Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Reds ke final

Posted: 14 Apr 2012 04:25 PM PDT

Sukan

ANDY Carroll menanduk masuk gol kemenangan Liverpool pada saingan separuh akhir Piala FA di Wembley, malam tadi.

ANDY Carroll menanduk masuk gol kemenangan Liverpool pada saingan separuh akhir Piala FA di Wembley, malam tadi.

Tandukan Carroll minit ke-87 bawa Liverpool ke final Piala FA

ANDY Carroll memadam kritikan terhadap persembahannya apabila menanduk masuk gol kemenangan Liverpool pada lewat permainan ketika menewaskan Everton 2-1, sekali gus memacu The Reds ke pentas final Piala FA, malam tadi.

Carroll — penyerang termahal bernilai 35 juta pound (RM168 juta) menyambut sepakan percuma Craig Bellamy pada minit ke-87 untuk meletakkan Liverpool di landasan gelaran berganda musim ini, selepas menjuarai Piala Liga sebelum ini. "Ini perasaan paling baik. Kami bekerja keras dan mendapat gol akhirnya ada sesuatu yang hebat. Saya mendapat beberapa peluang dan sepatutnya menjaringkan gol lebih awal.

"Tetapi saya terus mencuba dan hantaran Craig (Belammy) cukup baik, dan saya berjaya. Memang ada kritikan sebelum ini tetapi saya terus berusaha. Saya mendapatkan jaringan kemenangan ini dan ia cukup indah."

Jaringan kemenangan Carroll itu muncul selepas dua gol hasil kesilapan benteng pertahanan dengan Luis Suarez mengikat kedudukan pada minit ke-62 selepas bijak menyambar hantaran lemah ke belakang Sylvain Distin untuk penjaga gol Tim Howard.

Penyerang Everton, Nikica Jelavic membuka tirai jaringan pada minit ke-24 apabila bola lantunan hasil sepakan lemah Jamie Carragher di dalam kotak penalti, disudahi penyerang Croatia itu dengan sepakan mudah menewaskan penjaga gol ketiga Liverpool, Brad Jones.
Liverpool yang kini menduduki tangga kelapan liga, satu tangga di belakang Everton, akan bertemu sama ada Chelsea atau Tottenham Hotspur yang akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir di Wembley, lewat malam ini. – Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

deran

betul tu kamarul, kalau menang terus kata nasib,dh kenyataan liverpool menang mlm tadi....YNWA!!!

roseli

turun ..naik..adatla bolasepak...tapi liverpool tetap unggul class tersendiri

sliper jepun

liverpool mmg terbaik lah.....

abu bakar

kamarul nazrin ...... betul tu betul.....

temerloh

menang FA CUP lau xlayak uefa x guna gakkkkk.......

kamarul nazrin

men......bukan nasib tapi kenyataan liverpool hebat. Setakat duduk tangga 2,3,4 tapi tiada piala, baik tak payah

men

nasib saja tu..liverpool..

mad

YNWA !!!
c'mon liverpool,,tggl final je,,


PKNS lebur rekod Lions XII

Posted: 14 Apr 2012 04:23 PM PDT

Sukan

PEMAIN  Lions XII, Harris Harun (kanan) berebut bola dengan pemain PKNS, Ahmad Azlan dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ, malam tadi.

PEMAIN Lions XII, Harris Harun (kanan) berebut bola dengan pemain PKNS, Ahmad Azlan dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ, malam tadi.

Kelantan gagal dekati wakil Singapura selepas sekadar seri dengan T-Team

PKNS FC akhirnya muncul pasukan pertama berjaya menamatkan rentak kemenangan pendahulu Liga Super, Lions XII apabila menundukkan wakil Singapura itu 1-0 malam tadi, namun juara bertahan Kelantan gagal memanfaatkannya selepas sekadar seri 1-1 dengan T-Team.

Begitupun, Lions XII yang sudah beraksi 16 perlawanan kekal di tangga teratas dengan 33 mata manakala Kelantan yang baru beraksi 13 perlawanan mengumpul 28 mata di tangga kedua. Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, rekod kemenangan empat perlawanan berturut-turut Lions XII sebelum ini lebur hasil jaringan tunggal penyerang import PKNS FC, Dawood Nicoise menerusi sepakan percuma pada minit ke-79.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan yang mendahului pada minit ke-43 menerusi jaringan Nurul Azwan Roya, gagal mempertahankan kelebihan itu apabila T-Team mengikat kedudukan menerusi Khairul Izwan Khalid pada minit ke-74.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, tuan rumah Terengganu mengekalkan kedudukan di tangga ketiga dengan 24 mata hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan menerusi gol sendiri S Kunanlan pada minit ke-66.

Di Stadium Pasir Gudang, Selangor gagal meneruskan rentak cemerlang ketika membelasah Terengganu 6-1 minggu lalu apabila sekadar seri 1-1 dengan pasukan kedua tercorot, Johor FC yang terus kempunan meraih kemenangan di laman sendiri.
Riduwan Maon meletakkan Johor FC di depan pada minit ke-18 sebelum penyerang import Selangor, Bosko Balaban menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-81.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, hasrat Sabah meraih kemenangan di laman sendiri selepas sekadar seri pada dua aksi sebelum ini tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada Perak.

Biarpun mendahului menerusi tandukan Zainizam Marjan seawal minit pertama, gawang Sabah dikawal Syed Adney Syed Hussein bocor tiga kali di babak kedua menerusi Akmal Rizal Rakhli (65), gol sendiri Mafry Balang (67) dan Lazar Popovic (90).

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ZuluAlpha

Pastikan juara liga super bukan milik Lions XII.....

mamat

Gol PKNS FC tu patutnya fault sbb jelas ada sorg pemain PKNS gi langgar si penjaga gol lawan. Nasib pengadil xnampak, tp rakaman video mmg jelas

wan03

dah lama tk tengok siaran langsung di tv melibatkan pasukan kelantan

haziq

negeri sembilan boleh buat sehabis baik.

anak ganu

ye, ganu doh mula tunjuk belang.peteh ganu peteh

ayie

harap pasukan perak teruskan rentak kemenangan pada 17hb nanti..

Pok We

Tangga sekarang ni tak kisah sangat Lions dah main 16 kali Kelantan baru 13. Insyaallah kelantan akan dapat tahta kembali. Gomo kelate

KL Tulip Lady

seronok dengan kebangkitan semua pasukan yang rata-rata beraksi dengan semangat permainan/kesukanan yg tinggi.....kita patut berlajar dengan aksi pasukan luar....timba pengalaman....

azizi

tahniah pkns!! setakat ini hanya 3 team je yg dpt kalahkan lions. tahniah!!

azahar hemsem.

harap pasukan kelantan idea hebat hebat.tunjuklah kekuatan pasukan harimau malaya idea terus kecemerlangan.

zaki

harap pasukan kelantan teruskan kemenangan idea terhebat.jika terlebih politik singapore juara nanti.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan