sesi latihan tersebut yang turut menyaksikan dua pemandu McLaren dan dua pemandu Mercedes mengungguli kelompok empat masa terpantas.

Ketika sesi latihan kedua berbaki 30 minit sebelum ditamatkan, Hamilton berjaya mengatasi Schumacher dengan kelebihan 0.020s dan Jenson Button dengan 0.002s, sementara pemandu lain pula dipisahkan dengan masa lebih satu saat.

Namun, selepas sesi bebas itu ditamatkan, Hamilton dengan rasminya menjadi pemandu terpantas dengan kelebihan 0.361s di hadapan Schumacher dan mengekalkan kepantasannya 0.002s ke atas rakan sepasukan, Button.

"Sesi latihan hari ini (semalam) sangat hebat bagi saya. Kami ada membuat beberapa perubahan terhadap jentera sejak perlumbaan di Melbourne lalu dan saya gembira dengan peningkatan yang kami pamerkan ini," jelas Hamilton selepas latihan semalam.

"Tetapi kami masih lagi perlu melakukan perubahan dan peningkatan ini bagi mendapatkan kepantasan yang diidamkan.

"Saya lebih memberi tumpuan kepada ketahanan tayar pada sesi latihan kedua ini dan berjaya mendapatkan keseimbangan yang dicari.

"Tetapi di Litar Sepang, ia berbeza dengan Litar Albert Park. Apa pun, bermula di petak hadapan masih lagi menjadi buruan utama setiap pemandu F1 dan itulah misi saya pada sesi kelayakan esok (hari ini)," tambahnya lagi.

Nico Rosberg pula meletakkan Mercedes keempat terpantas manakala pemandu Toro Rosso, Daniel Ricciardo pula berjaya mencuri tumpuan apabila menduduki tempat kelima dengan 0.681s di belakang Hamilton.

Fernando Alonso turun beraksi dalam sesi latihan semalam dengan lebih baik apabila berjaya membawa Ferrari di tempat keenam, namun pemandu Sepanyol itu ketinggalan 0.719s di belakang.

Mark Webber pula di tempat ketujuh terpantas buat pasukan Red Bull sementara rakan sepasukannya yang juga juara dunia dua kali, Sebastian Vettel dilihat bergelut dengan masalah tayar dan terpaksa berpuas hati dengan catatan kesepuluh terpantas.

Zulfadli yakin musnahkan Vietnam

Posted:

Zulfadli yakin musnahkan Vietnam

Zulfadli yakin musnahkan Vietnam

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


ZULFADLI yakin untuk memusnahkan Vietnam selepas skuad negara berjaya menjinakkan Singapura semalam.


TAHAP keyakinan juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli semakin tinggi menjelang pertemuan menentang Vietnam pada aksi kedua peringkat Kumpulan J Kejohanan Badminton Piala Axiata 2012 hari ini.

Menurut Zulfadli, bukan dia sahaja yang memiliki semangat seperti itu tetapi keyakinan pemain-pemain lain turut melonjak selepas kejayaan menundukkan Singapura 3-0 pada aksi pertama peringkat kumpulan di Stadium Tenis Tertutup Senayan, Jakarta semalam.

Malah, pemain berusia 19 tahun itu juga bersedia sepenuhnya jika jurulatih perseorangan negara, Hendrawan membuat keputusan untuk menurunkannya selaku pemain perseorangan pertama pasukan Malaysia Leopard hari ini.

"Tahap keyakinan saya sememangnya tinggi selepas berjaya menang perlawanan pertama hari ini (semalam).

"Jika jurulatih memberikan kepercayaan kepada saya untuk turun selaku perseora- ngan pertama, saya sudah bersedia sepe- nuhnya.

"Siapa pun yang akan menjadi lawan saya, saya tidak kisah kerana apa yang lebih pen- ting, fokus kepada permainan.

"Saya bertekad untuk mempamerkan corak permainan yang baik dalam setiap perlawanan," kata Zulfadli yang bernaung di bawah Kelab Raket Kuala Lumpur (KL- RC).

Terdahulu, Malaysia Leopard yang dibarisi pemain skuad bawah 21 tahun (B-21) negara mendapat tonik terbaik dalam misi memburu slot ke peringkat separuh akhir selepas membenam cabaran Singapura semalam.

Kemenangan 3-0 ke atas Singapura sudah cukup untuk meletakkan Malaysia Leopard berada pada landasan terbaik bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Tampil selaku perseorangan pertama, Misbun Ramdan Misbun menepati ramalan awal apabila berjaya menyumbangkan mata pertama skuad negara selepas menewaskan Robin Gonansa 20-22, 21-12, 21-19.

Rentak kecemerlangan tersebut diteruskan beregu negara, Ow Yao Han-Chooi Kah Meng apabila memastikan kemenangan awal memihak kepada skuad negara hasil kejayaan menundukkan Terry Yeo-Yi Liu 21-14, 15-21, 21-19.

Zulfadli melengkapkan kemenangan Malaysia Leopard selepas mengetepikan caba- ran Huang Chou 17-21, 21-16, 21-16.

Diminta mengulas mengenai perlawanan pertama menentang Huang Chou, Zulfadli yang juga juara remaja Asia mengakui yang dia masih dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang.

"Hari ini merupakan perlawanan pertama saya dan saya akui, saya tidak beraksi pada tahap prestasi sebenar.

"Saya masih dalam proses untuk menye- suaikan diri dengan keadaan gelanggang, angin dan lampu dalam stadium.

"Namun, saya yakin saya boleh buat yang lebih baik untuk perlawanan seterusnya," jelas Zulfadli.

Sementara itu, dalam satu lagi pertemuan Kumpulan J, Indonesia Garuda menewaskan Vietnam 3-0.

Vettel yakin kemampuan Red Bull

Posted:

Vettel yakin kemampuan Red Bull

Vettel yakin kemampuan Red Bull

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


VETTEL yakin Red Bull akan tampil lebih pantas pada GP Malaysia.


JUARA dunia dua kali, Sebastian Vet- tel optimis Red Bull mampu menyaingi kepantasan pasukan McLaren menjelang perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang petang esok.

Pemandu Jerman itu menamatkan sesi latihan bebas kedua petang semalam dengan catatan kesepuluh terpantas dengan ketinggalan 1.230 saat kepada pemandu McLaren, Lewis Hamilton yang merekodkan masa 1 minit 38.172s.

Vettel, 25, yang bergelut dengan isu tayar pada sesi sebelah petang, kurang berpuas hati dengan prestasi jentera- nya semalam, namun percaya masih mampu menyaingi kepantasan McLaren pada hari perlumbaan sebenar esok.

"Saya tidak pasti sama ada mampu merebut petak hadapan daripada dua pemandu McLaren esok (sesi kelayakan masa hari ini), sukar untuk dikatakan," jelas Vettel selepas sesi latihan petang semalam.

"Prestasi McLaren semakin bagus dari sehari ke sehari, lihat sahaja sesi latihan sebelah pagi dan petang tadi.

"Saya masih belum nampak banyak perubahan tetapi saya rasa kami sema- kin menghampiri kepantasan mereka, jadi kita lihat sahaja apa yang kami mampu lakukan nanti," ujarnya lagi.

Vettel meraih tempat kedua pada GP Australia minggu lepas dan memberi- tahu, dia masih perlu berusaha keras bagi memastikan jenteranya, RB7 bersedia pada sesi kelayakan masa hari ini.

"Sejujurnya, saya masih belum berpuas hati dengan prestasi hari ini tetapi secara keseluruhannya, sesi latihan hari ini berjalan dengan baik bagi kami," kata Vettel.

"Masalah masih lagi timbul dan sekiranya kami gagal menyelesaikannya dalam masa tiga jam, sudah tentu saya akan terus berasa tidak gembira.

"Isu tayar ini hanya terjadi sekali saja tadi dan kami juga tidak menggunakan semua tayar yang ada. Jadi sebab itu saya kurang gembira," tambahnya lagi.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Mark Webber beraksi lebih baik apabila mencatat masa ketujuh terpantas.

"Hari ini semuanya berjalan dengan baik bagi saya, banyak lagi yang perlu dilakukan selepas ini.

"Sesi latihan ini sangat produktif bagi kami. Semua perkara yang kami mahu lakukan berhasil hari ini, jadi sudah tentu ia sesuatu yang positif bagi pasukan kami," jelas Webber.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan