Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Biar saya jelaskan'

Posted: 19 Apr 2012 01:40 PM PDT

Tunggu esok (hari ini). Saya akan beri penjelasan nanti. - Lee Chong Wei

Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh minta isu ini usah dipertikai atau disensasikan ketika Chong Wei ada misi lebih besar iaitu memburu pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik, Julai ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

kg jenub. bkt bunga kltn

memang sepatutnya mesti dijelaskan.sebab berjuta MANUSIA NAK LIHAT DATO LEE CHONG WEI.tapi dato lee chong wei tak datang mana boleh.jelaskan dato lee chong wei kami nak degar.

warga desa

Kita mengenali Dato' Lee Chong Wei sebagai seorang yang berdisiplin & "World Class Player". Apabila Dato Lee turun bertanding dalam acara berpasukan, semua pemain M'sia bersemangat macam nak lawan GARUDA. Tapi tanpa Dato' ni, pemain-pemain lain main lembek lawan SINGA tua pun kalah. So raayat M'sia hargailah aset kita ye!!!

mohmad shalan bin jasman

Memang betul kata presiden BAM jangan sensasikan isu tersebut. Tetapi harus diingat bahawa isu anugerah sukan negara adalah isu negara yang tidak boleh diremehkan. Betapakah lagi apabila tiada alasan kukuh. Meremehkan penghormatan negara seperti meremehkan negara itu sendiri. Nilai negara sesungguhnya amat tinggi kepada setiap warganegara walau apa status kita sekalipun.

Pazz Iman

Buang yang keruh, ambil yang jernih, jgn la diperbesarkan isu yang remeh ni, banyak lagi tanggungjawab pada negara yang perlu dilunaskan... lumrah alam, bila menang dipuji biler silap skit dikeji... harap LCW matang dari segi mental untuk hadapi semua ni...

Pengulas Sukan

Perkara seperti ni pun nak heboh satu negara. Apa salahnya pemain tak hadir selepas berhempas pulas berlatih. lgi pun beliau akan memburu emas olimpik utk negara. biarlah dia berlatih dan berehat scukupnya. Beginilah senario sukan kita bila orang yang bebal duduk kat kerusi sukan. Bukan ini saja masalah sukan kita, banyak lgi yg berlaku sebelum ni yg merencatkan kemajuan sukan kita. selagi semua yg bebal itu masih duduk kat kerusi sukan kita, selagi tu lah sukan kita ibarat hidup segan mati tak mau

wanjeff

sekarang ni L.C.Wei mengalahkan artis...tak habis2 dgn kontrovesi

Iraziel Iz Azmi

berilah peluang pada Datuk Lee Chong Wei untuk jelaskan...

kuda kepang

kat M'sia ni kdg2 pegawai persatuan lebih hebat dari atlit, x kiralah sukan apa pun, sama je. sepatutnya letakkan kepentingan atlit dahulu, sbb dia org ni yg berjuang / bermain utk menang.

annacomel

Dato Z telah menunjukkan dirinya tidak matang dan sekaligus membuktikan dia bukanlah pemimpin yang baik kerana kenyataan mengenai rm20,000. Dia memubuktikan tidak memahami psikologi kehendak seorang manusia.Saya bukan pakar tetapi boleh menjelaskan sedikit sebanyak mengenai kehendak seorang manusia. Apabila seorang individu itu telah mencapai segala keperluan yang dimahukannya dia (dato lee) masih mahu mencapai kehendak nirwana. Bagi saya RM20 ribu itu bukan kemuncak nirwana dan begitu juga RM 1 juta bagi Dato lee. Dato Lee masih bekehendakkan tahao nirwana seperti anugerah dari Yang Dipertuan Agong ataupun emas olimpik untuk memberikan kepusan dalam hidupnya. Jadi dengan ini terbukti bukan soal RM sikit atau banyak menjadi persoalan. Saya berpendapat memang ada alasan yang benar2 membuatkan dia tidak dapat datang. Dan anda sebagai peminpin sukan yang belum memenuhi segala kehendak seorang individu bernama manusia dan tidak mencapai tahap nirwana anda akan menganggap Dato lee adalah seperti anda yang mementing RM1 juta dari rm20k. Kehendak anda tidak sama dan jangan nilai seseorang mengikut tahap anda. Tq .SAYA AMAT KESAL DENGAN KENYATAAN ANDA SEBAGAI PEMIMPIN SUKAN

'Usah pertikai, jangan sangsi'

Posted: 19 Apr 2012 01:30 PM PDT

"JIKA dia kata sakit, kita perlu hormati dan terima. Jangan pertikai serta sangsi," demikian reaksi Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berhubung tindakan jaguh perseorangan badminton, Lee Chong Wei yang gagal menghadirkan diri menerima anugerah Olahragawan 2011, Selasa lalu.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu juga meminta isu itu tidak diperbesarkan kerana khuatir ia akan mencetuskan ketegangan tatkala jaguh perseorangan itu akan menjadi sandaran utama menamatkan kemarau pingat emas di Sukan Olimpik Julai ini.

Kita mempunyai misi lebih besar tidak lama lagi, jadi sebaik-baiknya jangan menimbulkan isu remeh temeh yang boleh menjejaskan semangat dan tumpuan pemain itu menghadapi temasya berprestij berkenaan. - Nadzmi Salleh, Presiden BAM

"Kita mempunyai misi lebih besar tidak lama lagi, jadi sebaik-baiknya jangan menimbulkan isu remeh temeh yang boleh menjejaskan semangat dan tumpuan pemain itu menghadapi temasya berprestij berkenaan," katanya.

Nadzmi menambah andai wujud kesangsian di kalangan pihak tertentu dengan alasan diberi Chong Wei, beliau menasihatkan pihak berkenaan menyiasat mengenai punca dan motif pemain itu bertindak sedemikian.

"Memang anugerah itu satu pengiktirafan tertinggi tetapi jika terdapat keraguan ada atlit sengaja tidak mahu datang dengan memberi pelbagai alasan, siasat apa motif dan punca mereka tidak hadir. Mungkin merajuk atau sebagainya," katanya.

Ketika ditanya adakah Chong Wei ada memaklumkan bahawa dia tidak hadir kepada beliau, Nadzmi berkata: "Dia tidak ada beritahu, saya hanya tahu pada malam itu daripada setiausaha (Ng Chin Chai). Lagipun, saya bukan jaga dia 24 jam," katanya.
Selasa lalu, kegagalan jaguh perseorangan itu menghadirkan diri menerima anugerah Olahragawan 2011 buat kali ketiga daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengundang pelbagai spekulasi walaupun dia memberi alasan menghadapi masalah kesihatan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong jelas terkilan dengan tindakan Chong Wei walaupun sehari sebelum majlis itu berlangsung pemain itu sudah dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pemain itu membalasnya dengan memberitahu tidak dapat hadir tanpa memberi alasan kukuh.

Sementara itu, Chong Wei yang dihubungi enggan mengulas dengan berkata: "Siapa yang tulis, suruh dia hubungi saya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan