Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Biar mereka buat keputusan'

Posted:

'Biar mereka buat keputusan'

'Biar mereka buat keputusan'

Oleh HELMI TALKAH
helmi@kosmo.com.my

IMBAS KEMBALI... Karim (kanan) mendengar arahan Shahidan ketika mesyuarat badan induk itu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu.


"BIAR ahli majlis yang tentukan." Itu komen ringkas Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding bagi mempertahankan jawatannya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu yang dijangka diadakan pada Jun depan.

Seolah-olah pasrah dengan situasi yang melanda dirinya ketika ini, Karim berkata, beliau akan mengikut apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis KOM.

"Saya tidak mahu komen panjang mengenai hal ini. Saya hanya berserah kepada ahli majlis KOM dan biarlah mereka yang membuat keputusan dalam hal ini," kata Karim ketika dihubungi Kosmo! menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

Karim ketika ini berdepan dengan situasi yang boleh dianggap 'kritikal' bagi mempertahankan jawatannya sebagai pemimpin kedua tertinggi dalam KOM ekoran dipalit pelbagai kontroversi.

Pada 13 Februari lalu, sekumpulan jurulatih dan atlet olahraga negara telah menyerahkan petisyen setebal 23 muka surat yang bertajuk Laporan Jurulatih dan Atlet Olahraga Kebangsaan kepada Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Petisyen yang ditandatangani oleh 42 atlet dan 16 jurulatih olahraga negara itu meminta KOM menyingkirkan Karim.

Kumpulan tersebut mendakwa Karim sebagai dalang utama terhadap segala masalah yang menimpa KOM sebelum ini.

Ia termasuklah isu membabitkan pelari, Mohd. Yunus Lasaleh yang gagal dalam ujian anti-doping ketika memenangi pingat emas dalam acara 4x400 meter lelaki pada temasya Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia, November tahun lalu.

Ekoran itu, KOM telah menubuhkan jawatankuasa siasatan berkaitan isu petisyen dan isu penggunaan dadah terlarang membabitkan Yunus bagi mengenal pasti punca sebenar masalah tersebut berlaku.

Bagi Karim, biarpun diselubungi dengan pelbagai dakwaan negatif terhadap dirinya, namun beliau tidak mahu cepat melatah.

Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk sebarang tindakan lanjut.

Giliran City uji Harimau Malaya

Posted:

Giliran City uji Harimau Malaya

Giliran City uji Harimau Malaya

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SUBAHAN (tengah) bersama Cafferky (dua dari kiri) dan Boon Wah (dua dari kanan) bergambar pada sidang akhbar pengumuman kedatangan City ke Malaysia di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan semalam.


SELEPAS Arsenal, semalam giliran Manchester City mengesahkan kedatangan mereka ke negara ini.

City yang kali pertama hadir ke nagara ini dijadualkan menentang skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Julai depan.

"Kami memilih Malaysia memandangkan negara ini memiliki ramai peminat-peminat bola sepak Liga Perdana England.

"Kelab England seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Chelsea menerima sambutan meriah dan hangat daripada peminat di Malaysia.

"Oleh itu, kami juga mahu mengikuti jejak langkah mereka dengan membuka satu pusat penyokong City di sini sebagai langkah untuk mendekati penyokong-penyokong City di Malaysia.

"Sudah tentu kami begitu teruja untuk bertemu dengan skuad kebangsaan Malaysia menjelang perlawanan persahabatan pada Julai nanti," kata Ketua Pegawai Jenama Komersial City, Ian Cafferky pada sidang akhbar pengumuman kedatangan City ke Malaysia di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan semalam.

Turut hadir pada sidang akhbar tersebut ialah Timbalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal serta Pengarah Urusan ProEvents Sdn. Bhd., San Boon Wah.

Bagi Rajagobal pula, aksi menentang barisan bintang City kendalian pengurus, Roberto Mancini nanti mampu memberikan pengalaman berharga kepada anak-anak buahnya sebelum menghadapi kempen Piala Suzuki AFF, November depan.

"Kita harus mengambil kesempatan yang diberikan apabila mendapat peluang untuk beraksi pada perlawanan sehebat ini.

"Sudah tentu perlawanan menentang City merupakan pertemuan paling hebat bagi kami yang mana saya yakin suasana pertembungan kedua-dua pasukan pasti hangat.

"Justeru, kami mahu mengambil kesempatan ini dengan merebut peluang yang terbaik apabila menentang salah satu pasukan gergasi England," kata Rajagobal.

Terdahulu, Arsenal telah mengesahkan kedatangan mereka ke negara ini dan dijadualkan menentang skuad Harimau Malaya pada 24 Julai depan.

Bilbao tetap optimis

Posted:

Bilbao tetap optimis

Bilbao tetap optimis


HERRERA (kanan) yakin Bilbao mampu menewaskan Sporting pada aksi separuh akhir kedua Liga Europa di Stadium San Mames awal pagi esok.


PARIS – Athletic Bilbao mengharapkan tuah di gelanggang sendiri untuk menewaskan Sporting Lisbon, sekali gus menempah slot ke final Piala Europa musim ini.

Skuad The Basque bertekad untuk menebus kekalahan 1-2 kepada Sporting pada aksi separuh akhir pertama apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium San Mames awal pagi esok.

Bilbao menampilkan aksi yang cukup cemerlang terutamanya ketika menyingkirkan Manchester United dan Schalke 04 pada pusingan awal pertandingan ini.

Bagaimanapun, peluang mereka untuk mara ke final pertama sejak tahun 1977 pada pertandingan kedua berprestij di Eropah itu sedikit terjejas selepas tewas pada pertemuan pertama di Lisbon minggu lalu.

Pada pertemuan tersebut, Bilbao mendahului menerusi jaringan Jon Aurtenetxe tetapi gagal mempertahankan kelebihan itu selepas Emiliano Insua dan Diego Capel memberikan kemenangan Sporting.

Namun, pemain tengah Bilbao, Ander Herrera tetap yakin dengan peluang pasukan itu.

"Kemenangan 1-0 sudah cukup untuk melayakkan kami ke final. Jadi, kami perlu optimis.

"Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri di Stadium San Mames memberikan kelebihan kepada kami dan apa yang perlu kami lakukan adalah beraksi dengan lebih cemerlang.

"Kami perlu mengatasi keputusan tersebut (tewas 1-2). Kami perlu memperbaiki corak permainan kerana kami mampu melakukannya. Kami juga perlu optimis," kata Herrera.

Penyerang muda, Iker Muniain dijangka akan beraksi semula selepas terlepas aksi ketika Bilbao menang 1-0 ke atas Racing Santander dalam kempen Liga Sepanyol, Ahad lalu.

Sementara itu, kunjungan Sporting ke Stadium San Mames masih segar dengan kemenangan 2-3 kepada Nacional dan yang keempat berturut-turut dalam kempen Liga Portugal.

Kelab gergasi Portugal itu juga bakal mendapat semula khidmat perancang berbisa, Matias Fernandez yang pernah mendapat didikan jurulatih Bilbao, Marcelo Bielsa ketika bersama skuad kebangsaan Chile. – AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen