Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Misi balas dendam: Faez

Posted: 12 May 2012 03:29 PM PDT

Sukan

MUHAMMAD Noor Faez Ibrahim (kanan-no 8) ketika di depan gawang  Korea bersama Mohamad Izad Hakimi Jamaludin (no-17).

MUHAMMAD Noor Faez Ibrahim (kanan-no 8) ketika di depan gawang Korea bersama Mohamad Izad Hakimi Jamaludin (no-17).

'Kecewa 2009 itu masih terasa hingga kini'

"KAMI ada misi membalas dendam," kata kapten skuad negara, Muhammad Noor Faez Ibrahim menjelang pertemuan dengan Pakistan dalam final Piala Remaja Asia, malam ini.

Pemain tengah itu merujuk kepada episod tahun 2009 apabila tewas tipis 3-4 kepada jaguh benua itu dalam perlawanan akhir Kejohanan Piala Asia Bawah 18 Tahun di Myanmar dan ia sudah menyuntik semangat kepada dia dan rakan-rakan memastikan detik kecewa sama tidak berulang di Stadium Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit nanti.

"Kecewa itu masih terasa," kata pemain berusia 21 tahun berasal dari Klang itu. Tekad sama turut disuarakan, pemain pertahanan negara, Noor Izat Sumantri yang beranggapan betapa kekalahan kepada Pakistan pada 2009 masih segar dalam ingatannya.
Tidak dinafikan skuad negara beraksi hebat sepanjang tempoh kejohanan ini tapi mereka akur lawan juga hebat dengan jentera serangan padu dengan jumlah 23 gol selepas empat perlawanan.

"Apa pun penilaian di atas kertas tidak boleh diambil kira jika pemain sedikit alpa ketika pertarungan sebenar. Kami beraksi seperti empat perlawanan lalu dan tidak mustahil lawan mampu dijinakkan," kata Faez.

Peluang yang bakal diperoleh malam ini tidak harus disia-siakan dan andai bertindak positif, malam ini mereka mampu menjulang megah trofi di halaman sendiri.
Ia mungkin penawar duka juga buat pengurus pasukan, Mirnawan Nawawi yang menjadi anggota pasukan tewas kepada Pakistan dalam final kejohanan sama pada 1992.

Dalam perlawanan penentuan pingat gangsa, juara bertahan, India akan menentang Korea Selatan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mabul@kapalai

yakin malaysia boleh!!!


Kelantan terus hambat Lions X11

Posted: 12 May 2012 03:28 PM PDT

Sukan

FINALIS Piala FA, Kelantan terus menghambat Lions XII di puncak Liga Super apabila gah merakamkan kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan kelab, PKNS FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam tadi.

Seawal minit ketujuh, PKNS hampir di depan, namun percubaan Rudie Ramli dari luar kotak penalti hanya singgah ke palang gol pasukan pelawat yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan yang memperoleh sepakan percuma pada minit ke-15 turut gagal membuahkan hasil apabila sepakan Badri Radzi singgah ke palang, namun selang 12 minit kemudian usaha The Red Warriors membuahkan hasil apabila Norshahrul Idlan Talaha berjaya menggelecek beberapa pertahanan lawan sebelum menolak masuk untuk Kelantan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama. Bersambung babak kedua, corak permainan dipamerkan anak buah Bojan Hodak dan Abdul Rahman Ibrahim sedikit hambar apabila setiap serangan dicipta berjaya dipatahkan dengan baik barisan pertahanan kedua-dua pasukan.

Kemasukan Mohammad Ghaddar menggantikan Nurul Azwan Roya sedikit mengubah corak permainan Kelantan dan hasilnya pada minit ke-84, mereka berjaya mendapat gol kedua menerusi tandukan pemain pertahanan, Obinna Nwaneri yang menyambut baik sepakan percuma Badri dari sebelah kiri pintu gol PKNS.

Tuan rumah yang terdesak terus melancarkan serangan bertubi-tubi, namun sedikit kelekaan mengundang padah apabila Ghaddar menjaringkan gol ketiga Kelantan pada minit ke-88 selepas berjaya melepaskan diri daripada dua pertahanan PKNS.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan