Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Impian pudar!

Posted: 22 May 2012 12:58 PM PDT

IMPIAN Piala Thomas Lee Chong Wei berakhir semalam, namun buruan pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik tetap belum berkubur lagi.

Kecederaan kaki kanan yang terkehel itu memerlukan antara tempoh tiga atau empat minggu untuk pulih tapi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz yang bakal memeriksa pemain berkenaan, hari ini mahu mengambil sikap tidak mahu mendedahkan tahap kecederaan sebenar.

Saya sudah mendapat laporan daripada pegawai saya, Roesdi dan fisioterapis Fadzil. Saya juga sudah dapat maklumat MRI tetapi biarlah ia bersifat rahsia seketika. - Menurut Lee Chong Wei menerusi sistem pesanan ringkas

Jawapannya mudah. Dia tidak mahu beri sebarang maklumat yang boleh memberi kelebihan kepada pihak lawan nanti.

"Saya sudah mendapat laporan daripada pegawai saya, Roesdi dan fisioterapis Fadzil. Saya juga sudah dapat maklumat MRI tetapi biarlah ia bersifat rahsia seketika," katanya menerusi sistem pesanan ringkas, semalam.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

bad - mainton

Saya amat bersetuju dengan pendapat dari saeikip, memang menjadi tradisi sesetengah persatuan sukan di Malaysia ini bersikap degil dan keras kepala. Mereka hanya memikirkan kepentingan diri sendiri dan bersikap ego dengan kebodohan yang tak menentu serta tak mahu mendengar nasihat orang lain. Kalaulah begini sikap mereka jangankan piala thomas pingat olympik pun jangan nak mimpilah. DLCW bukannya mesin, sedangkan mesin pun kadang-kadang boleh jem.

maar27

xpe ar LCW..mgkin ade kbaikan...kli ni xdpt..mne la tau olimpik nti kd milik kamu...

badminton_freak

kena rombak BAM sbb hingga kini tidak ada pemain2 yg berkaliber.Jurulatih yg bagus telah meninggalkan kita dgn komen2 sinis. Politik dalaman & double standard yg xabis2..sampai bila kena macam ni? xlama lagi m'sia xkan ada lagi dlm peta badminton. cuba lihat sistem di Thailand,Jepun,Korea yg dpt melahirkan muka2 baru dlm sukan ini.

klah menang sentiasa sokong

rata2 semua tidak memberi sokongan kepada skuad piala thomas..termasuk orang2 dalam..dan andai mereka menang..berani atau tidak org2 yg berkenaan memohon maaf kepada pasukan badminton ini..berilah walau sedikit kata2 semangat kpd mereka..tuah ayam nampak di kaki tuah pasukan badminton ada kah anda tahu....

tspman

semoga datuk lee chong wei cepat pulih dan dpt truskan misi emas di olimpik nti.

dato zulkarnain

ssh saya nak cakp d sini...setiap org msti ada agenda masing2x..kalah @ menng bkn la buruan semata2x...semangat dan tekad yg harus ada pada setiap pemain...setiap kecederaan xda yg di sengajakan..apa2x pun bersabar n terus memberi sokongan pada pemain melaysia tanpa henti..kpda DLCW sabar jak lah ada hikmah di sebalik kejadian..mana tau ada pemain malaysia yg bakal menunjukkan potensi di luar jangkawan kita..xadil la kita berpegang pada DLCW jak..hampa la pemain lain.

wanjeff

Memang dah tersurat dan tersirat yg Malaysia hanya pelengkap bagi pasukan2 yg bertanding utk Piala Thomas kali ini...tiada apa yg dpt BAM buat utk kemajuan pasukan Malaysia kali ini.

Syarifah

Saya adalah peminat badminton negara, skuad yg paling bagus bagi saya adalah pada tahun 1994 Piala Thomas, keadaan di mana semuanya player adalah seimbang dr single hinggalah double. Tapi malangnya skuad Piala Thomas kita pada tahun ini amatlah mengecewakan...kita ada ramai pemain muda sebagai pelapis tetapi kurang expose dr awal lagi, ini adalah di sebabkan BAM hanya mementingkan kemenangan tanpa melihat long term cause..sekarang beban dilihat di bahu Datuk LCW, dia bukannya robot, ada waktu ketikanya nanti dia akan bersara, dan sekarang mengalami kecederaan, siapa yg rugi sekarang? Fikir fikirkanlah wahai BAM..

batbi

saya setuju dgn komen saeikip,siapa cucuk siapa kta x tahu, tapi tengok sekarang pemain beregu selepas ricky siapa lagi yg pemain hendak dijadikan jurulatih, sekarang di malaysia pemain pilih jurulatih bukan BAM atau persatuan, tengok2...sampai bila pun kalau pemain dimanjakan beginilah keadaan, Tahniah RICKY kerana keluar cepat2 dri BAM yg berlagak lebih pandai dri jurulatih

pak cik din

Yg dah sakit tu ape nak buat. Tapi takkan nak hrpkan dia sorang saje. Yg lain tu ape hal, bersemangatlah sikit. Dua2 bergu kecundang.Ape tg juruletih buat? semuanye letih. Peminat & penonton pun turut letih.

siti aisha

malaysia boleh

apak

bkn istilah "blm brkubur", tp "blm msk kubur yg digali oleh BAM" adalah istilah yg plg TEPAT!!!

Mzz

Nasik dh jadi bubur. Sume kejohanan super siries kalo bleh BAM nk anto LCW. Sepatutnya di penghujung karier LCW kena pilih mana tournament yg utama je utk main. Selepas All England dia patut rehat dan beri tumpuan untuk Thomas Cup dan olimpik dan yang penting kesihatan dia. Ini tak india open, siri emas, itu pun dulu sibuk gak srh main untuk Axiata. Bkn apa takut yg dikejar tk dpt yg di kendung berciciran. Renung2 kan. Satu lagi saya setuju gan Saeikip yang Tan Kim Her tak layak jd ketua jurulatih bergu. Hampeh je.

roslee omarro

dalam hal ni BAM lah yg bertanggung jawab,mana perginya rexy...siapa itu tan kim her? di zaman dia dulu hebat sangat kah dia. berapa kali dia menang cup? BAM harus bertanggung jawab sepenuhnya di atas kegagalan ini....ptg ni nak lawan China, sedang kan lawan Denmark pun terkial-kial, dek kerana kehebatan dan karisma jurulatih kita menjahanamkan kombinasi bergu negara...renung-renungkan lah...

masayu

terpikir, bila la BAM nak ambik semula Datuk Misbun??? xpe DLCW, kami tetap sokong anda...

saeikip

Selalu dah saya komen tentang cerita bagai "Si Tanggang Dengan Ibunya" dan lihatlah apa yg berlaku kepada pemain utama kita. Sejak dilatih oleh TSB keadaan fizikal DLCW semakin merosot dan mudah ditimpa kecederaan dan ditambah dengan kedegilan Setiausaha BAM. Tambah mengharu birukan lagi kehadiran jlth Tan Kim Her yang banyak mengucarkacirkan gandingan beregu Malaysia. Sejak Piala Aziata lagi dah beliau banyak membuat kesilapan tentang percaturan beregu dan beliau layak di pecat. Sebab itulah jlth beregu Recky dan jlth korea meletak jwtn. DLCW hilang tumpuan ketika bermain kerana memikirkan mata sumbangan dari beregu. Fikir-fikirkan lah.....

shah rizal mazuki

biasalah tue..kalau kecederaan bagi seseorang yang bersukan itu dianggap perkara biasalah cuma kekalahan boleh dielakkan jika perancangan dan strategik yang betul.apa pon sebagai kemenangan perlu dikecapai walaupon sesiapa yang kita jumpa(china)...keazaman n semangat berpasukan perlu kuat dan tak perlu takut pada sesiapa pon...malaysia boleh.hafiz hashim persorangan pertama...daren kedua..chongwei feng 3...sebab 2,3 bagus jumpa player muda.

Yam

Bila presiden BAM nak letak jawatan..? dah nampak byk kegagalan dlm pengurusan dan kejurulatihan. Sbg contoh apa yg berlaku pd pasangan beregu. Dalam perlawanan penting pon masih nak buat eksperimen. Sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

Diehaann

semoga chong wei cepat sembuh.

Daltemune

Kesian pada LCW, bukan kesian sebab dia tercedera tapi kesian sebab kena pikul beban sorang2..kalau menang sume orang puji dia, bila tak hadir temasya sukan hari tu ramai kutuk sampai menteri pun kutuk jugak...sungguh dunia ni tak da timbang rasa

saeikip

Selalu dah saya komen tentang cerita bagai "Si Tanggang Dengan Ibunya" dan lihatlah apa yg berlaku kepada pemain utama kita. Sejak dilatih oleh TSB keadaan fizikal DLCW semakin merosot dan mudah ditimpa kecederaan dan ditambah dengan kedegilan Setiausaha BAM. Tambah mengharu birukan lagi kehadiran jlth Tan Kim Her yang banyak mengucarkacirkan gandingan beregu Malaysia. Sejak Piala Aziata lagi dah beliau banyak membuat kesilapan tentang percaturan beregu dan beliau layak di pecat. Sebab itulah jlth beregu Recky dan jlth korea meletak jwtn. DLCW hilang tumpuan ketika bermain kerana memikirkan mata sumbangan dari beregu. Fikir-fikirkan lah.....

shukri

Sebenarnya rakyat Malaysia tidak mengharapkan apa-apa kejayaan dari skuad Piala Thomas kali ini. Jika kejayaan dicapai ianya merupakan kejutan, keadaan ini disebabkan Pengerusi Kejurulatihan BAM sebenarnya gagal merancang tetapi berpendapat beliau seorang yang bijak. Banyak jurulatih melahirkan kekecewaan diatas pengurusan kejurulatihan BAM. Kita perhatikan hasilnya nanti dimana BAM akan gagal sebagaimana gagalnya FAM. Jawapan klise yang akan diterima dari Menteri Sukan ialah saya tidak akan campurtangan.

Lin Dan hampa

Posted: 22 May 2012 12:42 PM PDT

Sukan

LIN Dan bakal dicabar muka baru Liew Daren pada suku akhir Piala Thomas hari ini.

LIN Dan bakal dicabar muka baru Liew Daren pada suku akhir Piala Thomas hari ini.

SEPATUTNYA orang yang paling bersorak gembira selepas jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei mengalami kecederaan pergelangan kaki kanan semalam harus musuh ketatnya - Lin Dan.

Namun, Lin Dan bersikap sebaliknya apabila melahirkan kesedihan dengan insiden malang yang menimpa Chong Wei dan berharap pemain nombor satu dunia itu sempat pulih menjelang Sukan Olimpik, Julai ini.

"Saya ingin tegaskan, musuh saya di Sukan Olimpik bukan Chong Wei seorang. Beraksi di Olimpik berbeza dengan bertanding dalam kejohanan Siri Super.

Saya akui sedih dengan insiden yang menimpa Chong Wei. Dia menjadi harapan besar Malaysia. - Lin Dan

"Semua lawan sudah tentu mahu menewaskan saya, jadi saya perlu berwaspada dengan ancaman setiap pemain lain.

"Namun, saya akui sedih dengan insiden yang menimpa Chong Wei. Dia menjadi harapan besar Malaysia," katanya yang akan tampil mempertahankan emas yang dimenanginya di Beijing 2008 di London 2012.

Lin Dan, 29, mengakui kecederaan adalah musuh nombor satu yang mahu dielakkan setiap atlit termasuk dirinya.

"Saya perlu berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan. Saya mahu mencipta sejarah mempertahankan emas di London nanti. Itu impian saya dan ia juga impian Chong Wei yang mahu memenangi emas untuk negaranya," katanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen