Sukan
PERSEORANGAN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjalani rawatan susulan menggunakan alat pengimbas 'High Field Extremity MRI' di Kuala Lumpur Sports Medicine Centre, semalam. - Foto BERNAMA
Ada peluang cerah beraksi di Olimpik, cedera tidak serius: PakarTANGISAN Lee Chong Wei akhirnya berbaloi apabila dimaklumkan kecederaan buku lali kanannya ketika beraksi di Kejohanan Piala Thomas, Selasa lalu dijangka mampu disembuhkan dalam tempoh kurang daripada sebulan.
Ia seakan-akan memberi sinar baru buat Chong Wei beraksi di Sukan Olimpik penghujung Julai ini sekali gus membuka ruang kembali untuk prospek pingat negara itu memburu pingat emas pertama negara. Ujian imbasan 'Magnetic Resonance Imaging' (MRI) dan X-ray dilakukan dua orang pakar, Dr Saw Khay Yong dan Dr Nicholas Geary di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) semalam mendapati Chong Wei tidak mengalami kecederaan serius – tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan.
"Selepas pemeriksaan, saya bersama Dr Saw dan Dr Nicholas duduk bersama berbincang dan mendapati tiada keretakan berlaku dan hanya terdapat koyak pada ligamen saja.
"Dia hanya perlu menjalani tiga suntikan stem cell masing-masing sekali untuk setiap lima hari. Chong Wei sebelum ini pernah menjalani rawatan ini dan saya yakin dengan keberkesanannya jika berdasarkan rekod yang ada," kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, semalam.
Ditanya sama ada tahap kecergasan atlit itu boleh berada di tahap sebenar ketika aksi Olimpik nanti, Dr Ramlan berkata dia optimis Chong Wei mampu mengatasinya tetapi perlu didorong dengan persiapan rapi termasuk daripada sudut persediaan mental.
Sementara itu Chong Wei berkata, kecederaannya itu sedikitpun tidak mematahkan semangat meraih pingat emas sulung negara pada temasya terbesar dunia itu.
"Doktor memberitahu saya perlu tinggal di hospital satu atau dua hari lagi dan mengambil masa tiga atau empat minggu lagi untuk sembuh sepenuhnya. Ini sudah tentu satu berita baik untuk saya. Saya akan cuba melupakan kecederaan ini supaya tidak fobia apabila beraksi nanti dan berharap ia akan cepat sembuh," katanya.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen
mohamad
tidak salah chong wei bermain piala thomas. pemain negara lain juga bermain dalam pertandingan ini seperti Li Dan dan Taufik. Jika tidak bermain dalam kejohanan besar ini akan melemahkan mentel dan fizikal pemain kerana dalam pertandingan besar persediaan mental dan fizikal adalah berbeza. Kekalahan Malaysia sebenarnya terletak pada jurulatih bergu yang memecahkan bergu utama. Beliau berkata jika tidak dipecahkan pun belum dapat 1 mata. Maknanya jika dipecahkan dah tentu tidak dapat mata. Dalam pertandingan besar tidak mungkin kita nak mencuba gandingan baru sebab keserasian tidak dapat mudah diperolehi dalam masa yang singkat. Beliau perlu letak jawatan.
GURU SAINS SUKAN
BAGAIMANA DENGAN TAHAP KECERGASAAN DATUK LEE CHONG WEI...??
SEBULAN RAWATAN....."
LEVEL FITNESS....??
shah rizal bin mazuki
baguslah kalau chong wei dah sembuh semula...memang tak dinafikan kemampuan nya..tapi dalam pemerhatian lcw permainan beliau semakin merosok jika hendak dibandingkan sebelumnya...tapi jangan kita harap pada lcw seorang saja..ramai permain muda yang lain patut diberi perhatian yang sama mcm lcw.kalau nak ikut sekarang ramdan misbun,chong wei feng,liew daren,zulfadli,zul,arif patut di beri perhatian yang sama...pengurusan,jurulatih n permain terbaik akan dapat yang terbaik
zan
BAM perlu kurangkan kontoversi dan tingkatkan prestasi pada masa mendatang... jgn terlalu mengharap LCW dan KKK/TBH semata2. Gilap semua pemain junior yg berpotensi utk menjadi back up setelah ketiadaan pemain2 ini. BAM kena berani berubah demi utk kegemilangan sukan badminton negara. Jika wujudnya diskriminasi dalam badan induk ini, semua impian tidak terlaksana...
mrismailahmad
Kecederaan yang menimpa datang tanpa diduga..kalau tidak bermain di China, kecederaan semasa latihan juga boleh terjadi. Jangan disalahkan penyenaraian dan kemahuan Chong Wei di Wuhan. Kejohanan di Wuhan adalah sebahgian aspek pemantapan sebelum beraksi di London selain bagi menyumbang sesuatu kepada Malaysia dlm acara berpasukan. Kecederaan itu tidak perlu ditangisi dan tidak perlu mencari siapa yang salah. Apa yang penting bagaimana mahu memulihkan Chong Wei dari segi fizikal dan mental. Mejoriti jaguh dari negara lain yang bakal beraksi di London turut mempamerkan aksi di Wuhan...Akhir sekali dengan segala apa yang berlaku, BAM perlu mengkaji kenapa badminton Malaysia terlalu merosot...terlalu bergantung kepada Chong Wei?
Aksi Hafiz amat mengecewakan...Lew Darens walaupun telah banyak diberikan peluang terlalu lambat meningkat. Beregu emas seperti yang dicanang sedikit masa lalu tidak sehebat namanya (pss salah seorgnya telalu byk buat kesilapan)...pisahkan regu ini.......
awang abdul rahman
Datuk Lee perlu cooooooollllll.....kuatkan semangat, gerenti datuk Lee dapat emas pada olimpik london..nasihat dari saya jgn suka main di net..cuba main pukulan bebas pasti dapat melemaskan superdan....
SAINS SUKAN
Saya pun tidak faham apakah motif BAM untuk menyenaraikan Chong Wei dalam pasukan Piala Thomas sedangkan Olimpik hanya kurang dari dua bulan sekarang. sepatutnya beliau diberi keutamaan menjalani latihan intensif dan bukan menyertai sebarang kejohanan terdekat yang boleh merisikokan sebarang kecederaan.
di sini kita boleh menyoal... pertandingan apakah yang paling diutamakan oleh BAM...??
adakah semata-mata untuk mengekalkan Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain no 1 dunia? Atau takut pasukan negara tanpa kelibat Datuk Lee akan ditunduk mudah oleh negara lain?
jika kita melihat kepada pemain negara china.. mereka seolah-olah menganggap Piala Thomas ini sebagai gelanggang latihan sedangkan Datuk Lee dikerah seluruh tenaga untuk mengembalikan Pila Thomas ke Malaysia..
Lupakan saja Piala Thomas tahun ini... tumpukan kepada sebutir emas di sukan olimpik nanti..
Terlalu banyak MATLAMAT dan IMPIAN SEHINGGA TIDAK TAHU TErGAPAI YANG MANA... Bak seperti pepatah.. ayam terlepas tangan berbau tahi....
0 ulasan:
Catat Ulasan