Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Belang Hamilton

Posted:

Belang Hamilton


KREW pasukan Red Bull bekerja keras menyediakan jentera pelumba mereka, Mark Webber ketika sesi latihan bebas, semalam.


SEPANG – Pemandu McLaren, Lewis Hamilton melaungkan amaran untuk menguasai saingan sebenar perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia esok, apabila mendominasi kedua-dua latihan bebas di Litar Sepang semalam.

Pelumba Britain itu menduduki carta teratas sesi latihan pertama dengan masa 1 minit 38.021 saat dan 1:38.172s pada sesi kedua.

Kepantasan jentera McLaren yang dipamerkan pada awal musim dilihat mampu menggugat juara bertahan, Red Bull apabila pelumba mereka dari Jerman, Sebastian Vettel menamatkan saingan di tangga kedua di belakang Jenson Button pada GP Australia di Melbourne, minggu lalu.

Situasi hampir serupa berulang pada latihan bebas sebelah pagi semalam, setelah Vettel mencatat masa kedua terpantas 1:38.535s di belakang Hamilton.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Skuad muda lulus ujian sulung

Posted:

Skuad muda lulus ujian sulung

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my


Misbun Ramdan Misbun memberikan mata pertama Malaysia Leopards ketika mengalahkan Singapura dalam Piala Axiata di Jakarta, semalam.


KUALA LUMPUR – Skuad muda negara, Malaysia Leopards 'lulus' ujian pertama beraksi di pentas senior, meskipun dipaksa mengharungi aksi mencemaskan ketika menewaskan Singapura 3-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan J, kejohanan lumayan Piala Axiata di Stadium Tenis Tertutup Senayan Jakarta, semalam.

Kesemua pemain pelapis Malaysia diheret ke pertarungan tiga set untuk menewaskan lawan masing-masing, permulaan yang kurang meyakinkan. Namun ia cukup memberangsangkan buat barisan yang tidak memiliki pengalaman luas aksi peringkat senior.

Anak bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek, Misbun Ramdan Misbun yang menyambut ulang tahun ke-21 pada 19 Mac lalu diberi tanggungjawab menggalas tugas perseorangan pertama. Dia memulakan aksi dengan mencemaskan apabila tumpas di set pembukaan sebelum bangkit menyingkirkan pemain kelahiran Indonesia, Robin Gonansa 20-22, 21-12, 21-19 untuk meletakkan Malaysia 1-0 di depan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan