Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Semut Api gigit Singa

Posted:

Semut Api gigit Singa


Pemain Lions XII, Shakir Hamzah (biru) diasak pemain Selangor PKNS FC, Mohd. Fauzan pada perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, semalam. - MINGGUAN/AHMAD ZAKKI JILAN


KUALA LUMPUR - Rekod tanpa kalah pendahulu liga, Lions XII dalam sepuluh perlawanan akhirnya lebur buat kali pertama kepada PKNS apabila tewas 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

Pemain import, Nicoise Mikael Joseph muncul pemusnah Lions apabila sepakan percumanya dari jarak 30 meter memberikan kemenangan ketiga buat kelab yang diberi jolokan Semut Api.

Namun pencabar terdekat, Kelantan gagal mengambil kesempatan untuk menghampiri kedudukan Lions apabila seri 1-1 dengan T-Team di Stadium Sultan Muhammed ke-IV.

Walaupun Nurul Azwan Roya meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-42, T-Team menafikan hajat tuan rumah mengutip tiga mata penuh apabila Khairul Izwan Khalid menyamakan kedudukan pada minit ke-74.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Hamidan awang import terbaru disingkir Kenari

Posted:

Hamidan awang import terbaru disingkir Kenari

Oleh Mohd. Shariza Abdullah
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR - Kedah yang semakin tertekan dengan prestasi hambar dalam saingan Liga Super bertindak menyingkirkan penyerang import, Hamidan Mohammed selepas pasukan itu tewas 0-2 kepada Sarawak di Stadium Darul Aman kelmarin.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Hamidan menjadi awang import ketiga disingkirkan skuad Kenari musim ini selepas tindakan sama diambil ke atas dua pemain dari Brazil, Daniel Baroni dan Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo.

Jurulatih Kenari, Wan Jamak Wan Hassan berkata, Hamidan telah diberi peluang untuk membuktikan kemampuan tetapi persembahan pemain Ghana itu gagal memikat barisan kejurulatihan dan pengurusan.

''Hari ini (malam kelmarin) merupakan perlawanan terakhirnya dan kami mengucapkan terima kasih kepada Hamidan kerana memberi sumbangan yang baik kepada walaupun tidak membantu pasukan secara keseluruhan,'' kata Wan Jamak.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan